Saturday, December 25, 2010

Aktiviti hari SaBTu

Aku just relax2 je harini...membaca manga series yang dah lama aku tak baca. Kekkaishi, Gantz, Berzerk, Fairy Tail, Katekyo Hitman Reborn, High School of the Dead. Petang sikit tadi, member aku call....

Kong: OII... Buat ape??
Me: Aaa... takde ape, kat rumah je bro.
Kong: Jom tengok wayang??? Movie Makcik Limah tu...
Me: Makcik Limah?? Huhu... Hantu Makcik Limah Balik Rumah tu ke?? Biar betul ko...(dalam hati aku, Kong bukan layan citer malaysia nie)
Kong: Eh takde ar... Gullivers Travel. 3 tiket, Sora join.

So, malam nie.. confirm kami akan lepak main PSP, tengok movie, and mayb Dota skali. Mayb la... tu memang aktiviti ruji kami. Hoho.

Tuesday, December 21, 2010

CUTI MC

Harini cuti MC. Patut ade banyak kerja kat opis kena buat.. time2 hujung tahun nie, kerja2 mmg stressful, dan tetiba je berlambak lambak.

Macam mane laa aku bleh kena gastrik nie. Adei, musykil.. nak cakap tak cukup makan, aku cukup jee makan aku. Suma makan ontime dan overtime lagi. Gila tak best cuti ku harini.

Sunday, December 12, 2010

Movie Rebiu datang Kembali



Due Date

Director: Todd Philips
Cast: Robert Downey Jr, Zach Galifianakis, Jamie Foxx, Michelle Monaghan

Cerita dia simple je .... Peter Highman nie ada urusan kerja kat tempat lain. Bini dia, Sarah pulak bakal melahirkan anak mereka dalam masa beberapa hari saja. So, Peter pun kena balik ke Los Angeles ke pangkuan isteri yang akan melahirkan baby mereka tak lama lagi. Sampai kat airport laa Peter bertemu Ethan Tremblay, seorang actor wannabe yang ingin bertemu agen dia dekat Hollywood. Di sebabkan Peter bertemu Ethan nie laah mereka tidak dapat menaiki pesawat ke Los Angeles dan terpaksa rent kereta untuk ke sana. So, cerita nie pasal perjalanan gila2 mereka ke Los Angeles je... Hehe



NyangKung


Director: Ntah, aku pun tak sure
Cast: Sahaizey Sam, Angah Raja Lawak, Lain2 aku tak tau nama

Filem nie boleh tahan jugak laa lawak dan seramnya. Filem nie lagi bagus dari Jangan Pandang Belakang Congkak, tapi dari segi lawaknya tu, masih tak dapat nak tandingi Adnan Sempit. Cerita dia pasal c Azim nie yang baru berjinak2 dengan NyangKung, join 2 member dia yg selalu menyangkung nie, Tasnim dan Wan. Aku tak tahu ape benda la NyangKung nie... rupanya NyangKung nie macam upacara memanggil Jembalang ke Hantu ke Jin ke untuk mendapat nombor ekor. Sebab kesempitan hidup, c Azim nie pun join la member2 dia Nyangkung sampai la satu hari nombor ekor dia tu kena. Time kena nie la dia dan keluarga dia kena kacau mahluk halus yang tolong dia dapat nombor ekor nie.

Bagi aku, seram dan memang lawak la filem nie, tapi kat pertengahan dengan akhir movie tu, nampak sangat filem nie jadik filem contoh teladan, bukan lawak n seram lagi. Hoho



NarNia : The Voyage of the Dawn Treader

Director: Michael Apted
Cast: Ben Barnes, Georgie Henley, Skandar Keynes, WillPoulter, Liam Neeson, Simon Pegg

Aku tak follow sangat Chronicles of Narnia nie, aku tengok suma movie dia dan filem terbaru nie based dari novel ke 3 dari 7 series Chronicles of Narnia. Edmund and Lucy nie tinggal sementara kat rumah saudara mereka dan satu hari nie, mereka di panggil ke dunia Narnia. Waktu kena panggil tu, sepupu dorang Eustace pun tertarik masuk ke dalam dunia Narnia dan mereka pun di temui Putera Kaspian aka King Narnia masa tu. Kaspian nie dalam satu misi nak mencari 7 Lord of Narnia yang menghilangkan diri, macam pembesar2 raja kat Narnia laa nie. So, dalam pengembaraan mereka nie lah, mereka kena menyelamatkan Narnia dari satu pulau yang penuh kuasa jahat.

Btw, masa Edmund tengah lawan Sea Serpent tu, pedang dia dapat power dari langit, upgraded jadik Light Saber i tell you.. Miahahaa

Filem nie aku rasa lagi best daripada Clash of the Titan tu. Lagi best. Lagi satu, suara c Arslan tu memang familiar, dari filem pertama sampai la sekarang aku tak tahu sape. Tapi bila diingatkan balik, suara dia macam Qui Gon Jin dari Star Wars Phantom of Manace tu... so memang betul la jangkaan aku, bila aku wiki skit, Liam Neeson punya suara
daaa!


Rapunzel @ Tangled

Director: Nathan Greno, Byron Howard
Cast: Mandy Moore, Zachary Levi, Paskal aka Cute Chameleon, Maximus aka Palace Macho Horse.

BEst plak movie nie, kalau nak compare feel good meter dia, aku rasa movie nie lagi tinggi dari Due Date atau NyangKung. Berbaloi gak aku tengok movie nie.

Cerita dia pasal Rapunzel nie kena culik time kecik oleh Gothel, makcik tua yang nak kuasa rambut Rapunzel tu. Kalau orang nyanyi satu lagu kat kat rambut Rapunzel tu, ia boleh menyembuhkan penyakit, kecederaan, dan bagi kuasa awet muda. So sebab tu laa Rapunzel nie kena culik. So, bila dia dah besar dekat 18tahun, satu hari nie dia berjumpa Flyn Rider seorang pencuri yang dikehendaki kat Kingdom tu. Cerita punya cerita, Rapunzel buat perjanjian dengan Flyn untuk membawa dia melihat pesta Tanglung masa hari jadi ke 18 Rapunzel.

Antara puteri2 dari kisah Walt Disney, aku rasa Princess Rapunzel la paling best aku tengok. Selamba, tak gedik, dan berani. Paskal memang cute dan lawak, Maximus seekor kuda pun aku rasa lawak gila. Aku perasan masa kuasa rambut Rapunzel tu tengah dipamerkan, effect atau grafik rambut tu glowing memang lawa lagi gempak gila. Bukan calang2 teknologi CGI yg digunakan. Masa simbol2 matahari Kingdom yang dibayangkan Rapunzel dan scenary time kat tasik masa pesta Tanglung tu pun cantik gila. Nak jee aku join dorang ke situ.


ps: aku dah malas nak bagi rating sebab bukan penting pun rating yang aku bagi nie. Hehe.

Tuesday, December 7, 2010

Sisa

Aku suka lagu nie... kekadang balik kerja kat dalam kereta aku selalu nyanyi lagu nie. Sayang kat Red Box, Green Box, dan pusat karaoke seangkatan dengannya takde lagu nie... kalau tak memang aku pegi sana nyanyi.


