Wednesday, December 23, 2009

F1 racing in da future

Lepas baca berita kat Bharian pagi tadi, aku dapat tahu F1 legend, Michael Schumacher akan berlumba balik tahun depan.

Berita gembira nyer, dia akan berlumba untuk team Mercedes GP. Lagi gembiranye... setahu aku.. selepas team SAUBER tarik diri dari F1 racing 2010, PETRONAS menjadi penaja utama untuk Mercedes GP. Wow... combination yang aku suka muncul kembali, PETRONAS + pemandu hebat mr schumacher.

Lagi2 hebat, kan malaysia sudah ade team F1 sendiri? Tahun depan 2010 mereka akan berlumba di bawah nama team F1 Lotus Racing. (nama aku tak sure lagi.. huhu)

Biarpun rules2 F1 nie hampeh dan menyusahkan, tak macam dulu... harap2 tahun 2010 boleh memberi aku semangat untuk mengikuti semula sukan F1 ini.

Wednesday, December 16, 2009

Hari nie Ku Cutie..

Just opened my blog... and I got a few surprise. Finally I got new followers and I would like to thank you youuu guyz. Nanti aku check2 blog korang yek. Thanks.

Anyway.. aku saja je amik cuti arini, n then my x roomate at UTP, Kong aka Razli ajak men paintball arini. So, aku jumpa laa mereka2 nie dekat bukit cahaya d seksyen 8 shah alam tu. K, nnt la aku buat entry pasal paintball nie. nak gi mandi lu... penat woo, badan suma lebam2.

Saturday, December 12, 2009

Malaysia Menang Thailand

Sedikit berita gembira arini.. walaupun terpaksa kerja halfday. Kelmarin cuti, so bila kerja hari nie rasa tak best langsung pulak.

Anyway... Team bola sepak Malaysia Menang lawan Thailand. Aku repeat... MENANG!!.

Gembira jugak laa menang kepada juara 8 kali berturut2 tuuuu. Padan muka ko Thailand. Harap2, jangan pulak team kita buat sial kalah bodoh kepada Laos nanti. Go Malaysia GO!!!


Gambo d cilok dari berita harian online. Berita nie pun aku baca dari situ jugak.
Good Luck Malaysia!!

Wednesday, December 9, 2009

Muvi rebiu of da Month 2

Cloudy with a chance of MeatBalls.

Best jugak movie nie. Memang lawak. Kalau compare movie nie dengan UP , Kung Fu Panda ..... UP < Movie nie < Kung Fu Panda. ... so tahap nyer kat tengah2 laah kut. Memang banyak benda merepek dalam movie nie, kalau untuk tontonan santai dan releks2... movie nie memang sesuai la kut. hoho.

Ape2 pun.. lepas tgk movie tu, aku terasa sangat nak makan burger. Wahahahaa.

6 1/2 star out of 10.



Jennifer's Body.

Kira best jugak la movie nie... aku takde la tertunggu2 nak menengok kan, tapi bila takde dah movie lain yang best d tayangkan kat cinema tu.. aku layan la citer nie. Ok.... first, jalan citer dia Ok and acceptable bagi aku, seram ade, suspense n thrill tu ade, hot scene tu ade (adegan megan fox mandi kat tasik n adegan ehem2 pun ade.. tapi byk scene2 yg menjolok mata tu sudah kena POTONG la, sesuai tuk 18thn ke atas only k), dan lastly sedikit unsur lawak pun ade.

Serious, aku takut gila tengok muka dia after scene kat atas nie. Dia senyum dengan mulut, gigi penuh darah. EEiii!!

Yang aku tak faham citer nie, macam mana kebakaran d dalam bar tu start mula2??? Serious, aku tak perasan camne bleh start. Lepas tu band Low Shoulder dalam bar tu releks je menyelamatkan diri dari kebakaran tu............. (Rupanye2 ade gak band amalkan ilmu hitam untuk popular, hahahaaa).

Lagi satu plak, mangsa2 c Jennifer nie, suka ikut dia ke hutan la, rumah terbiar la, kolam terbiar la.. pelik ar budak2 nie. Agaknye dorang tak kesah kut, janji Jennifer tu dah syok kat dorang nie, janji dapat buat project dengan Jennifer, so tak kesah la kan kat mane2.



Effect supernatural power dia macam Jennifer terapung apung tu memang tak cool n real sangat.. nampak macam tergantung je dia dari kabel, lagi satu effect benda yg dia muntah keluar tu... effect tak best, tak jelas ape dia muntah, macam kicap atau minyak hitam jek. Yang best n aku tabik, lagu sound track movie nie.. memang best, jalan citer dia kira ok la, acceptable and not boring.. ending dia pun kira nice gak.

7 star out of 10





4th KIND.


Movie nie kira "Boleh laa" bagi aku. Macam movie X Files pulak aku rasa, sebab movie nie berkisar pasal alien abduction dan apa yg terjadi kepada mangsa2 abduction nie. Tidak pasti kebenaran movie nie sebab producer movie claim yang cerita nie dibuat berdasarkan kisah benar dan di ambil dari actual study case yang berlaku di Alaska, and they claims it to be a re-enactment of original documentary footage. For me,to make this movie seems real and truthful, its very easy to deceive and fakes it to achieve the truthfulness of the movie. get what i means?? LoLLoL!! (Ape la aku merepek nie)

Dalam original video footage pun nampak sangat maacam di buat2 n dilakonkan, plot and jalan cerita dia if like, what u see is what u get type.... faham?? macam plot yg easy laa, jalan cerita pun macam tu je, lurus takde simpang siur, takde pusing sana, pusing sini... Tapi ape yg aku enjoy citer nie adalah the creepiness of watak2 yang kena abduct nie. N Dr Abygail Tyler serious shit menyeramkan aku.


Since I like X files and mysterious cases involving aliens, I gave this movie 5 1/2 star out of 10.



2012.

Awal2 aku cakap, movie nie macam transformers revenge of the fallen, special effect, cgi, memang mantops, but plot and logically of the stories memang hampeh. In term of effect2, aku mmg suka gempa bumi punyer effect, building crashing n falling, flying underground trains, super tsunami and the 'super big ark spaceship like' in the Gundam anime. So sape2 suka transformers, memang boleh laa tengok movie nie, bukan d wajibkan, tapi boleh tengok..... endahkan jalan citer bodoh dia, endahkan illogicality citer nie.. hoho. Sebab tu aku pegi tengok gak.

Ape yg aku tak suka, ketidak "logic kah" perjalanan cerita ini. K, John cusack kira main character laa dalam citer nie, dia ceritakan bagaimana d JC nie.. (John Cusack aka Jason Curtis) terselamat dari bencana2 alam ini, yg seakan2 mmg mengejar dia. percaya tak, kereta dia bleh survive earth quake, kapal terbang dia naik bleh survive earth quake, bangunan pencakar langit yg runtuh, tsunami?? IronMan pun bleh mati kot kena benda2 camni... tapi JC dapat mengharunginyer dengan releks jek. Banyak gak scene2 yg takyah buat pun takpe, mcm anjing kecil tu menyeberangi cable besar tuk pegi kepada tuan dia (girlpren c yuri) sblum masuk ark spaceship tu. Ape2pun, ark spacehiplike yg dorang buat tu, mmg gempak aku rasa. teringat aku anime Gundam Seed Destiny n Gundam 00.

6 1/2 star out of 10.



Ninja Assassin


Less than i expected but it suffice in some way. Movie nie menceritakan tentang sorang ninja (raizo) yg melarikan diri dari satu secret clan ninja sebab tak tahan ngan kehardcoreran tok guru yg pernah membunuh scandal dia time mula2 train dulu. fuuh... panjang. so, on the same time, ade sorang minah kepoh nie yg sibuk2 nak tau pasal clan ninja nie pun menjadi buruan assassin dari clan nie, so.. Rain aka ninja macho nie pun datang backup minah nie dan try lawan balik clan lama dia.

Ape aku suka kat movie nie... aku suka fight scene dia. of course la kan. effect lontaran2 shuriken, senjata2, lawan pedang, kage bunshin no jutsu dia (sila carik term nie dlm naruto), hikmat hilang dalam bayangan, nie mmg aku tabik ar. cool gila tgk benda2 nie... Rain aka Raizo mmg handal gila, skill sharp gila, body mantap 6pax, suara pelik gila. wahahahaaa.

Awek tak lawa, baju ninja tak ada... just leather jacket. wAttt daa Tutttt...


Ape aku tak suka movie nie... flashback dia yg meleret2, ade satu part tu, dapat tgk body c raizo tu calar balar akibat training, last2 kat present time bila tgh berlatih tu, body clean gila, takde ape2 parut pun. mayb dorang lupa letak kut effect parut tu, nak bagi nampak body tegap cantik n macho gila. Lepas tu, c raizo nie ninja pelarian la dari clan tu kan, clan tu latih byk ninja, so bila raizo nie berdepan ngan ninja2 yg setaraf ngan dia tu, dia dapat kalahkan mereka dengan cemerlang skali. raizo hanya satu beb, takkan lepas lawan ninja2 lain yg skill ala2 naruto dah tu??? N last skali, minah tu tak lawa langsung... buruk gila ar. pesal tak carik pelakon lain yg lagi lawa?? adei.. hampeh.

7 star out of 10.




New Moon


Bestest warewolf impretentaion ever from a movie... the jacob team, can transform into wolves, but not any wolf, super big n strong wolf than chase after vampire. Now, thats what i call the warewolves. Cant wait for the movie WOLFMAN next year... but now, we concentrate on new moon 1st.

What I like... of coz laa jalan citer movie nie, aku suka warevolves, suka vampires, suka action scene movie nie. Perasan tak, movie nie... team warewolves suka buka baju n pakai sluar je. Mayb kalau turn into wolves dorang takde laa nak membazir koyakkan baju kan. sluar jek. Tapi dalam movie nie, tak pernah aku tgk dorang lihatkan bagaimana wolves nie tukar balik jadik manusia. heheee.... mayb sebab takde seluar dah kut, so susah nak buat.

What I dont like... movie nie jiwang2 sangat kut, kristen aka bella frust gila bila d tinggalkan Robert patison aka Edward. Lepas tu demi nak terbayang2kan c Edward dekat ngan Bella, dia pun buat la benda2 bahaya supaya imej Edward akan menjelma bagi warning kat dia. hahahaa... lawak la plak. Lagi satu, kluarga vampire Volgori tu kureng skit kelibat mereka dalam cerita nie, dah nak habis baru laa kluar.

8 star out of 10

Tuesday, December 1, 2009

Bye November.... and Hello December

Its the end of November, and my movie review entry will come soon. This is recent things happen within the past weeks.

30Nov
Its monday, and I hate workings on MONDAY. Haizz...

