Sunday, February 28, 2010

Tag Datang kEmbali...

Ade orang tag aku ... lama dah tak kena tag. HUhuuHu

1. You have to print screen wallpaper that you are using right now.


2. Tell us why you like the wallpaper.
Aku suka gambar nie, scenery yg mengagumkan biarpun ianya hanya hasil lukisan dan warna. Aku dapat gambo nie dari deviantart . Wallpaper nie pun aku guna dlm desktopku d opis.

Welcome to the WormWorld by Daniellieske


3. Tag 10 peoples.
Aku ingin tag follower2 aku yg takde kerja nak buat, then buat la benda nie. Sape yg dah pernah buat, takyah buat k. Sekian.

Monday, February 22, 2010

Muvi rebiu of da Month 5

K, sblum tu... sedikit warning pasal spoiler n also nie hanya rebiu dari kata hati ku jek. Bukan mengikut standard orang lain atau pengkritik filem. Seperti biasa, info2 aku dapat dari rotten tomatoes dan pakcik wiki.


The WolfMan
Director: Joe Johnston (Hidalgo, Jurassic Park 3 n Jumanji among others)
Cast:
Benicio Del Toro (Traffic, Sin City, dan Snatch)
Anthony Hopkins ( k.. c tua nie suma kenal kut...)
Emily Blunt (tak berape kenal dia..)
Hugo Weaving (V for Vendeta, The Matrix Trilogi, Lord of the Ring n voice actor for MEGATRON)


Lawrence, abang ko dah hilang!! Baik ko balik kampung cepat tolong carik dia.

Lawrence, abang ko sudah di jumpai.. dia dah mati kena bunuh!! Mayb haiwan buas atau manusia yg membunuh dia!!

Lawrence, werewolf tu dah gigit ko!! Kalau ko survive.. ko pun boleh jadik werewolf gak!!

Lawrence, gempak gila ko jadik werewolf.. kalau ko ade besi adamentium, sure ko bleh kalahkan wolverine!!

Lawrence, jom lawan tengok werewolf sape lagi kuat, ko ke atau bapak!!

Lawrence, ko kena faham, ko kena mati jugak!!


OK, movie nie bagi aku memang best.. aku ingat sekadar action movie je, tak sangka ade unsur seram dan thriller... fuh best. Aku pun ade gak terkejut melihat kelibat werewolf terkam orang, werewolf kecik ala2 Gollum LOTR tu. Werewolf dalam movie nie bukan macam Twillight tu, dia bukan serigala, tetapi manusia yang macam serigala. Aku suka part dia bertukar jadik werewolf tu, real gila, time kat dungeon bawah tanah rumah dia, time kat rumah orang gila kat bandar tu... Macam first time tengok manusia betul2 transform jadik werewolf. Best gila wei. Part time dia mengamuk kat bandar tu pun best gila, dapat tengok kekuatan dia, keganasan dia, kepantasan dia melompat2 mengelak peluru askar tu. Pure Awesomeness.. Lakonan Inspector Aberline (hugo weaving) pun amat mantap, macam Agent Smith daaa. So far.. aku amat puas hati dapat tengok The WolfMan nie.

8 bintang dari aku




Percy Jackson & the Olympians: The Lightning Thief
Director: Chris Columbus ( 2 Harry Potter movie, Home Alone, I love U beth Copper)
Cast:
Logan Lerman ( jambu baru lepas star High Skol Musical)
Uma Thurman (KILL BILL)
Pierce Brosnan ( James Bond movies, Mamma Mia)
Sean Bean ( The Hitcher, LOTR, The Island)
Brandon T. Jackson (Tropic Thunder)

Dalam citer nie, senjata ajaib Zeus, master Bolt of lightning kena curik. So, Zeus pun tuduh la anak c Poseidon yg curik. C Percy Jackson nie, lepas dapat tau dia nie demi god anak Poseidon, dia pergi laa ke kem latihan anak2 god untuk mencari perlindungan. Kat sini la dia jumpa ramai remaja macam dia jugak. Lepas dapat tahu mak c Percy nie dalam tahanan Hades, god of the underworld, dia ngan 2 membe dia, Grover n Annabeth pun kluar dari kem latihan tu dan mengembara mencari mutiara ajaib untuk pas kluar mereka bila nak blah dari underworld tu (macam dragon ball pulak). Dalam pengembaraan inilah budak 3 orang nie bertemu mahluk2 mitos macam medusa dan naga kepala 3 (eh, byk kepala) dan akhirnye sampai le ke dunia Underworld untuk menyelamatkan mak Percy. Nak tau lebih lanjut, kena la tengok sendiri.

Movie nie bagi aku, ade iras2 Harry Potter ngan Narnia. Citer dia takde lah berat n serious sangat. Lakonan, aksi2, kesan khas, memang mantap. Aku suka naga kepala 3 tu, medusa, dunia underworld, ngan effect power c Percy masa nak lawan pencuri sebenar Bolt of lightning tu. Persephone takde lah lawa sangat, Annabeth kira cute la, Hades n Poseidon memang stylo, lakonan c Pierce Brosnan n Uma Thurman skit jek dalam movie nie, macam tak puas la tengok dorang. So far, aku still enjoy gak tengok cerita nie, kalau ade lagi sequeal, aku akan tengok!! tidak tertunggu tapi definitly will watch it.

7 bintang dari aku


p/s: Book of Eli akan main kat cinema dalam minggu nie.

Benci ar Isnin

Bos... boleh tak saya balik awal arini???