Tajuk/Lirik Lagu: Sisa
Penyanyi: Nitrus

Apa makna rasa itu padamu
Apa maksudmu segalanya ada pada diriku
Apa ceritaku tiada satu kau teramat perlu
Apa yang kau lihat itu seadanya aku

Benar satu itu ada padanya
Benarkah kau terfikir itu tiada padaku
Benarkan aku buktikannya itu pada dirimu
Benarkan dirimu fikir kemungkinan itu.. ooOoOOOO

Mungkin kau kan terseksa jika bersamaku
Mungkin jua kau kan sesalinya seumur hidupmu
Mungkin jua suratannya begitu
Mungkin aku bukan yang kau kenali dulu

Benar segalanya ada padaku
Pernahkah kau terfikir itu tiada padamu
Benarkan aku buktikannya itu pada dirimu
Benarkan dirimu fikir kemungkinan itu.. ooo

Mungkin kau kan terseksa jika bersamaku
Mungkin jua kau kan sesalinya seumur hidupmu
Mungkin jua suratannya begitu
Mungkin aku bukan yang kau kenali dulu

Mungkin ku yang terseksa jika bersamamu
Munkin jua ku kan sesalinya seumur hidupku
Mungkin jua suratannya begitu
Mungkin kamu bukan yang ku kenali dulu




credit: liriklagu.net dan youtube

Sunday, December 5, 2010

Harry Potter and The Deadly Hallow.



Sejarah aku dengan Harry Pothead.

Budak Harry nie, aku kenal dia start dari tengok movie Harry Potter and the Sorcerer Stone. Start dari 1st movie la kot, sampai laa movie ke 4 dia (Harry Potter and The Goblet of Fire) aku dah start suka Harry Potter series nie. Lepas tengok movie ke 5 dia, Harry Potter and The Order of Pheonix, aku terus nak tahu ape pulak cerita
seterusnya. So aku pun carik la buku dia, actually aku carik pdf version jek. Baca kat komputer. So, aku baca laa Harry Potter and the Half Blood Prince (Buku ke 6 dalam Harry Potter series). You know what, cerita kat buku lagi best compared to the movies. Lepas tu aku baca plak Harry Potter and The Deadly Hallow. Im hook... cerita Harry Potter nie best gila. Time nie, movie Harry Potter and Half Blood Prince tak keluar lagi pun.

Demi minat nak tahu cerita Harry Potter nie, aku carik suma buku Harry Potter start dari buku dia yang first, Harry Potter and The Philosopher Stone. Aku tak tahu kenapa US dengan UK punya version lain... tapi either way la, Sorcerer atau Philosopher Stone aku tak kesah. Tapi version pdf ar... gila ape nak beli buku dia mahal2 kan.

So, Harry Potter and The Deadly Hallow mula ditayangkan di Malaysia 17Nov lalu. Aku tidak tahu tapi di poster nya ada cakap 18Nov, biasanya movie2 baru memang start showing hari Khamis. Anyway, 17Nov tu hari Rabu and hari tu Hari Raya Haji, aka Hari Raya AidulAdha. Sambutan Raya kali nie memang biasa bagi aku, macam
hari biasa je, sekarang aku duduk seorang, family kat kampung... so suasana tu tak berapa meriah la. Memang bukan rasa hari raya la orang cakap. Anyway, pagi raya tu, aku dengan sepupu aku Razak aka Zack sembahyang raya kat masjid dekat rumah je.. tengah hari tu pegi McD.. ade McD lunch kan.. so harga murah. Orang raya makan rendang, ketupat, ayam masak merah, kuih muih... kami makan McD Chicken Supreme. Lol. eh, terikut2 plak short form bahasa internet nie. Miahahahaha.

So, petang tu, aku amik sepupu aku seorang lagi kat rumah makcik aku, kakak c Razak nie, lepas tu kami bertiga pun pegi la menengok Harry Potter and The Deadly Hallow kat Bkt Raja tu. TGV Bukit Raja sekarang sudah gempak wooo. Seat dah tukar baru, karpet tukar baru, dinding tukar baru, tandas baru, tak lama lagi kaunter tiket dengan popcorn pun akan tukar baru tuu.




Harry Potter and The Deadly Hallow.

Warning Spoiler Ahead.

Director: David Yates
Cast: Daniel Radcliffe, Emma Watson, Rupert Grint, Ralph Fiennes

Cerita dia start dengan persiapan Hermione untuk mengembara nanti dan The Order of Pheonix untuk memindahkan Harry Potter pada hari jadinya yg ke 17 ke tempat yang lebih selamat. Sementara itu, d Malfoy Manor, Voldermort dan pengikutnya, The Death Eaters tengah buat meeting tergempar pasal rancangan menyerang Harry Potter.

[Yang penting dalam scenen ini adalah pasal wand. Voldermort sudah mengetahui kenapa dia gagal membunuh Harry sebelumnya, dia perlu Wand lain, Wand Voldermort dan Harry Potter berasal dari teras yang sama so kiranya Wand dorang nie adik beradik dan penggunanya tidak boleh membunuh sama lain.

ps: scene last di mana Nagini aka Ular Voldermort menuju ke arah kamera membuatkan ade budak menangis ketakutan. Kuat plak tu dia menangis, so terpaksa laa parents dia bawak keluar. Lol...]

Kat weeding abang Ron plak, Death Eaters datang menyerang, so Harry, Ron, Hermoine pun melarikan diri dan akhirnya pergi ke Grimwald Palace. Nie rumah Sirius Black, bapak angkat Harry dan rumah ini sekarang di warisinya. Kat sini dorang dapat tahu pasal loket Horcrux tu dan telah membuat satu rancangan untuk mencurinya dari tangan Doleres Umbridge kat Ministry of Magic.

[Kat sini pun banyak berubah jalan cerita dia, tapi movie nie still dapat tunjukkan aksi2 menarik dan magic yang geng2 Harry Potter nie buat dalam rancangan mencuri loket tu]

Lepas dapat melarikan diri dengan Loket Horcrux yang sebenar tu, mereka bertiga pun bergerak la ke sana sini berselindung dari dunia luar. Sampai la satu hari Ron merajuk dan melarikan diri, Harry dan Hermoine pulak pergi ke Godric Hallow tempat lahir Harry, untuk mencari apa2 maklumat yang boleh menolong mereka memusnahkan Horcrux tu. Sementara itu pulak, Voldermort sibuk mencari The Elder Wand, Wand paling power kat dunia magic nie. Harry dan Hermoine akhirnya dapat berjumpa Ron dan Ron dapat memusnahkan Loket Horcrux tu dengan Pedang Godric Griffindor. Mereka merancang berjumpa bapak Luna Lovegood untuk mengetahui pasal simbol misteri tu. Kat sini mereka dapat tahu pasal The Deadly Hallow.

[Harry dah ade 2 benda dari The Deadly Hallow tu, Voldermort pulak akan dapat satu, The Elder Wand. Voldermort masih tidak tahu pasal The Deadly Hallow, yang dia tahu The Death Wand tu pasti boleh menjadikan dia lagi power dan boleh membunuh Harry.

ps: Hermoine version cgi half naked cun cantik gila beb]

Aku nak cerita lebih, tapi lagi best tengok sendiri movie nie. So, aku akan start cerita balik bila tengok movie ke dua dia untuk buku Harry Potter yang last nie. Harry Potter and The DEadly Hollow part 2 akan datang ke panggung tahun hadapan bulan July rasanye. Tak sabar ....

[sumber gambar aku cilok dari google]

Sunday, November 14, 2010

Beruang Untuk Di Jual

Perhatian untuk sesiapa yang membaca blog aku, terutama perempuan...

Aku ada sedikit pengumuman.

Sepupu aku seorang ini hendak menjual barang peribadi dan dia telah meminta pertolonganku. Barang tersebut adalah seperti gambar di bawah. Gambar sebenar nie. Jangan main-main sama aku.