Im BROKE, BROKE, BROKE... got no money in my bank.(2X)

Penat aku mencari siapa yang menyanyi lagu nie.. aku ingat Caprice... lagu2 dia tengah hot sekarang.... google punya google.. aku dapat tahu siapa penyanyi dia. Its VIBE aka DAREYNO VI BE. Title lagu ... Im BROKE.

Aku mula dengar lagu nie d XFM and syok pulak dengar. Baru2 nie pun poket aku kering gila, dalam bank pun kering, so ku terpaksa membuat sedikit pinjaman. Sebab itu lah lagu nie macam terpahat sedikit dalam kepala hotak ku. Tapi masalah aku sudah settle sekarang. Gaji sudah masuk bank. heheheheeee...........

29Nov
Go out with a friend of mine and together we watch NEW MOON. Bagi aku best jugak movie nie sebab aku suka Werewolf and Vampire tu lawan2. Other than that, kisah cinta jiwang2 dia tu ade kalanye buat aku meluat menengok.... Adei, mayb sebab aku suka Kristen Steward dan cemburu menengok dia suka gila, cinta habis dekat robert patison dalam movie nie dan satu lagi aku jealous tengok badan tegap lagi macho c tailor latner tu. Bertuah punya vampire, ko tahu tak kristen steward tu salah seorang awek idaman aku dulu.

28Nov
Since no one sing it for me, so i'll sing it myself.

HAPPY BIRTHDAY TO ME (2X)
HAPPY BIRTHDAY TO MYSELF
HAPPY BIRTHDAY TO ME .... yeahhh, 25years old already.

Getting fatter, older, uncool these days... ARRGHHHH!!!

27Nov
ITs AiDilADha... SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA everyone...
Visit my Auntie at Kota Kemuning and celebrates raya there. Wearing Baju Melayu the whole day, santai n selesa pulak aku pakai. Rasa nak pakai hari2.

26Nov
Drives my parent and lil sister to LCCT. They were going to Indonesia for holidays leaving me and my sis here for 2 weeks. HUHU...

25Nov and previous days
Living my days normally interestingly...

Wednesday, November 11, 2009

Piala Malaysia 2009

Piala Malaysia sabtu lalu... Negeri Sembilan membelasah Negeri Kelantan, 3-1.

Aku tidak dapat menyaksikan perlawanan itu, so aku tidak tahu sangat suasana, keadaaan, kehebatan match antara Kelantan n Ngeri 9. Aku tahu perlawanan ini melalui berita sahaja. Lebih tepat.... dari Bharian kat internet tu yg selalu aku baca.

So, pada hari Isnin lalu, aku telah printscreen berita pasal perlawanan tu, then hari nie, sama gak... nie dia:


Aku dah malas nak bagi lawa2, skill photoshop dah tak seSharp yg dulu.

80 peratus dari 100k kerusi d stadium tu penyokong Kelantan, dan Negeri Sembilan plak, 15,0000. waa... ramai tu. patut arr negeri sembilan menang, penyokong lagi ramai.

Hoho, berbalik kepada tujuan aku buat entry nie, nampak sangat penulis berita harian nie pun suka buat copy paste. Kesilapan hari Isnin tu pun dia copy paste gak letak harini punya. Nampaknye penulis berita semakin hari semakin malas nak edit n check benda2 nie.


ADUYAII...

Sunday, November 8, 2009

Sunday Morning

Wake up early this morning... gonna read some mangas's first before anything else.

List of things to do today:

Car Wash
Hair Cut
PSP
New Pants
Fesbuking..


Hmm, movie ape lagi yek best bulan nie??

Sunday, November 1, 2009

Ape nak jadik?? Ape nak Jadik?? Sampai skrg...

Wanita yg bertudung tak semestinya beriman tetapi wanita yg beriman semestinya bertudung

Was browsing and reading through many interesting blogs, and I found this article from a link in this one blog's entry's comment. (get it?? hahahahaa).

good for free time reading

credit to this one for providing the link and this one for the interesting topic.


Btw, my sis just graduated from UNISEL and had her convocation ceremony today. Congrats Sis... lepas nie ko laa belanja pulok kan. miahahahaa

Friday, October 30, 2009

Muvi rebiu of da Month

K, oleh d sebabkan permintaan review movie yg sedikit dan kemalasan aku.. reviuw2 movie yg aku tgk sudah berkurangan entry nya kebalakangan ini...

D samping projek membangunan blog aku yg slow dan hampir terbengkalai ini, aku juga semakin malas nak buat entry pasal movie review. Tetapi jgn risau suma wahai penggikut ku, mulai sekarang.. aku akan buat movie review at the end of the month.. so ade byk masa aku untuk buat review skit2 n slow2, kumpul n publish akhir bulan.


So... nie list2 movie yg aku tgk bulan nie

Final Destination 4 (5 bintang)

Jalan citer dia sama je... sape2 yg terselamat dari kemalangan ngeri tu, akan mati juga akhirnye... tiada pengecualian. Aku rasa citer dia dah tak menarik n suspen macam dulu.


Sorority Rows (6 bintang)

Citer dia jenis citer macam I know what U did Last Summer... sorang demi sorang awek2 cun nie mati dan sape2 yg terdekat ngan dorang pun mati d bunuh.. pembunuh dia mmg kita tak sangka la sape, tapi dekat2 last tu mmg dpt tau la.


Papadom (8 bintang)
Citer nie mmg best... baik korang pegi tengok slagi masih d tayangkan d pawagam. Citer dia mmg lucu gilaa ar... tapi ade gak part2 sedih.. mmg sedih gila jugak. Watak adflin shauki mmg best, que haidar, liyana jasmay, harun salim batchik, dan lakanon c farid kamil n scha al yahya pun mantop... kira menjadik laa citer nie. syabasss adflin shauki. Engkoo mmg terer.


Surrogates (6 bintang)

Aku ingat movie nie pure action mcm citer terminator, tapi dia lebih kepada sci-fi.. I-robot rasanye lagi byk action. Tapi bagi aku, filem nie tak boring arr macam the gamers. Aku malas nak buat rebiu The Gamers sbb aku tak fhm langsung citer tu.. mmg menyesal tgk citer tu, dah laa tak best. So berbalik ke pada citer surrogates nie.. idea citer nie mmg gempak,dunia masa depan, hampir suma manusia mengunakan robot menggantikan diri mereka membuat aktiviti seharian.Ok arr citer nie.


Pandorum (6 bintang)

Citer nie ok. Tak boring.. best gak laa. Tapi tgk org laa, ade gak tak suka citer2 camni. Citer dia pasal anak kapal satu spaceship nie yg terperangkap dalam spaceship mereka yang crash landed kat satu planet nie. Dlm spaceship nie plak, ade mahluk yg makan crew2 spaceship yg baru bangun dari tidur mereka.. (dorang nie mcm hibernasi la.. tapi aku dah lupa term benda nie). Byk scene2 yg gelap n suspen,lawan2 pun ade... bagi aku this movie is better than lame gamers.



Inglorius Basterd (8 bintang)
Citer nie mmg gempak. Quentin Tarantion mmg brilliant gila. Tak bosan aku menengok biarpun lama citer nie. Citer dia pasal perang dunia ke2 dulu di perancis, time nie.. german suda menawan perancis dan amerika mempunyai kumpulan gerilla mereka d sana d gelar Basterd oleh org2 german. Cerita nie tertumpu kepada rancangan mereka untuk mengebom satu cinema nie d mana Hitler himself will be among the audiences. Selain kumpulan Basterd nie, satu pihak lagi ingin membalas dendam kepada german nie dah mereka ini adalah tuan punya pawagam tersebut. Saksikan lah citer nie selepas menengok citer Papadom. Mmg rekomended.


Law Abiding Citizen (7 bintang)

Citer nie pun best... Cerita dia gerard butler nie menuntut bela untuk kematian kluarga nye, d mana penjenayah sebenar terlepas. So, dia pun membunuh penjenayah2 yg terlibat nie.. Yg peliknye time dia d penjara pun, dia masih dapat membunuh org2 lain. Agaknye citer nie lagi best dari prison break. kalah michale scolfield


ups... lupa plak. markah penuh tuk rebiu2 adalah 10bintang. N lagi satu pedulikan kesilapan spelling aku. aku dah tak kesah salah ke tak. hoho

Tuesday, October 27, 2009

Exaggerating Bharian

Nie aku perasan 2hari lepas...

berita harian mmg suka melebih2... Berita pasal sorang janda meletup, tak tau camne la janda tu meletup kan?? sure berkecai2 badan. Lagi satu pasal Mancester United kalah kepada Liverpool... sampai 2 link berita yang sama dia letak kat situ. huhu.





TERLEBIH SUDAAAA....

Tuesday, October 20, 2009

Sisa by Nitrus

Aku suka sangat dengar lagu nie... nie lirik dia aku cilok dari sini haa!!!

Lagu tu ade aku pasang kat player d atas tu... sila check

SISA by NITRUS
Apa makna rasa itu padamu
Apa maksudmu
Segalanya ada pada diriku
Apa cerita
Tiada satu kau teramat perlu
Apa yang kau lihat itu seadanya aku

Benar satu itu ada padanya
Benarkah kau terfikir itu tiada padaku
Benarkan aku
Buktikannya itu pada dirimu
Benarkan
Dirimu fikir kemungkinan itu

Mungkin kau kan tersiksa jika bersamaku
Mungkin jua kau kan sesalinya seumur hidupmu
Mungkin jua suratannya begitu
Mungkin aku bukan yang kau kenali dulu

Benar segalanya ada padaku
Benarkah kau terfikir itu tiada padamu
Benarkan aku
Buktikannya itu pada dirimu
Benarkan
Dirimu fikir kemungkinan itu
Mungkin kau kan tersiksa jika bersamaku
Mungkin jua kau kan sesalinya seumur hidupmu
Mungkin jua suratannya begitu
Mungkin aku bukan yang kau kenali dulu

Mungkin kau kan tersiksa jika bersamaku
Mungkin jua kau kan sesalinya seumur hidupmu
Mungkin jua suratannya begitu
Mungkin aku bukan yang kau kenali dulu
Mungkin ku yang tersiksa jika bersamamu
Mungkin jua ku kan sesalinya seumur hidupku
Mungkin jua suratannya begitu
Mungkin kamu bukan yang ku kenali dulu



tak bosan aku dengar banyak kali...

Monday, October 19, 2009

sweet dream

Wokeh... baru2 ini aku memang busy gila, mood mau update blog pun takde. Sabtu lepas, cousin ku Mr Mazlan ade wedding dinner kat sunway hotel, dan malam itu pulak balik rumah saje aku terus tidur awal sebab penat sangat.