Kenapa Rezan?? Whats wrong???

MAGGI SAYA SUDAH KEMBANG... saya balik dulu k. BYE!!!


Teringin aku guna alasan tu.. Adoi, malasnye kerja hari Isnin.

Wednesday, February 3, 2010

Muvi rebiu of da Month 4

Mubi review of da month 4. Aku akan try buat bagus skit untuk review kali ini.



Cirque du Freak : The Vampire's Assistant
Director: Paul Weitz
Cast: Chris Massoglia, John C Reilly, Ken Watanabe, Salma Hayek

Sblum aku bagi rebiu movie, aku citer dulu skit pasal Movie nie dan novel series dia. Movie nie di adaptasi dari 3 novel pertama cerita The Saga of Darren Shan. (Darren Shan nie watak hero dalam novel nie dan nick penulis novel nie pun nama dia Darren Shan jugak). So, 3 novel pertama Saga Darren Shan nie diterbitkan ngan satu tajuk trilogy dia, Vampire Blood dan novel2 tu adalah Cirque du Freak, The Vampire's Assistant dan Tunnels of Blood.

So untuk movie Cirque du Freak : The Vampire's Assistant nie pengarah amik 3 novel pertama Saga Darren Shan nie untuk satu movie. Ade beberapa watak and plot di ubah and tambah dalam movie nie. So, skrg mari kita kembali ke rebiu movie aku tetapi sblum tu aku nak ucap terima kasih dulu kepada Uncle Wiki sebab bagi aku info2 pasal The Saga of Darren Shan nie.

Kalau korang tengok movie nie, cerita dia pasal c Darren nie d convert jadik half vampire oleh Larten Crepsley (korang akan kenal c Crepsley nie bila tgk The Step Brothers atau Taladega Nights, dia selalu berlakon ngan member dia c Will Farrel tu) sebab nak tolong sahabat dia Steve yang kena racun Madam Octa (pet spider c Crepsley). Dalam movie nie lah kita dapat tengok freak2 yang ade dalam Cirque du Freak dan pergaduhan antara Vampire ngan Vampanaze (Vampire versi jahat).

From my point of view, movie nie boleh tahan la plot citer dia. Special effect dia pun kira ok mengagumkan, cuma lakonan c Darren ngan Steve tak berapa nak berkesan la aku rasa. Lepas tu aku rasa some part dalam movie yg aku tengok tu kena potong dan membuat aku bengang skit sbb tak dapat tengok part2 yg mayb penting atau best tapi kena potong plak. Dem...

7bintang dari aku





Adnan Sempit
Director: Ahmad Idham
Cast:Shaheizy Sam, Cat Farish, Intan Ladyana, Along & Angah Raja Lawak

Sblum rebiu, aku just nak bagitau waswas gak nak tengok movie arahan ahmad idham nie, takut sejarah akan berulang... huhu. Tapi, rupanye movie nie memang best dan enjoy gila aku tengok. Tabik gila ngan pengarah Ahmad Idham dan pelakon utama dia terutama c Shaheizy Sam aka Nan Sempit. Aku target movie nie best local movie ever tahun nie.. hOhohoooohuuu

Aku sinopsis skit la movie nie yek. Citer nyer start pasal Adnan nie buat intro pasal dia, motor dia, dan awek yg dia suka, BOS dia. Awal2 pun memang lawak bila pada intro tu, Adnan tengah bersiap nak gi kerja, naik moto dia.. Buat Whelie dan jatuh motorsikal. Tu memang satu panggung gelak, tapi aku... aku tak gelak sangat sbb seblum nie aku dah gelak kaw2 dulu masa tengok trailer nye. (Dalam trailer, ade bagi tengok scene nie...)

Citer punya citer, bos dia macam buat perjanjian dengan c Adnan nie, Adnan jadik fake boyfriend bos dia, Ms Nadia (Intan Ladyana... biarpun fake boyfriend, aku pun sure stuju gak) demi nak tunjuk kat membe2 bos dia masa rewonon party nnt. Hehe.... Aku malas nak citer lebih2, tapi banyak sungguh adegan lawak bersahaja dan best. Nak dijadikan citer, hubungan Adnan ngan bos dia nie macam bertambah rapat, tapi sebab sifat rempit n cepat marah c Adnan and kutukan2 Nadia pasal c Adnan buat mereka gaduh.

9bintang dari aku




Old Dogs
Director: Walt Becker
Cast
: John Travolta, Robin Williams, Kelly Preston, Seth Green.

Sebenarnye aku nak tengok Legion dulu, tapi sebab dah lama movie nie main and ade orang cakap best.. aku pun pegi laa tengok.

Citer dia pasal 2 sahabat karib nie (robin williams n John Travolta).. tgk, nama watak pun dah lupa. haha. K, citer nyer pasal 2 ekor mamat nie sehati sejiwa laa buat bisnes mereka dari muda sampai tua. Then, satu hari nie, bini sekejap (Kelly Preston aka hot mama aka MILF) c Robin Williams nie datang carik dia nak minta pertolongan jaga 2 anak kembar mereka. So, dalam masa satu minggu tu c Robin William kena menjaga anak2 mereka nie sambil berusaha untuk memeterai satu urusan perniagaaan ngan orang jepun.

Lepas tengok Adnan Sempit, aku rasa lawak movie nie bodoh gila. Buuuuu!!
bosan2... sikit jek yg menarik perhatian aku, yg lain suma bosan. Buuu...

5bintang dari aku