Harga sebenar barang : RM 400

Harga untuk di jual : RM 300 (harga muktamad tapi kalau nak dapat diskaun rm50, kena dating dengan aku sebanyak 2kali)

Keadaan barang : Baru lagi, sepupu aku baru beberapa kali sahaja memeluk benda ini, lepas tu dia masukkan dalam plastic balik.

Saiz : Besar kot, ini saiz budak umur 12tahun.

Sebab di jual : Sepupu perlu duit

Urusan jual beli : COD (cash on delivery) ... jumpa satu tempat, engkau bawak duit, aku bawak benda ini. Aku hanya akan buat COD sekitar Lembah Kelang sahaja.

Jika berminat, sila comment sahaja di sini atau email kepada saya di profwacko@gmail.com

ps: eh apenie, sekejap aku, sekejap saya.

N BTW, Ive Watched MegaMind today ....
quite fun. 7/10 rating from me

Thursday, November 4, 2010

Nyum Nyum

Aku tak tahu kenapa, tapi semenjak 2menjak nie, aku teringin makan burger je. Bila d ingat balik, rasanye gejala nie start masa aku tertengok satu episod dari sitcom How I Met Your Mother. Dalam episod nie, Marshall housemate Ted Mosby (watak utama) teringat burger yang pernah dia makan 3 atau 5 tahun lepasnye yang masih dalam ingatan c Marshall nie. Bila ending episod tu, dia jumpa gak burger yang dia makan tu. Pergh, semenjak itu, terliur aku nak makan burger. Bukan setakat macam burger McD tu, nak burger yang sedap gila yang besar tak berapa besar ngam2 2 tangan aku pegang. Burger tu kalau boleh takde laa besar macam TGI Friday, Chillis punya burger. Tu nak gigit satu mulut pun tak lepas, kena potong2 lu kasi kecik.

So, semenjak 2menjak nie, malam2 aku akan carik kedai burger. Francaise Burger Adieq sedap gak, dorang nie berniaga sekitar seksyen 7 shah alam ngan bandar baru klang. Lepas tu aku teringat satu kedai burger kat ss15 subang nie. Burger situ pun sedap.

Burger Daging Special dengan Kacang Merah.

Perrghh... sedap gila baaa. Dapat laa burger nie meredakan skit kemaruk aku ngan burger2. Bila aku taip kat google...


baru taip The Burger Shop, dah kluar result The Burger Shop ss15. Memang famous burger nie. Actually, ade lagi burger yang lagi sedap lagi tinggi kat kedai nie. Ade masa akan aku order plak.
Then... Ahad lepas, demi menghilangkan kemaruk burger aku sama sekali, aku pegi Carls Jr d Sunwau Piramid. Manusia yang terlibat temankan aku adelah member satu batch aku kat UTP dulu, Kyo dan Bydinz. Aku jarang gila pegi Carls Jr nie, burger mahal sial... tapi aku layan gak beli burger harga rm18 lebih tu. Sedap tu memang sedap gila, saiz tu memang perfect dah d tangan aku, harga je mahal. Berape banyak burger daaaa boleh aku beli kat The Burger Shop dengan satu burger kat Carls Jr nie.

Anyway, memang gila cerita pasal burger tengah2 malam nie. Nie suma gara2 aku baru jek balik dari beli burger kat Burger Adieq d Bandar Baru Klang tu. Fuuhh... SEDAP!!

Tuesday, November 2, 2010

Lubang Besar



An aerial view of a large crater that appeared in the early hours in the central German town of Schmalkalden, November 1, 2010. A huge crater measuring 30 by 40 metres (98 by 131 feet ) has opened up in the middle of a residential estate early in the morning on Monday, according to local police. No one was reported hurt in the incident.
REUTERS/Alex Domanski (GERMANY - Tags: DISASTER)


Awesome and Horrific at the same time. Reminds me of the large crater in Fantastic 4 : Silver Surfer.

Wednesday, October 13, 2010

Argh... tension

Damn ....

FUCuK betul... seriously. FC#K. Im begining to hate my cousin these days. My cousin Razak like to hang around at my home these days. He actually stays at my Aunt's house
and have a part time job with my aunt's bro in law.

Why I hate him?? Here I am working my ass out in the office, and Razak happily playing my PS3 at home, enjoying the games, using my PC to surf net and watch movies. Probably he is playing MW2 right now. A shit player, noob... i wonder how many death streaks he achieve using my account. Damn.

Although he does help me with the house choures, but hanging out there for almost 3days straight makes me loose my nerve. He doesnt work??? Hei Razak, go to auntie's house la.. work. I dont want to see ur happy face in my house playing my PS3. Go work and buy one for urself.

Yes... aku BuTTHurt!!

Friday, October 8, 2010

Please Dont Go

Other than Cooler THAN ME ... this song from MIke Posner was also cooler. Hehe..

MIKE POSNER - PLEASE DONT GO



link aku amik dari sini
thanks metrolyric and google

Tuesday, October 5, 2010

Wira ku

I'm beginning to hate my car... My dad bought this car back in 1997 i think. Bring the car to Peninsular Malaysia in 1999. The Proton Wira have traveled every states in Peninsular. But I hate the car this month.

Front right lower arm = rm90
Timing belt = rm200
2 back tires = rm220
Other cost (mileage services, brake light, engine oil, alignment, etc) = rm115

Last month, the car took rm300 from me for its distributor. And month before that on August, it took rm65 for air-con fans and its new bearing. And on July, rm 110 for new car battery.

But dem.. this month i really hate that Wira. Have to start allocating some savings each month for the car.

Sunday, September 26, 2010

Citer sedih d End of September

Jumaat lepas ade lori accident sumwhere around Kunak, Sabah. This place near Tawau.
Driver lori tu pakcik aku. Adik mak aku. Jumaat mlm tu, mak aku call ckp yg pakcik aku terlibat dalam kemalangan, kritikal skrg. Aku hanya dapat berdoa untuk keselamatan beliau time tu. Subuh sabtu tu, mak aku call... pakcik aku sudah meninggal dunia. Arwah kehilangan banyak darah dan mayb trauma dari kemalangan tu. Detail kemalangan aku tak tau dan taknak amik kesah pun.

Al-Fatihah untuk arwah pakcik aku.. Maarof bin Talip. Moga arwah bersemadi aman dan berada dikalangan hamba Allah d syurga kelak. Pakcik aku nie, memang baik hati orangnya, sporting, caring, anak2 dia pun aku tengok jarang dia marah, dan raya baru2 nie dapat bertemu dan memohon maaf sempana raya dari arwah. Time tu beliau nampak happy, nampak ceria sentiasa.

Acik Gapar... (nie gelaran dia yg satu lagi, aku slalu panggil guna nama nie)
moga roh mu d cucuri rahmat dan d tempatkan bersama2 orang yg beriman. Amin

Monday, August 23, 2010

Just the Way You Are

Best plak lagu Bruno Mars nie....