Yang best nyer mimpi ku malam tu, aku ada seorang awek yang cun lagi seksi. Awek tu MEGAN FOX. Wuuu... best nyer ade awek camtu kan. Dah laa dia boleh cakap melayu. Tapi yang tak best nyer dalam mimpi aku tu, awek aku megan fox sangat paranoid dan mulut laser. Cakap tak berhenti dan taksub dengan basikal dia yang rosak. aku pun tak faham apesal laa mimpi aku nie merepek sangat.

Wokeh tu jek aku nak cakap, tunggu next entry aku yang seterusnye pasal wedding dinner tu n some other thing gak.

Wednesday, October 7, 2009

Rage of the Professorr

RAGE2... BENGANG2...

"Ooo, u Sabahan ke?? I ingat SEMUA org sabahan kulit putih2 .." U bangsa ape??".
(Ye la, aku mengaku, aku nie kulit gelap skit.. berkilat2 plak tu. adeii.)

Being me, I didnt know him much so i just politely answers ." Aku budak sabah, mmg asal dari sana.. tapi tak suma putih2 la, mayb yg putih2 tu kebanyakan org kadasan kot. Aku bangsa melayu la, keturunanku Bugis"

But in my mind, answering with honesty... " Ko nie, cetek tull la pengetahuan, ko ingat suma org sabah putih2 ke?? suma orang kadasan ke? org cina ke? melayu ade jugak la, india pun ada (tapi skit la), mcm2 ada laa d sabah tu. Org kedazan pun ade gak kulit tak putih cerah. Kesian ko yek, tak tau pasal benda2 nie. Aduyai, baik ko pegi belajar balik laa sejarah ke, geografi ke, tengok discovery chanel ke.. percuma masuk U, tapi pengetahuan ko cetek betul"

"Ko tau cakap sabah kan?? Cuba cakap skit ..."
(Mmg aku org sabah, cakap sabah camna ko maksudkan nie?? kitorang guna bahasa melayu la.. melayu tulen lagi. Slang je lain)

Being me, I didnt know him much so i just politely answers ."Cakap sabah?? Yg mana satu ko maksudkan? Hmm, kitorang cakap melayu jee, slang laa kot lain. Kalau bahasa kedazan yg ko maksudkan, aku tak reti.. sorry"

But in my mind, answering with honesty... " Ko nie, bahalul betul la... cakap sabah camna ko mau nie?? Sukati je suruh aku turutkan ko nak cakap sabah. Kitorang cakap normal je laa.. cakap bahasa melayu, inggeris, slangg laa bunyi lain skit, tapi sumaa tu pure bahasa melayu yg lama2 dulu d guna tau. Ke ko maksudkan bahasa kedazan nieh?? Mana aku faham bro, aku kan melayu, ko gak ckp aku kulit gelap tak serupa org sabah. Kalau aku belajar bahasa kedazan sure aku da maki2 ko dalam language tu"

VOTE FOR WORLD PEACE...
fuuhh legaaa!!

Monday, October 5, 2009

this week's report

Salam suma.. its 65:52 time in EPL time period where Chelsea scored 1 goal towards Liverpool 8 minutes ago. The goal was scored by Nicholas Anelka.

wokeh, this is my report this week.... ade gambar yo. nice skit. Last Thursday, I have the task do some software patching for the CSD application program at HSBC UAT room. So this is the story of my journey that day, taken from my HP picture which is not very nice. huhu.


Thursday morning... from my office to HSBC lebuh ampang. This is at the back of Petaling Street going to the Pasar Seni LRT station.


From the parking lot beside Pasar Seni LRT station n then walking through the Central Market and going to the UAT room at HSBC building.


In front of the HSBC building. The blue color box is actually a public toilet which is very high tech.


Due to the nature of my work, any machinery, software, hardware of company product could not be shown publicly, so in the UAT room, i take picture of the outside view only. huhu. Shown is Masjid Jamek in KL.


Bazar Jalan Masjid India, the mosque is just beside the Bazar... (aku mengular jap, mak aku suruh carik sandal tuk datuk kau...)


Mydin Jalan Masjid India, my grandma's favourite shopping spot when she visits KL.


In my car within the parking lot building near the LRT station. Have to go back to my office before lunch hour. GtG...

Wish that my phone can take decent and more lovely pictures.

Btw, Chelsea won the game with 2 0 against Liverpool. Liverpool u suck, u deserve to lose this game... nak harapkan torres jek mana bleh bro!!

Sunday, September 27, 2009

2009 punya raya puasa

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI semua.... MAAF ZAHIR BATIN !!







Dem la... aku suda gemuk, buncit, buntal, bulat, tembam ... adoiii!!

Saturday, September 12, 2009

ma life in this week .....

K, saja nak update ape aku buat this week. Aku n Rosmah pegi tgk mubi. The Final Destination

Seperti biasa, ending dia mmg expected. Nnt laa aku buat review kalau ada masa.
Lepas tu, smlm... cousin aku Razak datang dari Seremban tu. Lepas pick dia dari KTM Subang, kami pun menuju laa ke JUsco Bkt Raja. Time nie dah waktu berbuka puasa. Nasib aku ade beli Air F&N Epal Kotak tu.. dpt gak bebuka kami time dalam keta tu.

So, sesampai nye d Jusco, trus la menuju McD. time nie ade promotion murah kan. pegi laa makan kat situ. Habis makan tu, trus ke TGV cinema, nak tgk mubi ape yg best tgh main. Kebetulan, c Rosmah ada jugak d Jusco tu... call dia, ajak tgk mubi, beli tiket, dan tunggu skjap. Mubi ape?? GAMER ... Adei... tak faham aku mubi nie. Rasa mengantuk pun ade. Ending dia mmg aku tak faham, mayb sbb aku terlelap skejap kut. hahaaa

Monday, September 7, 2009

this week in ma life..

sedikit update pasal ape ku buat minggu nie.

kerja - kerja aku skrg semakin mempreasurekan diri dan tekanan darahku, byk kesilapan berlaku, byk kecuaian dilakukan. bulan puasa bleh balik awal, 4.30 bleh blah dah... tapi aku slalu gak kluar lambat, demi nak menjaga hati bos2 ku.

men PSP - tgh giat mengimprovekan character game ku dlm monster hunter 2g nie, armor baru dapat d siapkan, senjata baru dapat d upgradekan.


berpuasa
- bulan puasa akhirnye dan harap2 ramadan ini aku dapat membaiki diri sendiri ke arah yg lebih baik untuk dibaiki lagi.

tgk movie - aku tgk UP, tgk Dance Flick, tgk Orphan, dan skali lagi District9 (3kali suda.. mmg gila betul)

adik balik sini
- adik aku yg habis practical tu suda ade d tawau, sbb ade masalah dalaman d kampung, adik aku dan nenek aku ke KL untuk meredakan sedikit keadaan d sana. So, dapat laa adik aku balik awal ke sini, dan sbb tu lah, aku pun dapat menengok lagi District9 untuk yg ke 3 kali nye sbb adik aku nie mau tgk movie tu jugak.

kek lapis - member utp ku mempromote kek lapis sarawak buatan emaknye, so aku pun mempromote jugak kepada org lain. sedap kek tu... aku da torai.

bebuka puasa - member utp ku organize bebuka puasa d Just Thai. sedap nye makanannye..., then baru2 nie aku, adikku, cousinku makan Ayam Penyet d Sunway Piramid. Uii... sedapppnyeee.

Monday, August 31, 2009

District 9

K, nie entry dulu yg aku buat kat notepad masa baru tgk movie District 9 tu.. So abaikan time period citer nie.


Ive watched lot of movie recently..
The movie streak starts with..

Transformers: Revenge of the Fallen. (watch it 3 times)
Public Enemy
Land of the Lost
Harry Potter n The Half Blood Prince
The Proposal
Ice Age 3
Setem
GI.JoE : Rise of the Cobra

Anyway, aku nak citer pasal movie yg aku tgk smlm ... MEMANG BEST. MELATOPP BAHH!!
Aku ingat nak tgk hari rabu lepas tu, mana laa tau ade previuw awal kan. Check2 kat site takde laa plak, so smlm hari khamis tu balik je dari kerja aku straight gi TGV Bkt Raja tu beli tiket 10.30 mlm. Ramai gak manusia tgk movie nie, tapi taklah sepenuh panggung org nak tgk citer Transformers tu.



DISTRICT 9 - TGV Bkt Raja (produced by Peter Jackson.. directed by Neill Blomkamp)
ORg2 yg terlibat: AKu sorang


WARNING : SPOILER AHEAD ... READ AT UR OWN RISK!!

The movie was shot in a documentary style interview which starts with what was happening at Johannesburg, South Africa. Nak dijadikan cerita, 20 tahun lepas Alien mother ship yang besar bagak datang ke bumi... then dia terapung je atas kawasan bandar Johannesburg tu. Selepas 3 bulan menunggu, manusia dengan tidak malunya terus memecah masuk ke dalam kapal angkasa tu. Di dalam itu lah mereka telah menjumpai species alien dalam keadaan lemah dan tidak teratur persekitarannya. So, manusia pun telah menolong mahluk asing nie dengan menempatkan mereka di satu kawasan... bawah dari kapal angkasa tu. Tempat nie laa merupakan penempatan sementara alien nie bernama District 9. Pada mulanya, tempat tu merupakan kem sementara sahaja, lama kelamaan alien nie mula laa besar kepala dan menimbulkan banyak masalah dengan penduduk2 Johannesburg tu. So, dalam masa 20 tahun, District 9 nie dah jadi kawasan hitam, kawasan untuk mahluk asing nie sahaja dan mereka juga tidak dibenarkan keluar dari kawasan ini.

So, the story get interesting when MNU (Multinational United, an organization that develops weaponry and in charge of handling these aliens) runs a big project of evicting the aliens to another place far from the city. Wikus Van Something (lupaa sudaa nama dia) was appointed to be in charged and Wikus with the MNU force will relocated these 1.8 million aliens. In the process, he find an alien device and accidentally sprays a black liquid oil to his face. (Actually this device is made by the genius probably leader of the aliens, Christopher as a power source for him to fly the alien motherships out of earth. So this means that the aliens did want to leave the earth. The device took him 20years to collect n prepare.. wow)Lama gila nak prepare benda nie.


Wikus time kat district 9 ngan konco2 MNU dia.


