Monday, June 1, 2009

Terminator 4

Terminator Salvation (GSC SUMMIT USJ)
Org2 yg terlibat: Aku, Byd aka Bidin, Shafik aka Sapek, Aizat aka Jacko.



K, movie nie mmg aku nanti2kan. So, sabtu baru2 nie.. aku ngan geng2 aku dpt la membeli tiket panas tuk movie nie. Tapi sebab masalah technical skit (trafic jam, aizat lambat, kitorang yg lain pun lambat masuk), kitorang berempat lambat skit masuk panggung. So, da tertinggal 10min pertama citer tu. Kitorang masuk tu, John Connor baru je selamat dari helikopter dia yg terhempas.

Warning : Spoiler Ahead .. Read at Your Own Risk

Cerita nie start dari beberapa tahun da lepas Judgement Day (Skynet mula2 aktif n memBom kan satu dunia) n keadaan time nie mmg havoc n hura hara. Manusia berperang, d bunuh, d culik, oleh robot2 dari Skynet nie. K, start dari part yg aku tgk nie. John Connor da selamat dari helikopter yg terhempas tu dan dia dalam perjalanan berjumpa ngan sorang lagi ketua Resistance (group2 Resistance nie berselerak la.. so yg dia jumpa nie kira otai Resistance army) dlm kapal selam deep dalam tgh laut. Lepas dia jumpa ketua nie, dia dpt satu weapon yg bleh mengalahkan robot nie iaitu satu gelombang signal yg bleh mematikan robot2 nie dari beroperasi.. switch off signal, huhu)

Lepas tu kembali kepada watak Marcus Wright plak, mamat nie mmg macho, body mantap n kuat. Dia nie mcm hilang ingatan n mempunyai satu misi, iaitu pergi ke pusat Skynet. Time dia nak pegi tu, dia jumpa la 2 org budak nie.. Kyle Rease (bapak John Connor in da making) n sorang lagi budak pompuan comel yg takde dialog.. lupa da nama dia. Time dorang bertiga nie nak pegi jumpa John Connor, mereka terserempak la ngan manusia lain n telah d kejar oleh robot2 gergasi dari Skynet nie. So, Kyle Rease n budak kecik tu ditangkap n Marcus nie terselamat. Dia telah berjumpa ngan sorang pilot nie yg akan membawa da berjumpa John Connor.

Selepas beberapa inciden yg malas aku nak citer d sini, Marcus n John Connor pun pergi la ke pusat Skynet tu secara berasingan. Marcus ngan mudah masuk Skynet dan dpt mengAccess Skynet n dpt tahu siapa dia sebenarnye. John plak dpt masuk ke Skynet tu dan menyelamatkan Kyle Rease. Tetapi kat sini, John Connor jumpa la T-800 (Arnold time muda2) yg dpt menikam jantung c John Connor tu. Nak tau lebih lanjut lagi, kena laa tgk sendiri movie nie.



Review aku:
Bagi aku la... movie nie mmg best dan sehebat movie2 terminator yg lain. Movie nie padat ngan action dan special effect real gila, yg letup2, gegar2, tembak2, suspen2, gempak2... yg mmg best la. Watak John Connor dari Christian Bale nie mcam kurang menonjol, bini dia pun sama.... yg kira mmg penting kat sini.. watak Marcus Wright ngan Kyle Rease. Robot2 dlm filem nie suma gempak2.. mmg ada variasi kepada jenis2 robot nie, ada robot tuk membunuh, robot tuk collect manusia, ade robot pengangkut, ade robot mat rempit, ade robot scouting, ade robot dlm air mcm cacing, ade robot T-600 n T-800. Jalan citer ok lah, senang nak faham, dialog kira ok lah, aku tak kesah sgt sbb special effect dia mmg gempak gila. Arnold Swaggener (aiseh.. tak lepas aku nak spelling nama dia yg betul) ade membuat cameo gak la dlm filem nie. Dorang da buat digital imitation muka Arnold yg muda2 tuk jadi T-800 yg berlawan ngan John Connor. Watak Marcus Wright mmg kecian aku tgk, dia telah digunakan Skynet, ditembak, dibakar oleh geng2 Resistance, dan rela berkorban tuk John Connor. Yg aku rasa patut ada dlm file m nie adalah sedikit citer pasal time machine, aku sebenarnye nak tgk camne Skynet reka time machine nie n hantar robot2 nie tuk bunuh John Connor. So far, movie nie mmg gempak habis la.. tapi ending dia cam confuse skit n aku expect more lagi dlm penutup citer nie tetapi tidak dpt apa yg dmahukan.

5 bintang dari aku.

3 comments:

Yis said...

haishhhh jeles jelesss

moon said...

mesti ko ta sempat tengok kan yg memula cite dr serena dari cyberdyne kiss ngn marcus dlm jail sebab dia mintak marcus derma body dia tuk research dr tu la kononnya.

bg aku watak john tu menonjol gak aa. watak bini dia yg ta menonjol. ta ya ada pun tapa kan. watak pompuan yg menonjol dlm cita ni c blair tu la ngn dr serena tu. hehe

profwacko said...

aiseh... miss la tu. mmg tak tau pun awal2 tu camna.