Oh her eyes, her eyes
Make the stars look like they're not shining
Her hair, her hair
Falls perfectly without her trying

She's so beautiful
And I tell her every day

Yeah I know, I know
When I compliment her
She wont believe me
And its so, its so
Sad to think she don't see what I see

But every time she asks me do I look okay
I say

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are

Her nails, her nails
I could kiss them all day if she'd let me
Her laugh, her laugh
She hates but I think its so sexy

She's so beautiful
And I tell her every day

Oh you know, you know, you know
Id never ask you to change
If perfect is what you're searching for
Then just stay the same

So don't even bother asking
If you look okay
You know I say

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are

The way you are
The way you are
Girl you're amazing
Just the way you are

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are

Wednesday, July 21, 2010

Muvi rebiu of da Month 9

This movie was awesome!! Seriously super duper awesome of pior awesomeness. This movies was just freaking awesome. Dems, how many awesome already i typed. This movie is so fooking mind bending, puzzling, such spectacular scenery, fantasy, graphics, cool effects, good storyline... Just awesome. Dems, there it goes again. Lol. Christopher Nolan is just evil genius. Genius laa you Nolan.. Avatar?? Aku tak heran laa avatar tu, this is more!!! Thinks of The Matrix's craze, this Inception is far more superior, complex, and on a new level. Pergh... exaaggerate plak aku!!


WARNING SPOILER AHEAD !! READ AT YOUR OWN RISK...

Inception
Directed and Written by: Christopher Nolan(so u know, he directs The Dark Knight (batman laa ngok) )

Cast:

Leonardono DiCapariolo (Titanic la.. tu pun tak tau ke??)
Ken WaKenabeb (The Last Samurai)
Joseph Gordon-Levitt (Cobra Commander in G.I JOE:Rise of da Cobra)
Marion KuTilLard (Public Enemies)
Ellen Page (Kity Pride in XMen and famously known in Juno)
Tom Hardy (dont know him, but his fun in Inception, macam James Bond daaa)
Cillian Murphy (mamat nie sesuai jadik villain, stars in Batman Begins, Red Eye)
Dileep Rao (Drag Me to Hell, Avatar .. aku rasa mamat nie lagi seswai jadik Dr Surresh dalam Heroes)
Tom Berenger (Uncle Peter Browning in Inception, mamat nie sesuai gak jadik penjahat)
Michael Caine (bapak Cobb dalam Inception)

Running Time: 148 minutes

Wokey, kita tengok dulu ape maksud Inception. Inception dalam WitWikipadia bermaksud beginning, start, rise, birth, origin atau initiation. Kalau di eloborate lagi, Inception nie is an event that is a beginning, a first part or stage of subsequent events. Wokey, masa tengok movie tu, aku tengok alih bahasa dia ... Inception = Pengasassan. So, maksud dia bagi aku macam penghasilan la kot.



Cobb nie mempunyai pekerjaan yang ganjil skit, kerja dia mencuri maklumat korporat daripada orang2 tertentu. Dia curik maklumat nie dari dalam fikiran orang, daripada mimpi orang itu. So, Saito nie mengupah Cobb untuk satu kerja iaitu membuat Inception. Target dia, Robert Fisher Jr, pewaris business rival company c Saito nie. Dia hendak Cobb menanam idea d otak fikiran Fisher nie tanpa dia sedari yang Fisher kena stop business keluarga dia dan buat benda lain. Haa camtu la complex nyer idea c Saito tu nak.

So, untuk mission confusing lagi impossible nie, Cobb kena assemble team baru yang boleh menolong dia. Arthur pembantu dia merangkap The Point Man, Ariadne merangkap The Architect, Eames merangkap The Forger, dan Yusuf merangkap The Chemist. So, 6 orang termasuk Saito sendiri akan buat mission ni untuk membuat Inception ke atas Fisher nie. Banyak terms2 yang penting untuk d fahami dalam movie nie. Term pasal dunia mimpi tu, tugas2 team Cobb nie, macam Architect ke, Forger ke, term pasal masa dalam dunia mimpi ke, so benda2 nie penting difahami supaya dalam movie tu takde laa lost sangat. Lagi satu yang penting, dalam dunia nie, pekerjaan mencuri maklumat nie memang ade, tapi rare laa ... lepas tu untuk masuk dunia mimpi nie, dorang kena tidur.. (of course la kan kena tidur?? bodohh nyaa... Miahahaha) tidur sukarela, paksa, dan untuk masuk mimpi orang nie, dorang kena ada satu device yang menghubungkan dorang suma dalam mimpi tu.. aku agak device nie military la kot yang research dan hasilkan.

So, untuk mission nak buat Inception dalam mimpi tu... aku tak payah cerita la kot. Aku pun masih samar2 lagi pasal benda nie, bak kata Christoper Nolano (dude, ur still blur blur izzit ??). Aku akan bincang skit ape yang aku rasa best dalam movie nie dan ape yang aku kurang faham. First aku suka movie nie sebab dia memerlukan kita berfikir, deep thinking, concentrate dengan jalan cerita tu dan terms2 yang dia bagitau penonton. Lepas tu scenary dalam dunia mimpi nie serious syook gila tengok, scenary masa Ariadne diperkenalkan pasal dunia mimpi, scenary di mana batu bata bangunan tu meletup hancur secara slow mo, pergh... syok gila. Scene belasah orang kat hotel dalam zero gravity pun best gak, lepas tu scene kat satu bangunan d kawasan bersalji tu pun best, dunia yang hancur dalam fikiran Cobb, best...

Apa yang aku tak faham movie nie, kenapa dalam mission tu, kalau mati, kita akan terperangkap dalam dunia mimpi tu bukan sedar dari mimpi dan ke dunia realiti ?? Lagi satu, Cobb kan terperangkap dalam dunia mimpi dia dengan isteri dia Mal, kaalau tak silap, dorang terperangkap lama kot, 50tahun ?? so term dia .. dunia betul 5 minit = 1 jam dalam mimpi .. so terperangkap dalam mimpi tu 50 tahun, berapa lama tu?? seminggu?? ke dorang dalam mimpi punya mimpi?? fuhh... cam gitu gak bila Cobb jumpa Saito yang dah tua tu.. camne ?? dem... I require long detailed explainations about this. Ending ... ending dia best... dia buat kita fikir sendiri ending tu macam mana... realiti ?? mimpi ??

10 bintang dari aku...


Dem... lama betul nak siapkan rebiu nie.
Anyway.. sbb dah malas nak buat rebiu lain...


Knight and Day = 7 bintang (ok lah ...)

Toy Story 3 = 8 1/2 bintang (fun, funny, enjoying, good ending of the whole story, sad ending)

Predators = 7 bintang (ok lah .... kalau ade banyak lagi alat2 teknologi predator tu lagi best)

Despicable Me = 7 1/2 bintang (fun, funny, enjoying, good n satisfying.. tapi aku rasa KungFu Panda lagi lawak)

Inception = 10 bintang ... wohhooo full mark

Monday, July 12, 2010

La copa del mundo 2010 ganador

Watch the 2nd half time... both have many opportunities, and many yellow cards also. The game was extended to its extra time, 3 minutes before the ends, Cesc Fàbregas pass the Jabulani and Andrés Iniesta scored for Spain.

SPAIN WIN WORLD CUP 2010. CHAMPIONS OF THE WORLD



wokey... nak tido jap.

Thursday, July 8, 2010

Ko Kena Buat Aku Menangis

Been listening to this wonderful song the title unknown to me for the past week. Then, while driving and tuning in the radio 4 days ago, this song plays and I quickly call this guy.

"Bro, free tak sekarang?? tengah bukak internet?? tolong aku bleh?? carikan aku title satu lagu nie..."

"Ko bukak website mixfm, ko check kat area atas2 tu, lagu ape ade kat ON AIR NOW ??


YOU CRY ME OUT dari Pixie Lott mamat tu cakap.