So, with Wikus exposed to this oil, he slowly mutated into an alien form just like Christopher. The rest of the movie will shows how Wikus meet Christopher and they mission to retrieve the device, battle the MNU force, the Nigerian mafia, shows the alien technologies and weaponry which only Wikus as the only human capable of using it. These review is only half of it, so watch it for yourself... hehee malas nak citer panjang2 laa

My CnC (critics and comment):
Personally, dari penceritaan, aku rasa movie nie lagi best dari Transformers 2. Dari segi graphic n special effect, sudah tentu laa Transformers 2 menang kan, tapi District 9 nie bleh tahan gak dia nyer action n effect. Dari segi entertainment, filem nie on par laa dengan GI JOE, Harry Potter. Nak bandingkan ngan Transformers 2 susah ar.. Bagi aku tarikan movie nie mayb sbb cerita pasal alien yg lain skit genre nyer, biasanya element citer pasal alien nie adalah pasal alien makan manusia la, lawan manusia la, alien n manusia pegi angkasa la.. so this time ade kelainan skit aku rasa. lagipun cerita nie di buat luar dari Hollywood which is very nice and welcomed for a changed. Ye ar, takkan alien sikit2 nak mendarat kat Amerika je kan. Cuba Autobots tuu jatuh kat malaysia... agak2, ade kut transformers dari kereta kancil ke, waja ke...

Ape aku suka kat movie nie:
cerita n plot best (Cerita dia agak baru bagi aku, lain dari cerita pasal alien and space being, citer nie pasal alien dalam pelarian, macam mana mereka di layan sebagai refugee, macam mana mereka menyesuaikan diri d bumi, macam mana keadaan mereka dalam District 9 tu)

alien mutation (Element nie mmg best, dia cerita bagaimana wikus nie exposed kat bahan chemical ciptaan Christoper yg bleh mengubah DNA Wikus, so tak lama lagi Wikus nie confirm akan tukar jadik alien. Yg best nye, hanya alien yg bleh guna weaponry mereka, n wikus dengan DNA alien nie bleh menggunakan technology senjata alien nie. So kiranya, tuk sementara nie dia mmg special n MNU pun mau menggunakan, experimenkan c Wikus nie)

alien weaponry (Nie mmg best, effect2 n senjata2 alien dalam movie nie kekadang mengingatkan aku kepada game KKND 2. Senjata shockwave.. tu mmg gempak, senjata cam kilat tu, skali kena berkecai terus.. tu lagi laa gempak. Macam sama plak ngan game KKND 2 tu. Lepas tu robot alien tu, pergh.. mcm gundam pun ada aku tgk, mmg best gila, bleh tarik2 benda n campak camtu je. Yg best time dia tarik peluru2 penjahat Nigerian tu n time tarik babi tu. pergh... gempak, cam Half Life 2 tu aku tgk. ape yek nama senjata tu.. gravity gun, fuhhh)

4 bintang dari aku...

Hari Merdeka 52

its 31st August ... Malaysia's independence day.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 52 untuk Malaysia.

Smlm lebih kurang pukul 12mlm tu, kedengaran laa letupan mercun dan bunga api yg boleh di lihat dari rumah aku nie. Tapi biasanya.. tahun2 sblum nie.. sambutan tu lagi meriah dan lama skit. Dulu2, lama betul org main bunga api n mercun2 tu. sampai pukul 2 pun ada lagi. Smlm .. inilah 1st time aku tengok sekejap je sambutan tu.. selepas pukul 12am tu.. kedengaran laa letupan2 mercun dan bunga api memancari udara area rumah aku nie. Aku tak sure sapa yg buat benda2 nie dan d mana mereka berada. tapi rasanya berdekataan laaa. Anyway, selepas 15minit rasanya... keadaan sunyi balik. Suma da stop main mercun n bunga api tu. agak2 nye tahun nie tak ramai sponser bunga api n mercun sbb tak cukup stok kut. hahaaa...

Lastly, aku ucapkan slamat merdeka malaysia. d harap2.. benar2 laa ko merdeka dan bukan hanya dari perkataan, ucapan, dan sambutan saja.

Wednesday, August 26, 2009

Bulan puasaa

Its 5th Ramadan already.. Selamat Berpuasa Semuaa!!!

Teringat dulu2... asalkan 1st day puasa je.. mesti aku termakan dengan tidak sengaja.

contoh1:
1st day bulan puasa time kecik dulu.. (darjah 6 rasanya). Mak aku suruh tolong dia membasuh cawan2 kat dapur. So, dengan rajinnye aku pun membasuh cawan2 tu. Pada cawan terakhir yang aku cuci tu, aku tgh asyik memikirkan pasal sesuatu sehingga tidak sedar mengisi cawan tu ngan air paip n minum air tu sampai habis.

contoh2:
1st day puasa kat UTP, kebiasaannye.. kalau takde kelas aritu, aku akan duduk terperap dalam bilik menonton series2 seperti CSI Las Vegas dan Lost atau bermain pc games. Time petang sbb terasa lapar, aku pun pergi laa ke Kopetro cafe village 4 ingin membeli roti coklat gardenia harge 50sen tu n air tin satu.. Time kat kaunter tu lepas je bagi duit kat akak tu, aku pun membuka plastik n makan roti tu depan mata dia. Nasib akak nie tegur aku, kalau tak mmg da habis roti tu. haha.. malu siutt

contoh3:
Keluar ke bandar klang 1st day puasa, biasanye aku akan tunggu kereta sapu (pirate car) dekat satu kedai runcit nie. Sbb lama tunggu, aku pun pegi laa masuk ke kedai tu membeli gula2 mentos. Lepas je bayar, selamba gak aku buka plastik dia n makan gula2 tu depan abang jaga kaunter tu. Lepas je kluar kedai baru sedar haritu puasa. Siutt tull abang kedai, mayb dia saja2 taknak tegur aku atau dia pun lupa gak 1st day puasa.

Huhu.. nasib ramadan kali nie aku tak buat insiden2 terlupa tu.

Selamat Menyambut Ramadan, Selamat Bersahur n Selamat Berbuka...

ps: petang nie mau sungkai apaa baa kita??

Thursday, August 6, 2009

Bil Tertunggak..

Got MC today, yesterday got flu, a bit feverish, n little cough. De Doctor said that its still early to confirm if i got H1n1. Got MC instead and I think im feeling okay for now. huhu. Just payed the maxis bill but I got many more that must be payed. huhu.

Ade lagi bil tertunggak nie ha.
Bil ape?? bil entry2 blog. Bz dan malas laa semenjak 2 menjak nie.
Watched many movie recently n the reviews will be up soon. i hope.

Tuesday, July 14, 2009

Temerloh

Esok ari Rabu kena pegi Affin Bank Temerloh. Branch nie baru bukak n akan launch atau open to public next week.

So, tugas aku adalah untuk CQM installation aka Setup Cek Deposit Mesin tuk branch nie n bagi training bagaimana tuk menggunakannya. Harap2 takde ape problem besar berlaku tuk esok.

Thursday, July 9, 2009

Seremban

Dem... I hate Seremban. Not that I hate the place, but I hate for going there to do software supports for this particular bank. F%#k*n stupido officero.

HATE AFFIN BANK SEREMBAN...
(yes, kalau marah, mmg best ckp english!!)

Kjap lagi kena gerak ke sana, kena bagi training lagi kat officer2 ngok ngek tu camne nak guna machine n software DAB. buduss... lahabau. NGOK NGEKKKK!!

Dem, I hate AFFIN Seremban.

Thursday, July 2, 2009

Tag Suka2 Da Return

Rules: Once you've been tagged, you are supposed to write a note with d wedding plan! At the end, choose d people u want to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tagged you, it's because I want to know about u!=)

(To do this, go to “notes” under tabs on your profile page, paste these instructions in the body of the note, type your wedding plan, tag d people (in the right hand corner of the app) then click publish.)

benda nie dlm fesbuk.. yeast suda tag aku. tapi malas ar mau buat d fesbuk tu.

1. How old are you?
: 25 this year

2. Are you single?
: yes

3. At what age do you think you'll get married?
: 30 .. 28 if im lucky

4. Do you think you'll marrying the person you are with now?
: Dunno, none is with me now

5. If not, who do you want to marry?
: Elisha Cuthbert atau Natalie Portman, tak pun FARAH AF2 atau EKIN AF3

6. Who will be your bridesmaid & best man?
: Bestman - my relative or bestfriend
: Bridesmaid - bride's relative or bestfriend


7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?
: Dunno yet

8. Where do you plan to go on honeymoon?
: Dunno yet

9. How many guests do you think you'll invite?
: Dunno yet mayb 200, who knows..

10. Will that include your exes?
: Dunno yet

11. How many layers of cake do you want?
: Dunno yet

12. When do you want to get married, morning or evening?
: Morning mayb

13. Name the song/tune you'd like to play at your wedding.
: Selamat Pengantin Baru la..

14. Do you prefer fine dining or just normal spoon,fork and knife?
: Normal la

15. Champagne or red wine?
: Both excluded

16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
: Days after

17. Money or household items?
: Money

18. How many kids would you like to have?
: Dunno yet

19. Will you record your honeymoon in DVD/CD?
: Mayb

20. Whose wedding plan would you like to know next?
: Elisha Cuthbert, Natalie Portman, Farah AF2 n Ekin AF3.


ps: senang nye tag nie... takde yg lagi mencabar lagi ka rOS??

Tag Suka2

x datin telah menTag aku dlm fesbuk nye.

1. Bekas kekasih saya adalah
- belum ada lagi kekasih setakak ini.

2. Saya sedang mendengar
- Grey Sky Morning - Cinta Gila dari handphone ku.

3. Mungkin saya patut
- buat2 sibuk sbb skrg dalam opis kena sentiasa bekerja

4.Saya suka
- main games

5.Sahabat-sahabat baik saya
- sangat ramai.. mmg best ramai kawan!!

6.Saya tak paham
- perkara yg mustahil dan susah d fahami

7.Saya kehilangan
- rm150 demi menderma kepada seseorang. huhu.

8.Ramai yang berkata
- saya happy go lucky. wpun ianya betul tp hakikatnya saya juga seorg "Happy tak lucky2 lagi"

9.Makna nama saya
- tidak tahu makna nya

10.Cinta itu adalah
- perkara yg susah nak d fahami

11.Di suatu tempat, seseorang sedang
- membuat sesuatu

12.Saya akan cuba
- menjadi insan yg lebih baik dari tahun lepas.

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud
- kekal dan ETERNITY kalau translate dlm Inggeris

14.Telefon bimbit saya
- LG SHINE

15.Bila saya terjaga dari tidur
- saya bangun dari tempat tidur

16.Saya paling meluat apabila
- melihat org2 melakukan perkara yg keji2 n terkutuk, meluatkan, bodo2, bongok2..

17.Pesta adalah
- FESTIVAL dalam Inggeris

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah
- kucing, arnab, tikus belanda, hamster. Anak kucing paling comel kut

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah
- umur time budak2. 13thn kebawah.

20.Hari ini
- hari khamis

21.Malam ini saya akan
- tidur

22.Esok pula saya akan
- bangun tidur

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini
- ada berus gigi dlm mulut.

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan
- arked permainan lagi best pegi.