Lawa laa Pixie Lott, macam Elisha Cuthbert campur the late Britanny Murphy

Semi

K... match baru nak start nie... Ade masa aku postkan match result.
Aku rasa german kemungkinan besar menang.





post editing: pergh... tak sangka german kalah, ingat german akan titik Spain tu.
Anyway, bagus jugak dorang kalah... MiahahahaaAHaha

SPAIN 1 - 0 GERMAN

Tuesday, June 29, 2010

Aku sepak ko.. Ko sepak aku !!

Pertahanan Brazil, Lucio mengeluarkan bola dari kawasan bahaya sambil diasak pemain Chile, Humberto Suazo pada perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Ellis Park, Johannesburg, Afrika Selatan.






BTW, BRAZIL WON OVER CHILLIE 3-0.

credit to Bharian n image from AFP.
editing done by ProfStudio using Adobe Photoshop CS2 pirated punya.

Sunday, June 27, 2010

Hot Games

Weekend... so harini ingat nak main game je.


Call of Duty : Modern Warfare 2 (COD MW2)
Nie game antara 2 game yang first2 aku beli masa beli PS3. First Person Shooter (FPS). Game nie antara game yang selalu aku main.

Devil May Cry 4 (DMC4)
Aku suka series Devil May Cry nie... Game yang aku beli skali ngan COD MW2, game nie memang aku suka main gak. Aku pernah main DMC1 & DMC2 (tak habis main), dan DMC3 yang aku main sampai habis game, siap unlock macam2 la. So DMC4 nie aku dah habis main, tinggalkan kejap untuk main COD MW2. Sekarang aku start main balik game nie, nak main difficulty lagi susah punya.

Uncharted 2 : Among Thieves (UC 2)
Nie pun aku tengah main, so ingat harini nak main banyak UC 2 nie. Game nie gambar dia memang lawa gila, gameplay pun best.

Protoype
Game nie aku pinjam dari member aku Kong, game nie baru jek aku complete minggu lepas. Best gak game nie, dia open world dan kita bebas merayau2 dalam bandar tu buat main mission atau side mission. Aku suka game nie dia punya power2 tu la, memang over the top punya ar. Coolll...

Ninja Gaiden Sigma

Pinjam dari Kong gak, aku tak main lagi... setakat nie baru test main kat rumah Kong jek. Gameplay best, combo2 menarik, ada masa nanti aku main.

Batman Arkham Asylum
Kong punya game... Batman Arkham Asylum nie memang game of the year punya game, aku tak main lagi, tapi based on review dan tengok Kong main... memang enjoying.

God of War 3
Nie lagi satu game of the year punya game. Setakat nie aku dah main GOD 1, GOD 2, GOD Olympus (PSP version), suma best gila.. Game termahal aku beli setakat nie. RM200 beb. Dem u Kratos (hero bad ass game nie). Aku dah complete game nie, cuma hard difficulty ngan challenge je tak settle lagi.

Thursday, June 24, 2010

Err... Wat Da Fishh??

Been wondering about this one...

Sarawak = Sarawakian
Sabah = Sabahan
Kelantan = Kelantanese
Johor = Johorian
Kedah = Kedahnese

SO

Pahang = ???
Perlis = ???
Terengganu = ???
Melaka = ???
Perak = ???
Selangor = ???
Negeri Sembilan = ???
Pulau PInang = ???

Im not soooOoo sure myself.. Sometimes these thing confuse me, make me mads!!

Selangorian ?? Selangoran ?? Selangorese??
Pahang = Pahangise?? Pahangrian?? Pahangan??
Perlis = Perlisnese?? Perlisian ??
Perak = Perakan ?? Perakhan?? Perakian ?? Peraknese??
Penang = Penangis ?? heheeee

Negeri Sembilan macam mana plak??? NOGORIan kut...

Friday, June 18, 2010

You Know Who ??

Been watching the World Cup yesterday which the Argentinians fighting the Koreans when the commentator said this after watching the Korean midfielders tackling Lieonal Messi. Expecting viewers seing it also.. the commentator said this (not exactly but similar)

"Ki Hun Yeom have tackled You Know Who which is not necessary"
"The You Know Who is Argentinians of course, why would Ki Hun Yeom tackled his fellow countrymen right?? hahahaaa
"

This is funny..
I bet somewhere in Korea there were a real person named Yuu No Hoo (You Know Who)
BTw... Argentina won over Korea. 4-1

Tuesday, June 15, 2010

Muvi rebiu of da Month 8


Karate Kid
Director: Harald Zwart (directed Pink Panther 2)
Cast:
Jaden Smith aka Karate Kid aka Dre Parker aka Xiao Dre
Jackie Chan aka Mr Han (bukan Mr Han dari Linkin Park k...)
Taraji P.Henson aka Sherry Parker aka mak Karate Kid
Zhenwei Wang aka Cheng aka nemesis of Karate Kid
Wen Wen Han aka Mei Ying aka Buah hati Karate Kid


Cerita dia start bila Mrs Sherry Parker (emak Dre) berpindah kerja ke China dari Detroit. Di tempat baru dia, Dre berkawan dengan kawan dan jiran dia di sana, jatuh hati kat Mei Ying (kecik2 dah gatal dorang nie), dan kena belasah oleh geng2 Cheng (Cheng nie memang kaki buli, rasa nak sepak jek muka dia nie). Di sekolah baru dia plak, Dre kena buli oleh Cheng dan rakan2 dia nie. So, Dre pun berdendam dengan mereka dan ingin belajar kungfu. Satu hari semasa dikejar geng2 Cheng nie, Dre telah diselamatkan Mr Han. Nampak jee lemah, tapi sebenarnye Mr Han nie terrer berkungfu.

So, supaya Dre nie tidak lagi dikacau oleh geng2 Cheng nie, Mr Han dah berjanji dengan Tok Guru Cheng (ganas gila tok guru kungfu nie) yang Dre akan berlawan sendiri dengan Cheng dalam satu pertandingan kungfu nanti. So, Mr Han pun mula laa mengajar c Dre nie kungfu. Nama movie Karate Kid, tapi Dre nie belajar Kung Fu... hehe... pelik2. Patut namakan je KungFu Kid movie nie...

Anyway.. movie nie memang best arr. Remake yg bagus untuk Karate Kid yang lama tu. Watak tu ade berlainan laa skit, tapi jalan cerita lebih kurang sama, aksi kungfu dia best, latihan kungfu c Dre pun nampak real, aku rasa memang dari lemah, Dre jadik kuat dan terrer kungfu bila tengok dia berlatih tu.

8 bintang dari aku



The A-Team
Director: Joe Carnahan
Cast:
Liam Neeson aka Hannibal aka Jedi Master Qui Gon Jin in Star Wars
Bradley Cooper aka Face aka Dude from The Hangover
Shartlo Copley aka Murdock aka Dude turned Alien from District 9
Quinton Jackson aka B.A aka MMA fighter Rampage
Jessica Biel aka Hot n Foxy Lt Sosa
Patrick Wilson aka Mistrious CIA Linch aka The Suppose 2b Good but turnout BAD guy in the movie


Aku tak berapa ingat sangat series A-Team nie, time kecik2 dulu aku kurang layan cerita nie, aku selalu tengok McGuyver, Ultraman, Satria Baja Hitam jek. Orang cakap movie nie adaptation dari series dia dulu, aku tak sure dia similar atau ikut sangat dengan series asal ke tak.

Komen aku, movie nie best, memang enjoy tengok. Aksi2 movie nie memang melebih2, tapi acceptable lagi sebab aku rasa memang macam tu The-A Team nie. Humor dan lawak dia bagus, jalan cerita pun acceptable dan senang difahami. So, daripada buang masa nak citer2 lebih, baik tengok sendiri movie nie. Aku gi main game PS3 sekarang. Lagi best. Aku enjoy tengok movie nie, best, penuh aksi2, lucu, memang berbaloi2 aku pegi tengok.

8 bintang dari aku


picture credit from google.. miahahaa

Thursday, June 10, 2010

Crush Crush Crush

Huhu.. lama tak update blog aku nie, sorry geng. Im a bit nervous today. A normal working person would check his/her FB once a day or at least minimum once every 2 days. They would definitely checks the inbox or request right?? Hope that person check my message.

Anyway, today is my lil cousin's birthday, Edry. His in primary 2 already... Not so sure. And i still dont know what present to buy for him also. Mayb a boardgame, toy or something usefull in building critical thinking and yet enjoying.

Btw, at my usually place for lunch yesterday, I saw this cute and hot girl.
Apparently, she studies at Sunway College. So cute.. i have a crush on Juliana Evans. Lol..

Lastly, I watch Prince of Persia last 2 weeks. Just a short comment on that film, I do enjoy it the same like Ironman2. I think its a better movie than Clash of Titan and I love the storyline, heroin, action and fight scene. Even the dagger's abilities seems real and game like. I gave it 7 stars.

ps: Bought a science kit model for him.

Adoi... buruk nyaa English aku!!

Monday, May 24, 2010

Muvi rebiu of da Month 7

Sabtu lepas, 15 May...

Aku tengok Robin Hood kat GSC Summit d temani member2. Kami baru balik dari majlis perkahwinan member time kat U dulu. Rasa best jeee time tengok movie tu... best diaa lain macam punya best. Hahaaa!!


RObin Hood
Director: Ridley Scott
Cast:
Russell Crowe aka Robin Longstride
Mark Strong aka Sir Godfrey
Oscar Isaac aka King John
Max Von Sydow aka Sir Walter Loxley
Cate Blanchett aka Lady Marion


Cerita movie nie start time King Richard on the way balik dari Perang Salib. Dalam nak balik ke England tu, King Richard terbunuh dalam satu pertempuran kecil so Robin Longstride aka Robin HOod dan member2 dia melarikan diri dari medan peperangan. Time nie, Robin Longstride merupakan askar dan pemanah biasa je, dia belum lagi jadik pemanah legendary yang kita kenal tu. So, movie nie menceritakan pasal macam mana Robin Hood jadik perompak terkenal, bukan pasal Robin Hood perompak atau pemanah paling terer AllEngland tu. Eh, macam badminton daaaaa sebut2 AllEngland. Hehe..

Nak tau lebih lanjut?? SIla tengok movie nie kat cinema. 2jam lebih tu.. tengok sendiri k. Pendapat aku untuk movie nie, awal2 tu aku rasa sangsi gak nak tengok citer nie, Robin Hood, aku dah tau kot citer dia camne. Setakat nie dah ade 2 movie pasal Robin Hood yang popular dan ade satu movie parody atau komedi version of Robin Hood nie. Tapi movie nie best. Jalan cerita dia acceptable difikiran ku, citer dia pasal bagaimana Robin Hood sblum zaman kegemilangan dia d Sherwood forest tu. Aksi peperangan dan props nampak real dan meyakinkan, lakonan meyakinkan, tetapi beberapa peristiwa dalam movie nie aku tidak berapa faham sangat. Satu pasal asal usul c Robin Hood tu, sape bapak dia, perjanjian ape dorang buat dengan raja England, kenapa bapak dia kena bunuh?? Memang mengelirukan aku.

Filem nie bagi aku bukan mesti tengok punya filem, tapi kalau tengok enjoy laa jugak. Tak laa mengantuk kan. Ke aku enjoy movie nie sebab benda lain?? Benda ape?? malas arr nak share. Heheee...


7 setengah bintang dari aku

Thursday, May 13, 2010

Ip Man 2

Hei.. patut aku buat review filem yg aku dah tengok lama dulu, tapi takpe la. Aku citer skit pasal IP MAN 2 yg aku tengok semalam, hari rabu tiket harga rm6 jek.


Ip Man2
Director: Wilson Yip
Cast:
Donnie Yen as Ip Man
Sammo Hung as Hung Chun Nam
Lynn Hung as Ip Man's wife
Huang Xiaoming as Wong Leung Sheung
Darren Shahlavi as Mr Twister


Leung Sheung: Sifu, sila amik saya jadik murid skolah Wing Chun.

Ip Man: Boleh2, bayar yuran dulu k. Lepas tu carik student baru2 untuk join Wing Chun. Ko pegi la tampal poster recruitment sekolah kung fu kita.

Hung Chun Nam: Bro, dekat Hong Kong takleh bukak skolah kung fu suka hati. Ko kena lawan dulu sifu2 sekolah kungfu lain d sini nie dan bayar wang perlindungan kat aku.

Ip Man: Aku dah kalahkan sifu kungfu d sini tapi jangan haraplaa aku nak bayar ko, Master Hung.

Hung Chun Nam: Sifu Ip Man, Nah.. amik nie tiket masuk pertunjukan orang barat boxing.

Mr Twister: Can someone shut the fukup that fat chinese guy.

Hung Chun Nam: Babui betul mat saleh nie, ade ke cakap aku gemuk. Dah la tak bayar duit gaji aku organize boxing event nie.

Mr Twister: Is this Chinese kung fu?? more like jumping and dancing. Muahaha.. so sissy. Come and punch me!!

Hung Chun Nam: Jom tengok sape lagi kuat?? Sedap2 jek ko kutuk yek. Jom laa kalau berani, mano a mano!!

Mr Twister: That fat Chinese kungfu master is so weak, i cant control myself. Who want to challenge me??

Ip Man: Meh, biar aku cabar ko.. Jaga la ko tendangan pasti kena v2.1 aku.

Ip Man: Aku datang dan menang perlawanan nie bukan untuk menunjukkan kungfu lagi power dari boxing tetapi nak bagitau korang suma, kita suma sama taraf, patut hormat menghormati sesama sendiri. Ok, tu je.. bye, aku nak balik nie jumpa bini dan anak baru lahir.

Bruce Lee: Berapa upah belajar kungfu Wing Chun?? Aku nak belasah sape2 yg aku tak suka.

Ip Man: Mahal woo... ko datang balik arr bila ko dah besar ade duit.



Movie nie memang best. Aku tak tengok movie pertama lagi. Movie nie aku suka aksi kung fu dia. Memang superb. Terasa nak join skali belasah orang. Adei, kaki tak senang diam, tak lama memang ade kaki aku naik nie nak menendang gak. Lepas tengok movie nie, keinginan aku adalah nak menengok filem pertama dia dan suma filem2 Bruce Lee. Ya, Bruce Lee.. aku nak tengok balik kehebatan Bruce lee nie.

Yang aku tak suka pulak dalam citer nie, satu je... lakonan mat2 saleh dalam movie nie dan pelakon2 dia skali. Director tak bleh ke cari pelakon yg meyakinkan skit?? Dialog pun skema gila aku tengok dia speaking.

Aksi2 Kung Fu dia memang best sesangat, tahniah Sammo Hung, ko memang terrer dah laa lakonan pun mantap dalam citer nie. Satu je aku tak puas hati, koreograpi boxing c Mr Twister tu, dia memang peninju asli kan, tapi kekadang aku tengok masa dia menyerang Master Hung Chun Nam dan Ip Man tu macam guna teknik kungfu gak, bukan tumbukan2 peninju. Bukan dalam semua serangan la, sedikit sahaja.