26.Makanan Barat atau Jepun
- makanan barat.

27.Bilik yang terang atau gelap
- bilik gelap2 best jugak, lagi2 bila tgh tgk movie.

28.Makanan segera adalah
- makanan yg senang dan cepat di buat = FAST food.

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
- terima kasih

Wednesday, July 1, 2009

TRANSFORMERS : Revenge of the Fallen


Transformers : Revenge of the Fallen (TGV Sunway Piramid)
Orang2 yg terlibat: Aku, Acap Milo, Byd, Aizat Jacko, Kong, Kong's friend, n Sora

Watch it 2 times already, and mayb in the future.. I'll watch it a couple more times. huhuhuuu....

Last Saturday, was a very enjoying day, although Im working half day, after working, I manage to ask my utp friend, Mr Asyraf aka Acap Milo to meet me and join us. My agenda after work is playing the PSP with Kong n Sora. We were hunting monsters.. huhu. With Acap joining, 4 of us play Dota Warcraft at FTZ instead. We played 3 games and loses all. huhu... (Mana taknye, suma da lama tak men kot game tu)

At 7pm, we stopped and head to Sunway Piramid, we are watching Transformers and Byds, Aizat, Nina & Patrick is joining. (Nina & Patrick cancelled last minute). So.. its 7 of us including Kong's friend who also joins our "Nengok Transformers Ramai2" group. So wat happen to Nina & Patrick's ticket, I think Kong manage to sell it to two desperate strangers. Hohoooho..


WARNING : Spoiler Ahead.. Read at Your Own Risk

The movie start at 17,000 B.C where some robot aliens visited earth and killing the humans.(Funny that at this time, tigers exist.. lol)

Then citer start kat Shanghai d mana pasukan NEST (terdiri dari faction Autobots ngan askar elite US) tgh memburu saki baki Decepticons. Aku suka part robot Decepticon yg bapak besar gila tu tgh nak melarikan diri. Then citer dia tertumpu kepada Sam Witwicky yg tgh bersiap nak masuk kolej n tinggalkan awek dia yg cun tu.. Mikela aka Megan Fox. Nak dijadikan citer, satu serpihan AllSpark jatuh dari jacket c Sam nie n accidently Sam telah mendonlod information2 Alien Robot dari serpihan tu.

Bila Sam sampai ke kolej, macam2 berlaku, ade awek cun tetiba gila sangat kat dia (seriously, this chick is hot.. but to bad shes a Decepticon), Sam kena culik dan hampir d bunuh Megatron (yes.. Decepticon manages to revive back Megatron), dan Optimus Prime mati masa nak selamatkan dia. Aku suka part Optimus lawan 3 Decepticon dlm hutan tu.. fight scene tu mmg best gilaa. Optimus VS Megatron + StarScream + Blackout.

Citer dia meleret2 sampai laa ke Egpyt di mana Sam kena carik Key of Matric (kalau tak silap la).. tuk revive Optimus. Time part nie laa dpt tgk kehebatan action scene, cgi effect, adegan2 letupan, dan pertempuran yg best antara Decepticon ngan Autobots. Time nie gak dpt tgk kemunculan JetFire, Devastator (robot nie besar gilaa sbb terhasil dari cantuman daripada beberapa robot2 Decepticon) dan The Fallen. Fallen nie mmg best power dia, bleh teleport ngan mengawal graviti kut.

Nak tau lebih lanjut, kena tgk laa movie nie.. aku baru citer skit kut. Byk lagi tak ckp kat sini. So, mmg kena tgk la movie nie.. tak kira laa tak suka ke tak best ke, yg penting dapat tgk n tau camna movie nie. Aku da tgk 2 kali tau.. haha.


Awesome Decepticon Cheetah

Review aku:
Movie nie mmg aku tertunggu2 da masa dorang sibuk buat pengambaran. Bagi aku lah... movie nie mmg gempak gilaa effect n action scene dia. Aku mmg teruja habis. Part2 yg aku suka time robot2 nie tgh transform, tgh berlawan, time Optimus lawan 3 Decepticon, time Decepticons tgh carik Sam tuk dapatkan kunci Matric tu, time Devastator tgh cantum n time Optimus dah revive n dpt upgrade menjadi kuat ngan part2s dari JetFire. Macam anime Gundam plak aku tgk Optimus dah gabung2 tu then dpt terbang. So far, dari segi actions ngan cgi effect dia.. movie nie mmg paling gempak gila.

Tapi..... tetapi movie nie ade gak kelemahan dia. Betul cakap Sora, plot movie nie tak berapa ngam aku rasa. Firstly, yg aku tak puas hati minah cun yg tergila2 kat Sam time kat kolej tu. Actually shes a Decepticon robots.. but this robot can transform into human form?? WAT DA HELL?????? Macam terminator campur species plak aku rasa. Bleh ke robots transform into a bio form?? bleh ke camtu?? Why Sam didnt tell Optimus that he got a piece of Allspark when he meet Optimus??? Why when a piece of Allspark can revive Megatron, Sam didnt do the same with his to Optimus?? Kenapa dia nak susah2 carik JetFire n revive dia plak?? Kenapa kononnye JetFire yg dah milenia tahun lamanya ade kat bumi nie transform jadik Jet pejuang yg berada dlm muzium?? Byk part dlm citer tu aku tak faham n tak puas hati...

But mostly, untuk sequal Transformer nie.. aku expect Decepticons yg akan menang the wars.. ye lah, tgk je movie title... Transformers: Revenge of the Fallen. Tapi malang, dalam movie nie.. biarpun faction Decepticons banyak yang datang ke bumi, mereka masih tidak dapat melawan Autobots ngan tentera US tu. Pesal lemah tull Megatron n pengikut2 dia nie??? I expect that Decepticons will overwhealm the Autobots and win the war. Then, Michael Bay will continue the story in the 3rd movie. hehehee... Too bad.

This movie could easily get a full 5star from me, but with the lame plot, confusing story line (to me laa) and constant loses of Decepticons to the Autobots.. I gave it 4star... The actions and cgi graphic really helps in this film. huhu.

4 bintang dari aku..


edited: found this link today that can help me justify what is the confusing part of the movie. 10 Burning Questions on Transformers : Revenge of the Fallen
ps: sory bahasa aku rojak, saja nak improve skit Inggeris aku.
credit: picture downloaded from mininova.org

Wednesday, June 17, 2009

NEW DIVIDE

wwoowowowowwoowwwiiiii.... new song from LP

Linkin Park – “New Divide”

Monday, June 15, 2009

Tag Datang Lagi....

tag dapat dari ex-datin ...

1. Senaraikan 5 hadiah yang anda impikan...
- keta mewah especially LOTUS ELISE
- keta F1 especially keta F1 BMW Sauber Petronas
- PS3
- satu account bank yg mempunyai RM1,000,000,000 dlm nya. (berapa tu yek?)
- awek ideal yg bleh buat bini especially mcm ELISHA CUTHBERT


2. 5 alasan terhadap pilihan tersebut...

- keta tu kecik lagi smart lagi laju lagi hebat
- nak bawak keta tu laju2 d litar sepang atau federal highway
- ciptaan terhebat manusia selepas terciptanya komputer. (from my view la)
- ingin memiliki status kewangan yg stabil
- aku suka elisha cuthbert... tak bleh ke???

3. 5 impresi terhadap orang yang anda minat
- cute
- comel
- sedap, manis mata memandang (nasib baik nda bleh makan)
- baik hati (of cos la kena minat ngan org yg baik kan)
- tak dpt fikir lagi..

4. 5 perkara hebat yang pernah anda lakukan
- pernah beberapa kali melahap burger Big Mac McD tuu dlm masa 1 minit.
- aku suka melukis dan time kecik2 dulu ada laa beberapa kali masuk pertandingan melukis n mewarna, n wakil skolah. sayang nya aku tak terer sgt mewarna. hoho.
- mengikuti walkathon HSBC sjauh 14km d bandar KL demi mak aku.
- dapat mengenali kawan2, teman2 yg macam2 raga, which is sangat hebat bagi aku.
- dpt melakukan perkara2 d atas n banyak lagi yg hebat2 which is sangat hebat. wahaha

5. 5 ciptaan yang paling disukai
- of coz la playstation, playstation 2, psp, playstation 3.
- KOMPUTER, without it.. nda da la laptop oiii... huhu
- TV, without it.. nda kan wujud la vcd n dvd player, blueray, karaoke n MOVIE.
- KERETA
- JAM, mengetahui masa

6. 5 perkara yang dibenci
- pencuri
- penipu
- pembunuh
- kemalasan
- bila sakit hidung (sinus, resdung, selesama)

5 orang yg hendak di tag

sapa2 yg suka d tag.

Sunday, June 14, 2009

DEGIL ... !!!!! Nak jugak dia pandang....

Jangan Pandang Belakang Congkak (TGV Bukit Raja)
Org2 yg terlibat: Aku, n adik aku Rahimah

K, aku da janji ngan adik aku nak bwak dia gi tgk movie, since aku da tgk night at museum tu aku bawak la gi tgk JPBC ..


Warning : Spoiler Ahead.. Read at Your Own Risk

Aku lupa da sapa nama pakcik tu.. dia slalu berlakon dlm citer Anak Mami. So, c packick tu sakit tenat dan citer nie bermula kat rumah dia ngan satu upacara nak hilangkan saka tau belaan pakcik yg menghantui dia tu. Pakcik nie ada pembantu rumah , sungguh lawa minah nie (Lisa Suriani, skali pandang, terpikat, 2kali pandang lagi la terikat2). So, lepas pakcik nie meninggal dunia, ada la wasiat tuk 3 waris dia.. cucu-cucu dia (sam, mazlan petpet, cat farish). So c 3 org yg tak kenal mengenal nie pun jumpa laa d kampung datuk dorang tu tuk dengar ape wasiat dia. Nak d jadikan citer, datuk dia akan mewariskan suma harta benda dia d kampung tu ngan syarat, tak bleh pandang belakang congkak kat rumah tu.

Citer punya citer, mereka telah mengacau congkak datuk dorang tu n terpandang belakang congkak tu, n secara otomatiknya, mereka bertiga nie telah mewarisi antu2 datuk mereka tu. c sam di rasuk antu raya (kira otai gak laa mekap dia nie), mazlan dapat jadik org minyak, cat farish jadik toyol.

Time siang mereka nie normal, time mlm jek setan2 dorang nie kluar. Nak lebih precise time bulan mengambang, time tu laa dorang mula merasa aneh gunda gulana cam cacing kena minyak tanah n transform jadik antu2 yg diwarisi mereka tu. Time siang dorang pegi dating, time mlm.. dorang pegi kacau org2 kampung.. mmg tu laa kerja budak 3 ekor nie. Sementara tu, tok ketua kampung dah carik sorang bomoh jawa yg terrer (Kuman KU2), tu pun tak dpt nak lawan antu2 tu. Nak tau citer nie lagi, kena laa tgk kat cinema, kalau malas, tunggu laa raya nnt. sure ade punya.