Lain2, aku rasa movie nie satisfying, bini Ip Man tu cun apa?? Sape cakap buruk?? Korang reti tengok ke tak nie?? Aksi2 Kung Fu best, ade komedi skit, pelakon Mat Saleh macam sial terutama polis korup tu. Lepas tengok movie nie, secara otomatik aku nak tengok 1st punya, rugi gila tak tengok. Lagi satu aku agak laa kan, movie ip man yg 1st lagi syok kut dari 2nd nie.

7 bintang dari aku

Friday, April 30, 2010

Parking pun nak Bising ke??

Hei... malam nie macam sial jek aku rasa. Datang lambat nak men futsal, stuck dalam traffic jamm, dan tetiba kena marah tak tentu pasal.

Balik dari futsal, aku terus rush TGV bukit raja tu. Beli tiket IronMan 2. Weh, banyak lagi seat kosong untuk esok. So, masa balik tu, kena bayar parking la kan dekat auto pay station tu. So, sampai sana aku pun queue dalam satu barisan yang taklah berapa panjang sangat. Ade satu jek autopay station kat situ. Sampai turn aku, aku pun masukkan laa parking tiket.

"WOII SIALL, apehal ko tak bayar pun parking??" kate sorang mamat belakang aku nie.

Cuak gak aku.. aku pandang belakang.. "Ape dia??" (Mamat nie tinggi dari aku, tapi aku lagi berisi arr dari dia)

"Jusco free parking kalau tak sampai sejam la, Baghall" kate aku berani.

Mamat tu terdiam jap, dia dah tau salah arr tu... kalau tak, ade gak bergaduh malam nie. Nampaknye ade lagi manusia tak perasan pasal benda alah parking kat Jusco nie. Macam uncle depan aku tadi, dia rasa pelik bila masuk tiket parking tu , ia kluar balik tanpa dia bayar ape2. Duit seringgit dah ready dalam tangannye.

K ar.. nak men ps3. Ade masa nanti ingat nak buat entry movie rebiu plak.

Sunday, April 25, 2010

Tanggal Malam

Date Night
Director: Shawn Levy
Cast:
Steve Carell
Tina Fey
Mark Wahlberg


Phil: Hei, we are the Tripplehorns, you can show us our table plz.

Claire: Phil, ok ke buat camni?? Nanti kantoi laa.

Phil: Dont worry dear, Tripplehorns is not coming, so let us just take the table.


K, tu bukan dialog betul dia la... tapi dalam movie nie sebab dorang amik table reservation pasangan Tripplehorns tu la menyebabkan mereka kena kejar orang jahat dalam satu malam tu sampai la pagi.

Aku enjoy gila tengok movie nie, lawak. Kekadang dalam movie comedy, aku macam ketawa buat2 je, tapi dalam movie nie, memang serious genuine aku ketawa sakan. So, this movie is really funny to me. Aku suka lawak sahaja Steve Carell dan Tina Fey, kira combinasi mereka nie memang menjadi la. Scene2 yg aku paling suka adalah masa dorang curik keta dan terlanggar teksi tu dan masa dalam strip club dan menari tu. Dedemss hilarious!!

Mila Kuniss memang hot, aku suka dia dari dulu lagi masa Thats 70s Show

8 bintang dari aku

Muvi rebiu of da Month 6

Lama aku tak buat movie rebiu kan...

Baru2 nie aku tengok Clash of Titan, Date Night, Kick-Ass,How to Train Ur Dragon. So far, bulan nie, movie2 yg d tengok suma best2 belaka, kira puas hati la aku tengok. So, mari tengok review aku dan bintang berape aku bagi kat movie2 nie.

Clash of Titan
Director:Louis Leterrier
Cast:
Sam Worthington
Ralph Fieenes,
Alexa Davalos,
Mads Mikkelsen


Zeus: These humans nowadays sudah besar kepala. Suka melawan tuhan2 dah kurang sembahyang.

Hades: Bro, let me handle them. Make them fear us again.

Zeus: Wokey, no problems.

Hades: Yo, u all lowly humans, sacrefice putri Andromeda kalau taknak bandar korang hancur. Pet aku, Kraken lapar tu..

Draco: Perseus, ko kena lawan Gods nie dan bunuh Hades kalau nak selamatkan putri dari Kraken. Kalau Zeus nak bagi bantuan ko jangan la jual mahal. Amik je

Perseus: Nasib baik ade ramai pengikut, lepas dorang divert attention Medusa, senang skit aku potong kepala dia. Sekarang nak naik kuda Pegasus nak batukan c Kraken

Perseus: Senang gila kalahkan sotong Kraken nie, Hades pun sonang gilo kalahkan. Adei!!




Movie nie memang enjoy aku tengok, tidak la best sangat, tapi enjoy tengok. Io, gadis immortal memang cun, minah nie akan berlakon movie Prince of Persia nanti. Woohooo. Putri Andromeda pulak lagi cun, tapi apesal macam kurang je part watak dia dalam movie nie.Hades cool macho habis lasebagai penjahat, memang sesuai la dia. Zeus, pulak membuat aku teringat kat Quay Gon Jin dalam StarWars.Perseus, kira ok lah... . Pesal nak jual2 mahal kat Zeus nie, lagi satu aku rasa patut ko guna je pedang ajaib Zeus tu awal2.. buduh!! Draco (Le Chief, penjahat Casino Royale) memang hebat. Sayang mati gak dia jadik batu.

Antara part yg paling aku suka dalam movie nie adelah masa lawan skorpion dan lawan medusa. Lawan kraken tu aku kureng skit, senang sangat kalah Kraken tu. OK lagi satu, aku ade terbaca sumwhere kat other website, movie Clash of Titan nie macam ade version lain skit, masa buat cerita dengan masa post editing movie tu, dorang dah berlakon scene lain skit, ubah skit, tambah lain skit... Aku ingat Perseus ade romance connection ngan putri Andromeda tu, skalinye ngan Io. Takpe la putri, saya kan ade...


8 bintang dari aku.


Wokeh, next entry pasal movie lain plak.

Sunday, April 11, 2010

blog award

Trend sekarang, blogger2 suka sangat bagi blog2 award, aku pun tak tau kenapa... mayb sebagai pengiktirafan kut, atau saja nak ikut trend.

SO

Tidak mahu ketinggalan, ingin menyedapkan hati sendiri, masuk bakul angkat sendiri, syok sendiri, aku pun buat sendiri...



..

..

..

..

..

..








terima kasih kepada Mr Sendiri sebab bagi aku award ini. Saya sangat sayang Anda.

Thursday, April 8, 2010

Suntikan Slang aka Loghat

Lama tak update blog, yeer lah, busy dengan kekasih baru, keluarga berpindah dan busy dengan kerja. Kalau tak silap dah 6 movie aku tengok tapi belum lagi d buat reviewnya, adei.. malas betul.

Baru2 ini, syukur kepada Tuhan keluarga aku dan aku sendiri selamat kembali ke kampung d Tawau, Sabah dengan jayanya. Keluarga aku akan berpindah balik ke Tawau nie selama hampir 12 tahun bermastautin d Selangor nie.

Kali ini, adik2ku sahaja yang berpindah, ibuku akan menyusur kemudian bulan depan nanti, Mei. Ayahku pula, terlebih dahulu sudah balik ke Tawau bulan January lepas.