Review aku:
Movie nie kira cubaan bagus la tuk comedi seram dari Ahmad Idham. Komedi n unsur lawak tu dah ada, cuma some part bila time lawak tu, aku hanya dpt senyum tetapi tidak ketawa mengikut penonton2 lain yg tak reti berhenti ketawa tu. Baru ckp skit da gelak, baru lawak spastik skit da gelak. (Pehal laa org2 skrg nie, lawak bodo yg tak best pun bleh gelak ke??)So, bagi aku some part tuk punch line lawak dorang dlm movie nie tak berkesan kepadaku, malah ngan melihat lakonan tu, time menonton wayang nie pun aku suda mendapat ilham bagaimana untuk memPerfectkan lagi lawak2 dorang tu.

Jalan citer dia kira ok la, takde la berat n serius sgt, n watak C Lisa kureng dialog n last2 part tu, c bomoh tu (Azli) senang sgt kalahkan dia. (actually, tak kalah pun, nak tau sbb pe?? kena tgk la kut kalau nak tau)Lastly, antara scene2 yg aku suka adalah time c Lisa Suriani tgh baca mantera dia (dia nie mmg cun), scene budak 3 org tu tgh khayal sampai menyanyi n menari ngan awek2 dorang dekat gua tu, n paling favourite aku.. nie mmg aku gelak kaw2 punya, Scene time c Cat Farish kena rasuk dek toyol tu n merempit ngan moto 3 roda tu. Tu mmg susah nak carik.

3 bintang dr aku..
WIKEED WIKEED ... EEEEEKK!!

Tuesday, June 9, 2009

between NEED to n HAVE to

I have to do these things and i need these things:

HAVE TO:

1. play monster hunter 2g better (need better armor n weapon)
2. get slim n healthy (im getting bigger and slower these days)
3. get more moneys for buying stuffs n pay debts
4. search for tiket balik kampung this Raya Haji



NEEDs:

1. Download these songs:
Grey Sky Morning - Cinta Gila (New Version)
Komplot - Nora Zain
Plague of Happiness - Konspirasi
Pesawat - Excuse Me
Pesawat - Rasional Emosional
Hafiz AF7 - Masih Jelas (New version)

2. Download these series:
True Blood
Lost
CSI : Crime Scene Investigation
Prison Break
Heroes
Smallville
Supernatural
House
Monk

3. Download these animes:
Bleach
Naruto
One Piece
Naruto n Bleach's new movie


ARGHHH... i need those....

Monday, June 1, 2009

Terminator 4

Terminator Salvation (GSC SUMMIT USJ)
Org2 yg terlibat: Aku, Byd aka Bidin, Shafik aka Sapek, Aizat aka Jacko.



K, movie nie mmg aku nanti2kan. So, sabtu baru2 nie.. aku ngan geng2 aku dpt la membeli tiket panas tuk movie nie. Tapi sebab masalah technical skit (trafic jam, aizat lambat, kitorang yg lain pun lambat masuk), kitorang berempat lambat skit masuk panggung. So, da tertinggal 10min pertama citer tu. Kitorang masuk tu, John Connor baru je selamat dari helikopter dia yg terhempas.

Warning : Spoiler Ahead .. Read at Your Own Risk

Cerita nie start dari beberapa tahun da lepas Judgement Day (Skynet mula2 aktif n memBom kan satu dunia) n keadaan time nie mmg havoc n hura hara. Manusia berperang, d bunuh, d culik, oleh robot2 dari Skynet nie. K, start dari part yg aku tgk nie. John Connor da selamat dari helikopter yg terhempas tu dan dia dalam perjalanan berjumpa ngan sorang lagi ketua Resistance (group2 Resistance nie berselerak la.. so yg dia jumpa nie kira otai Resistance army) dlm kapal selam deep dalam tgh laut. Lepas dia jumpa ketua nie, dia dpt satu weapon yg bleh mengalahkan robot nie iaitu satu gelombang signal yg bleh mematikan robot2 nie dari beroperasi.. switch off signal, huhu)

Lepas tu kembali kepada watak Marcus Wright plak, mamat nie mmg macho, body mantap n kuat. Dia nie mcm hilang ingatan n mempunyai satu misi, iaitu pergi ke pusat Skynet. Time dia nak pegi tu, dia jumpa la 2 org budak nie.. Kyle Rease (bapak John Connor in da making) n sorang lagi budak pompuan comel yg takde dialog.. lupa da nama dia. Time dorang bertiga nie nak pegi jumpa John Connor, mereka terserempak la ngan manusia lain n telah d kejar oleh robot2 gergasi dari Skynet nie. So, Kyle Rease n budak kecik tu ditangkap n Marcus nie terselamat. Dia telah berjumpa ngan sorang pilot nie yg akan membawa da berjumpa John Connor.

Selepas beberapa inciden yg malas aku nak citer d sini, Marcus n John Connor pun pergi la ke pusat Skynet tu secara berasingan. Marcus ngan mudah masuk Skynet dan dpt mengAccess Skynet n dpt tahu siapa dia sebenarnye. John plak dpt masuk ke Skynet tu dan menyelamatkan Kyle Rease. Tetapi kat sini, John Connor jumpa la T-800 (Arnold time muda2) yg dpt menikam jantung c John Connor tu. Nak tau lebih lanjut lagi, kena laa tgk sendiri movie nie.



Review aku:
Bagi aku la... movie nie mmg best dan sehebat movie2 terminator yg lain. Movie nie padat ngan action dan special effect real gila, yg letup2, gegar2, tembak2, suspen2, gempak2... yg mmg best la. Watak John Connor dari Christian Bale nie mcam kurang menonjol, bini dia pun sama.... yg kira mmg penting kat sini.. watak Marcus Wright ngan Kyle Rease. Robot2 dlm filem nie suma gempak2.. mmg ada variasi kepada jenis2 robot nie, ada robot tuk membunuh, robot tuk collect manusia, ade robot pengangkut, ade robot mat rempit, ade robot scouting, ade robot dlm air mcm cacing, ade robot T-600 n T-800. Jalan citer ok lah, senang nak faham, dialog kira ok lah, aku tak kesah sgt sbb special effect dia mmg gempak gila. Arnold Swaggener (aiseh.. tak lepas aku nak spelling nama dia yg betul) ade membuat cameo gak la dlm filem nie. Dorang da buat digital imitation muka Arnold yg muda2 tuk jadi T-800 yg berlawan ngan John Connor. Watak Marcus Wright mmg kecian aku tgk, dia telah digunakan Skynet, ditembak, dibakar oleh geng2 Resistance, dan rela berkorban tuk John Connor. Yg aku rasa patut ada dlm file m nie adalah sedikit citer pasal time machine, aku sebenarnye nak tgk camne Skynet reka time machine nie n hantar robot2 nie tuk bunuh John Connor. So far, movie nie mmg gempak habis la.. tapi ending dia cam confuse skit n aku expect more lagi dlm penutup citer nie tetapi tidak dpt apa yg dmahukan.

5 bintang dari aku.

Sunday, May 31, 2009

Vampire = Pontianak version Mat Saleh

Vampire C Peng Ee Sab Daa Raah

Wokeh, entry kali nie aku nak citer skit pasal minat aku kepada species vampire nie. K, benda nie rekaan semata2 la, (eh betul ke rekaan??) tapi bagi aku Vampire nie cam betul and it really facinates me. Kalau version Malaysia, biasanya dorang panggil pontianak, tapi pontianak nie biasanya dlm bentuk pompuan and suka makan darah gak. Kalau version luar negara tu... pontianak nie dorang panggil vampire la... tapi bukan sekadar jantina pompuan je, lelaki pun ade. huhu. Vampire biasanya, aktif time malam je.. takleh kena cahaya matahari, n makanan ruji dorang tentulah darah. Vampire dulu2 (count Dracula contohnye) biasanya suka pompuan lawa2 je, then dia akan stalk pompuan nie n hisap darah dia n convert pompuan nie jadik bini dia. Vampire nie takleh kena cahaya matahari, tidur mesti dlm keranda, takut tanda salib n bawang putih, kuat, n bleh tukar jadik kelawar.



Aku nak citer pasal trend2 Vampire masa kini, yg mana aku lebih menyukai vampire jenis2 nie. Vampire citer2 skrg biasanya tidak lagi mengikuti trademark, kelaziman, standard vampire2 dulu. Tgk la citer series Angel, True Blood, movie Twilight, Underworld, dan Blade tu.. tu mmg citer2 vampire yg enjoy d tgk. Kalau buku pula, sudah tentulah aku minat The Vampire Chronicles dari Anne Rice tu. Biarpun aku tak baca suma buku novel dia pasal vampire tu, aku minat 3 buku dia yg pertama tu.. Mmg best, antara favourite character dia yg aku minat tentulah hero buku tu, Lestat.

Dlm citer series plak, dulu aku tgk Angel, series nie mmg gempak beb.. dia citer pasal c Angel nie, pontianak yg da bertaubat nak jadik baik, melawan pontianak jahat dan monster2 atau hantu2 jahat yg lain. Series terbaru yg aku tgk plak.. True Blood dari HBO. wow.. nie mmg best, vampire dia mmg lain dari yg lain, dlm cerita nie, satu dunia da tau pasal kewujudan vampire, dan vampire mmg hidup d kalangan mereka. Vampire nie tak semestinye minum darah pompuan je, darah ape2 pun bleh tapi bagi dorang darah pompuan n bayi paling sedap. Lepas tu, dorang bukan tido dlm keranda je, dlm tanah pun bleh tanpa keranda tu. Yg still sama bagi aku adalah, vampire nie still hisap darah, n tak bleh kluar waktu siang. (huhu.. rasanye Micheal Jackson ade sangkut paut kut ngan dorang nie, takleh kena cahaya matahari). Byk lagi series yg citer pasal kuasa2 mistik, kewujudan mahluk2 nie macam Supernatural and X-Files, tapi aku rasa series Angel, Buffy the vampire slayer, True Blood nie mmg specific tuk vampire. Kalau filem atau movie plak, for sure la aku minat Blade, Underworld and baru2 nie movie Twilight (tak sabar tunggu sequel), n movie dari favorite book aku, Interview with The Vampire and Queen of the Damned.



Untuk game, ha... game nie mmg aku minat. Game yg pernah aku main yg ada sangkut paut ngan vampire nie.. game Blood Omen n Legacy of Kain. Dua2 game nie ade sangkut paut gak jalan citer dia.. so kira cam men 2 game tapi satu developer la kiranya. Seperti biasa ar, game2 nie pun vampire dia kena hisap darah tuk survive n ada laa kuasa2 hebat mcm bleh gerak laju, kuat cam gajah, ade telepati power, mcm2 arr ability lain.

K, tujuan aku tulis benda2 merapu nie...
hehe, saja je buang masa aku n korang suma membaca. saja je nak citer2 pasal vampire nie. huhu... abis.

Monday, May 25, 2009

Anak A lawan Anak B

Nizar VS Zambry

Mmg pelik entry kali nie.. aku citer pasal politik. Bukan ape, cuma aku da meluat, menyampah tgk 2 org nie berebut title MB Perak. Korang 2 nie mmg fakup gila ar,
benci gila aku ngan politik2 nie.

Berebut jawatan menggunakan kuasa mahkamah.
Bagi aku, senario dia mcam 2 adik beradik yg berebut satu permainan. C polan nie report (buat rayuan) kat ayah, c polan sorang lagi report kat ibu. Persoalannya, c ayah nie mahkamah ape?? c ibu nie mahkamah ape?? Mahkamah mane mempunyai kuasa lebih tinggi kepada yg lain?? Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi?? Kang c ibu dan ayah nie report kat Datuk n Nenek plak...

Tak sokong mana2 pihak, cuma aku harap.. cepat laa benda nie habis, takyah laa nak berpolitik keji2 camnie. cepat laa korang tu settlekan benda nie.

Pengetahuan undang2 ku cetek, pemikiran politik ku cetek, nie cuma luahan hati yg menyampah kat situasi politik perak nie.

Another Tag...

Dedems... malas tull jawab tag yg panjang2 nie. hehe. Tapi demi semangat tag dari Cik Aslina.. aku torai jawab.

K, I'll try to be brief n simple:

1) APAKAH HUBUNGAN ANDA DENGAN DIA (INSAN YANG MENGETAG ANDA)?
Hubungan kawan bloggers.

2) 5 IMPRESSIONS TERHADAP SI DIA
Dia minah rempit, panas baran, cari gaduh, tangan bengak kena sengat, dia suka makan burger. (Sorry aku ikut profile ko.. hehe)

3) PERKARA YANG PALING MEMORABLE DIA PERNAH LAKUKAN KAT AWAK?
Setakat nie.. dia tagged aku.

4) PERKARA YANG PALING MEMORABLE DIA PERNAH CAKAP KAT AWAK?
Rezan, ko nie budak paling ensem pernah aku jumpa.

5) KALAU DIA KEKASIH AWAK, AWAK AKAN?
Tidak mengaku.

6) KALAU DIA MENJADI MUSUH ANDA, ANDA AKAN?
Lari guna keta, sure kena tinggal ngan motor dia tu.

7) KALAU DIA JADI KEKASIH ANDA, DIA PERLU IMPROVE DALAM?
Skit2 jadi kekasih, takde jadik lain ke??

8) KALAU DIA JADI MUSUH ANDA MUNGKIN KERANA?
Aku sgt ensem.

9) OVERALL IMPRESSION TENTANG DIA?
Minah nie antara bloggers yg sporting la aku jjumpa dlm dunia cyber nie.

10) THE MOST DESIRABLE THING TO DO TO HER/HIM?
Suruh bawak pegi makan burger, dia bayar.

11) APAKAH ANDA RASA TENTANG PANDANGAN ORANG TERHADAP ANDA?
Tidak tau rasa apa.

12) THE CHARACTER OF YOU FOR YOURSELF...
Happiness and enjoyment come 1st.

13) ON CONTRARY, THE CHARACTER YOU HATE ABOUT YOU...
Tu la yg sedihnya... self happiness n enjoyment come 1st, org lain 2nd.

14) THE IDEAL PERSON YOU WANT TO BE WITH...
Family n friends.

15) FOR PEOPLE WHO LIKE YOU, TELL SOMETHING ABOUT THEM...
Dorang suka mayb sebab kenal aku, tak kenal tak cinta..

16) 5 PEOPLE YOU TAG...
malas tag, sbb kita boleh manipulasi susunan nama2 tu tuk soklan seterusnya.


17) NO. 2 ADA HUBUNGAN DENGAN SIAPA?
no 2 tidak wujud

18) IS NO. 3 MALE OR FEMALE...
no 3 tidak wujud

19) NO. 1 BELAJAR APA?
no 1 tidak wujud

20) IF NO. 3 DENGAN NO. 5 ADA RELATIONSHIP... IS IT A GOOD THING?
tak wujud

21) MACAM MANA DENGAN NO 5 DAN NO 4?
pun tak wujud

22) NO. 4 SINGLE KE?
tak wujud laaaa..

23) SAY SOMETHNIG ABOUT NO 3 ...
berape kali org nak jawab daaaa, tak wujud laa lahabau!

21) NO 2 KELAKAR KE?
dem laa dia nie, tak pandai faham2.

hahahaaa

Monday, May 18, 2009

Tag Perfect LOovaa

Nie dpt tag dr Datin nie. dia mmg suka tag org.

Sbb tak dpt copy paste rule tag tu, aku taip baru je laa ye. Rule yg penting kena bgtau 8 point berlainan pasal pasangan idaman kita. 2nd, of coz laa kena bgtau jantina pasangan kan. hehe. yg lain tu rule nye tak apply kepadaku sbb malas nak tag org lain.

Nie point2 kekasih idaman ku. Pasangan Idaman ku seorang perempuan atau nama lain nya wanita:

1. Cun, Cantik, Lawa, cam Elisha Cuthbert atau Natalie Portman. Definisi cantik ku lain standardnya k.

2. Baik Hati, Smart, Sopan Santun & menjaga tingkah lakunya.

3. Kaya ( Kalau kaya bagus gak... hehe )

4. Utamakan keluarga.. family comes 1st.

5. Ade kereta Lotus Elise yg bleh bagi kat aku.

6. Seksi mcm Megan Fox, tu aku tak kesah.. bleh nasihat tutup aurat.

7. Ingat ajaran agama, bleh membimbing aku time aku sesat2.

8. Suara manis dan merdu, taknak macam Fasha Sonda.

Habis..

Sorry kalau entry nie merepek skit time nie. hehe.

Wednesday, May 13, 2009

Main DotA Makan DotA Mandi DotA Tidur DotA

Okey, benda nie mmg aku da taip awal2 d Notepad dulu. Entri kali nie mmg special. Sbb ape special?? Aku nak cerita skit kat korang2 suma pasal diriku dulu masa jumpa satu permainan pc bernama WARCRAFT 3. Game nie dah lama aku main, tapi yg menarik minat aku semula adalah mod game nie, DOTA.

Ok, biar aku intro skit dulu pasal game nie, then baru aku citer pasal ape effect game nie sama aku. DOTA, game nie mod atau game kecik dari ibu game dia, WARCRAFT 3. DOTA maksudnye... DEFENCE of the ANCIENTS. DotA nie sbenarnye dari custom scenario map dari game Warcraft III, di mana game nie mempunyai feature yg membolehkan pengguna membuat map sendiri atau game sendiri ikut suka hati dia je.. So, aku pun tak tau sapa, tapi ade pengguna la telah membuat map DotA nie based dari "Aeon of Strife" map dlm game StarCraft.(Game nie pun mmg aku suka gak)


GAMEPLAY of DotA

Objective map nie adalah memusnahkan opponents's "Ancient". Jadik, ade 2 team yg mempunyai Ancient sendiri, base sendiri, dan control unit sendiri. Develop punya develop... makin lama map nie makin best gameplay dia. Map DotA skrg mempunyai 2 team yg saling berlawanan, Sentinel dan Scourge. Sentinel atau yg slalu aku panggil Senti, nie geng baik, manakala Scourge plak geng jahat. Each base Sentinel dan Scourge nie berkubukan Guard Towers dan waves of units ( benda nie aku panggil Creeps, kalau bunuh bleh dpt duit ) yg akan spawn dari base tu menuju base lawan mengikut laluan nya. D tengah2 base plak, ade "Ancient".. benda yg mesti di musnahkan jika ingin menamatkan game. So, setiap 2 team nie akan berlawan tuk memusnahkan Ancient lawan tuk memenangi game itu. Setiap pemain bleh mengontrol (mcm ayat baru jak aku buat nie) satu Hero... unit yg power dan ade unique abilities berbanding Creeps yg spawn tu. Satu team, bleh mempunyai 5 pemain, so dalam satu game DotA, bleh mempunyai 10 pemain ngan 10 hero masing2. Ok, pemain bleh memilih Hero tuk team dia di awal permainan game, setakat nie map DotA nie mempunyai 93 hero tuk pilihan... yg aku tau la. hehe.

OK, gameplay dota nie tak concentrate ke resource management atau buat2 bangunan base tu mcm game strategy yg lain, ia lebih kepada hero management, maksudnye, kita concentrate kepada satu hero yg kita kawal itu.. d mana kita bleh dpt experience tuk tingkatkan level, dan beli item2 tuk jadik lagi kuat tuk menghadapi hero2 team lawan. So, untuk naik level, kita bleh membunuh creep2 lawan, hero lawan, bangunan lawan atau neutral creep yg ade dlm hutan2 dlm map tu. Hutan mana plak nie??? haaa... Map Dota nie terdiri daripada base team masing2, kawasan2 hutan, kawasan2 laluan creep, kawasan tempat beli item2, sungai (di mana ia juga menjadi laluan hero2 nie tuk berdagang, berlawan, berparti, mandi manda) yg menjadi pembahagi area kawasan team. So, bila dah cukup experience, hero kita akan naik level, dengan meningkatnya level ini, kekuatan hero kita bertambah, life atau nyawa atau yg biasa aku panggil HP pun bertambah, bila certain level d capai, hero kita akan mempunyai skill atau abilities yg lain yg best2 tuk hero tu. Yg membuatkan game nie best ialah kawalan hero kita dan kerjasama antara teammate kita untuk menentang pihak lawan. Wokeh, cukup laa tu tuk intro aku pasal game DotA ini....



Lepas nie.. akan ku sambung plak citer aku pasal bagaimana aku jumpa game nie ngan ape dah effect dia ngan diri ku, hidup ku dan personaliti ku.

Wasalam.

Monday, May 4, 2009

Harry Potter dan Wolverine

Ok.. last week ade OIAM kan?? yg final yg c TOMOK tu menang kan?? ada Bunkface buat persembahan kan?? ... haa, masa tgh tgk tu, mak aku ade laa ternampak budak2 Bunkface nie buat persembahan lagu dorang tu "Revolusi". Mak aku pun tanya ar band apa tu, dan d jawab oleh ku dan adik ku.. "Tu lah band budak klang tu buu, Bunkface nama dia" kata aku. Mak aku jawab "Ooo, macam Harry POtter plak dorang tu."

Wakaka... Harry Potter dlm Bunkface.

Sayang aku malas nak carik gambo dorang time OIAM tu.. kalau korang2 rajin, carik gambo dorang time IOAM, aku pun rasa macam Harry Potter laa muka dorang tu.


Ok... Jumaat lepas tu hari Pekerja kan?? Time tu cuti kan?? So.. aku pun cuti time tu. Movie X-Men Origins : Wolverine tu da stat main kat cinema2 29April tu kat Malaysia. So hari jumaat tu, aku pun beli laa tiket tuk aku, n 2 adik aku. Movie nie dah lama dlm production sebenarnye, dr tahun 2007 kut. So, end of 2007 tu aku da bising2 da ngan membe aku, akan ada movie X-Men yg baru ngan ceritanya concentrate kat Wolverine. Tak tau laa kalau dorang percaya ke takk time tu. huhu.


X-Men Origins : Wolverine (TGV Bkt Raja)
WARNING : MAY CONTAIN SPOILER.. READ AT YOUR OWN RISK
Org2 yg terlibat: Aku, Yeast, Rahimah.

Movie nie bukan pasal X-Men, tetapi pasal Wolverine sblum dia masuk X-Men. Aku bukan tau sgt sejarah Wolverine tetapi aku rasa, movie nie ade perbezaan skit daripada Komik ngan Katun dia tu. Aku mmg minat gilaa ngan Katun X-Men nie. So aku tau skit2 laa pasal sejarah Wolverine. Skrg aku citer dulu sinopsis movie nie.

First citer dia berlaku masa Wolverine nie kecik lagi, time tuu nama dia Jimmy. Rupanya2, dia niee adik kandung c Viktor aka Sabretooth. So time kecik dorang nie da sama2 membesar dan tau dorang nie special dr org lain. Dorang gak macam bleh hidup lama sbb da join berperang dari time American Civil Wars, World War tu sampai laa ke perang Vietnam, camtu gak rupa dorang. So, time perang Vietnam tu da habis, dorang d recruit oleh William Striker. C Striker nie da buat satu team elite yg ade mutan2. Time tu dorang ade team special sendiri, ala2 Power Rangers atau Fantastic 4 la, tapi time nie dorang ade 7 ahli. Wolverine aka Logan aka Jimmy, abang dia Victor aka Sabretooth, Wade Wilson terer guna pedang sampai kalah ninja (dia nie akan jadik Deadpool), Agent Zero terer guna pistol sambil lompat2 summersault, Fred Dukes yg kuat macam keta kebal (dlm komik dia nie akan jadik The Blob), John Wraith yg bleh teleport sampai bleh mengalahkan NightCrawler aku rasa (d lakonkan oleh will.i.am), ngan Chris Bradley yg bleh control machine2 (mamat nie berlakon series Lost).

OK, cukup laa situ pegenalan watak2 mutant. Sambung citer tadi, Wolverine tak tahan ngan group tu, so dia pun lari laa meninggalkan group elite nie.. lepas 6 tahun, girlpren c Wolverine yg jugak mutant d bunuh oleh Victor, so sbb nak balas dendam.. dia pun d tawarkan oleh c Striker tuk pasal besi Adamantium kat badan dia. Besii nie kuat WOOOOooo. Ok, sbb aku malass da nak citer lagi.. kang citer lebih2 spoiler la plak kan. So demi nak balas dendam tu, c Wolverine jumpa Gambit (budjet macho la mamat nie, tapi character dia mmg camtu pun) n mintak tolong kat dia tuk cari tempat Striker n Victor nie bertapok (Org Sabah faham la perkataan nie.. maksud die sembunyi) So da sampai tempat tu, dorang pun lawan2 laa n Striker pun guna laa secret weapon dia yg baru DeadPool. DeadPool nie mmg best gila, sayang mulut dia kena jahit dah. Dia ade pedang samurai Adamantium bleh kluar dr tangan dia, bleh heal macam Wolverine, bleh teleport mcm John Wraith ngan ade Laser Beam mcm Cyclops. Setahu aku, character DeadPool nie hanya bleh teleport n regenerate macam Wolverine dan takde Laser Beam pun. Deadpool nie terrer menembak ngan guna pedang.

K, citer X-Men nie mmg best gila arr bagi aku. Dia citer pasal sejarah Wolverine n camne dia bleh hilang ingatan, n bagi tgk mutan2 yg best. Dari segi plot, watak2 kecil yg lain, dialog.. takleh laa best sgt, tapi dari segi tribute tuk Wolverine, movie nie mmg best.

Sunday, April 26, 2009

Tag Gambo Wall Pepaa

Nie tag dari minah nie. Dia seorang datin!! So, akan ku copy paste ape yg ade tu dlm tag tu...


1)anda perlu printscreen wallpaper anda yang tengah gune skang jangan tipu2 ek x suke...



2) bgtau nape anda suke wallpaper anda ituhh...

Aku suka wallpaper nie.. sbb gambo nie menarik buat aku tetarik sampai aku jadi de bomb. Baru2 nie.. pc aku kena format n sayangnye suma gambo2 wallpaper aku yg lagi lawa dan cool gilaa gambo diaa da lenyap dek kena format. So, wallpaper nie yg baru nye, gambo aku cilok dr planet-render .


3) seperti biasa...mari tag orang sebanyak sepuluh orang....

takpat laa nak 10 org, so aku tag mana2 yg mungkin baca blog nie. kalau ade terbaca tu n nama takde dlm list, silaa buat jugak. taknak buat pun takpe, org tak paksa.

1. cik yeast
2. cik maple sirap tiruan
3. cik aslina
4. cik stargate
5. membe2 yg ade baca blog nie.

Thursday, April 23, 2009

The Last of GRissoM

Gil aka Grissom... mamat nie mmg salah sorang favorite character aku dlm series CSI : Crime Scene Investigation.

Baru je lepas tgk tadi d astro, nampaknye Gil akan kluar dr CSI so mmg agak sedih gak aku citer yg best nie da jadik camni. lepas kematian Warrick, Gil plak nak blah.. adoi.

Apa2 pun, citer nie mmg best dan akan tetap menjadi favorite series aku. Lepas keadaan kewangaan aku stabil, akan ku beli DVD series nie dr season 1 sampai la terlatest. Buat maraton time hujung minggu.


.....otai2 CSI Las Vegas....

Friday, April 10, 2009

Laju dan Ganas

Mmg Laju lagi Ganas...

Skrg nie aku d opis.. sbb bosan nie, aku pun bukak laa blog c yeistisdead tu. Jadik ada laa link kat situ budak tu letak.. test kelajuan menaip anda.

so aku pun test la... nie keputusan aku.

100 perkataan

Speedtest



Kamu mencapai 291 markah, jadi kamu berada di posisi 1796 dari 26677 dalam senarai kedudukan


Kamu menaip 362 aksara seminit
you mendapat 55 perkataan betul dan
kamu mendapat 0 perkataan salah




hehe... gempak tak?? nie cubaan kedua. 1st dpt 50 je. 2nd attempt yg dpt 55. hoho. Sbb tajuk aku Laju dan Ganas tu... citer nyer camni, tgh2 aku nak menaip laju tu.. kuat sangat laa bunyi keyboardtu aku tekan2, tu yg ganas tu. Mcm machine gun la. hahahaa

ps: bila aku tgk balik coding nye yg kita kena paste tu... dr situ bleh tukar laa plak nombor perkataan yg d taip tu. dem, cam sia2 je plak amik test nie.. takleh verify btul2. sbgai bukti.. 100!!

Wednesday, April 8, 2009

Tgk Movie Da Return (part 2)

OK... aku sambung balik. Yg dragonball tu... mmg graphic nya lawa, n gempak habis. Tetapi sbgai peminat setia komik dia la.. aku gerenti aku sure akan kecewa, n benci gila tgk movie nie.. sbb citer dia lain dr komik, satu lagi rambut goku tak sama. wakaka..

k.. berbalik kepada activiti movie aku. WARNING: SPOILER AHEAD

Taken (TGV Bkt Raja)
Org2 yg terlibat: Aku sorang.

Aku suda biasa tgk movie sorang2 nie. semenjak 2menjak bekerja n takde geng2 lain nak berlepak ngan aku, so slalu nye aku gi tgk movie sorang2 setiap ari Rabu. Poster citer taken nie aku suda lama tgk d internet dan suda beberapa kali aku baca sinopsisnya d tgv nyer website. So, pada ari Rabu lepas kerja, aku pun membeli laa satu tiket movie d Bkt Raja.

Sinopsis Movie: Movie nie menceritakan pasal anak sorang lelaki nie d culik semasa melancong ke Paris. So, lelaki nie pun datangla ke paris mencarik anak dia yg d culik tu. Nak d jadikan menarik, lelaki nie dulu pernah kerja ngan kerajaan US. macam spy la kunun. Dia suda retired n cuba tuk hidup berdekatan ngan anak pompuan dia, yg bagi aku mmg cun n comel. Minah nie berlakon dlm citer Lost, sayang mati awal. Sampainye minah nie d Paris ngan membe dia tu, dorang berdua d kidnap oleh sindeket pelacuran kat situ. So c hero nie pun dtg la ke Paris menjejak anak dia tu.. dlm cari punya cari tu, kat situ la nampak kehebatan lelaki nie dan action2 scene yg agak gempak bagi aku d tgk.
4 bintang dr aku

Fast n Furious 4 (TGV Bkt Raja)
Org2 yg terlibat: Aku ngan adik aku

Movie fast n furios da men, so habis kerja tu, aku terus membeli tiket kat bkt raja tu. Time beli tu, dpt seat yg agak ok la.. seat tgh2 panggung. Lepas beli, aku pun balik umah lu, mandi, n rehat2 jap.

Sinopsis Movie: Watak2 utama dr first movie bertemu kembali... tapi dlm citer fast furios kali nie.. dia lebih kepada jalan citer, pasal revenge, action.. kureng skit pasal kereta2 and racing. BUkan mau ckp movie nie tak best, movie nie mmg best gila, penuh action, tapi bagi aku la.. aku berharap dpt tgk byk lagi keta2 yg lawa, yg da d ubah suai, yg sejibik dlm game2 racing yg aku men tu. Lety, awek c DOM aka Ven Diesel, d bunuh n DOM pun ingin membalas dendam. Brian aka hero yg satu lagi nie, tgh buat undercover nak tangkap penjahat yg bunuh c Lety nie. So, dorang 2 nie pun bekerjasama nak tangkap ketua penjahat tu.
4 bintang dr aku


Oklah... nie list2 movie yg aku nak tgk lepas nie:

Knowing
XMen Origin
Terminator Salvation
Star Trek
Transformer : Revenge of the Fallen (trailer da kluar, mmg gempak beb)