So, sepanjang satu minggu d sana, beratku bertambah hampir 3kg. Dem, sia2 berfutsal hampir setiap minggu, naik jugak berat aku. Sebab ape naik?? Sebab makanan laa neh, rindu gila aku dengan makanan d tawau nie, terutama Sayap Ayam Bakar, Murtabak Jawa, dan Mee Kuning d Tawau nie. Kat Semananjung takde benda nie, kalau ade pun, rasa dia tak dapat compete ngan kesedapan makanan2 d Tawau. Lagi satu, bila balik nie, dapat jugak aku merasa masakan nenek aku, sedap woo masakan Tawau nehh.

Lama jugak aku tak balik Tawau, rindu gila dengan keluarga dan environment d Tawau. Sesampai d sini lah, aku terpaksa refresh balik slang Tawauku, iyelah, nak bercakap dengan sepupuku yg kecik2 tu susah plak, mereka mane faham sangat slang percakapan orang KL nie.

"Amy, kalau ko terrer, kude ape yg kite tak bleh lihat??"

"Haa?? Apa tu?? Amy ndak paham baa!!"

"Ko nie, kalau ko pandai, kuda apa baa yg kita ndak boleh nampak??"

"OoOoo, kuda hitam putih tu..."

"Salah"...

"Kuda ajaib, Kuda halimunan"


"Salah"...

"Jadik, apa ?? Amy akun laa"

"Kuda bertapok laa... What la You"

Dia pun ketawa la mendengar jawapaan tu. Hari2 seterusnya, dia datang balik kat aku minta teka teki lain. Amy darjah 4, antara batch2 nya dengan sepupu lain, dia lah the one and only budak perempuan. Sepupu2 lain baya dia semua lelaki.

Haha, sepanjang mingguku d sana, aku banyak berbahasa Tawau dan mendengar orang Tawau bercakap.


"Pakcik, berapa ringgit Sanggar nie??"

"Nah kan, terlimpas suda jalan tu, di mana mo pusing nie??"

"Bro, tolong tengok semua tayar tu yaa, pancut suda"

"Weh, Jzaam.. cepat ko bah, membubut suda dia tu!!"


Banyak lagi perkataan Sabah, Tawau yang aku gunakan balik, banyak.. sampai lupa certain words tu. Hei, bestnye dapat balik Tawau haritu.


Translation:


ndak = tidak, tak
akun = giveup, menyerah kalah .. susah plak aku nak explain nie
tapok = sembunyi .. so bertapok means menyorok atau bersembunyi
sanggar = pisang goreng
limpas = lalu, lepas .. so terlimpas means terlepas la
pancut = pancit .. perkataan nie bawak banyak masalah kat aku masa mula2 sampai d semananjung
bubut = kejar


Gambo2 menarik d Tawau akan aku buat d entry akan datang kalau dah dapat materialnya dari Tawau nanti.

Thursday, March 11, 2010

Kekasih Gelap Ku!!

Sorry semua kepada follower2 ku dan kekasih2 ku yg lain. Lama tak datang blog buat update. Nie smua berlaku sbb aku dah ade kekasih baru.

Aku masih ingat lagi hari tu.. 6 March 2010, hari sabtu. Aku dah confess cintaku kepadanya dan dia pun accept balik cintaku. Balik dari OU damansara tu, memang hatiku gembira sekali. Malam tu aku bersiap nak gi main futsal ngan rakan sekerja. Venue di Frenzy Futsal area seksyen15 Shah Alam tu. 9-11pm.. habis je, kami suma lepak d seksyen 7, Restoran Hakim. Mak ai, punya la ramai manusia d situ, suma tengok bola kut. (Arsenal lawan Burnley). Aku dah tak sabar nak balik rumah berehat lepas tu memadu asrama dengan kekasih baru.

Sekarang tiap malam aku melayan karenah awek baru ku ini, bercinta2 sampai tengah malam, sampai 2, 3 pagi. Mak aku cakap.. "Stop2 la tu, esok pagi ko kerja!! Gi tidor". Aduyai, selamat malam kekasih gelapku.


..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..





Minta Maaf kepada kekasih lama ku, sekarang sudah tidak ada masa nak melayan kamu lagi. Masa ku dluangkan khas untuk kekasih gelapku yg baru ini. Lagipun, aku memang bz bangat sekarang nie. Kerja lagi, futsal lagi, kereta lagi, nak pindah rumah lagi... so memang bz tak dapat melayan kamu.



notes: Macam klise sangat kan, buat entry kekasih baru, tapi last2 kita letak benda lain. haha.. n then, sorry tak dpt bagi gambo lagi lawa skit kekasih aku ini, amik dari kamera handphone 2mega pixels jek.

Friday, March 5, 2010

Adeiii... panas panas!!

Insomniac ke atau sebab panas sangat....
Dah 3 hari berturut2 aku terbangun pada dinihari nie. Adei... malas nyer camni.
Kalau pergi kerja sure pagi2 mengantuk.

Camne nak sambung balik tido nie.

deDamns..

Sunday, February 28, 2010

Tag Datang kEmbali...

Ade orang tag aku ... lama dah tak kena tag. HUhuuHu

1. You have to print screen wallpaper that you are using right now.


2. Tell us why you like the wallpaper.
Aku suka gambar nie, scenery yg mengagumkan biarpun ianya hanya hasil lukisan dan warna. Aku dapat gambo nie dari deviantart . Wallpaper nie pun aku guna dlm desktopku d opis.

Welcome to the WormWorld by Daniellieske


3. Tag 10 peoples.
Aku ingin tag follower2 aku yg takde kerja nak buat, then buat la benda nie. Sape yg dah pernah buat, takyah buat k. Sekian.

Monday, February 22, 2010

Muvi rebiu of da Month 5

K, sblum tu... sedikit warning pasal spoiler n also nie hanya rebiu dari kata hati ku jek. Bukan mengikut standard orang lain atau pengkritik filem. Seperti biasa, info2 aku dapat dari rotten tomatoes dan pakcik wiki.


The WolfMan
Director: Joe Johnston (Hidalgo, Jurassic Park 3 n Jumanji among others)
Cast:
Benicio Del Toro (Traffic, Sin City, dan Snatch)
Anthony Hopkins ( k.. c tua nie suma kenal kut...)
Emily Blunt (tak berape kenal dia..)
Hugo Weaving (V for Vendeta, The Matrix Trilogi, Lord of the Ring n voice actor for MEGATRON)


Lawrence, abang ko dah hilang!! Baik ko balik kampung cepat tolong carik dia.

Lawrence, abang ko sudah di jumpai.. dia dah mati kena bunuh!! Mayb haiwan buas atau manusia yg membunuh dia!!

Lawrence, werewolf tu dah gigit ko!! Kalau ko survive.. ko pun boleh jadik werewolf gak!!

Lawrence, gempak gila ko jadik werewolf.. kalau ko ade besi adamentium, sure ko bleh kalahkan wolverine!!

Lawrence, jom lawan tengok werewolf sape lagi kuat, ko ke atau bapak!!

Lawrence, ko kena faham, ko kena mati jugak!!


OK, movie nie bagi aku memang best.. aku ingat sekadar action movie je, tak sangka ade unsur seram dan thriller... fuh best. Aku pun ade gak terkejut melihat kelibat werewolf terkam orang, werewolf kecik ala2 Gollum LOTR tu. Werewolf dalam movie nie bukan macam Twillight tu, dia bukan serigala, tetapi manusia yang macam serigala. Aku suka part dia bertukar jadik werewolf tu, real gila, time kat dungeon bawah tanah rumah dia, time kat rumah orang gila kat bandar tu... Macam first time tengok manusia betul2 transform jadik werewolf. Best gila wei. Part time dia mengamuk kat bandar tu pun best gila, dapat tengok kekuatan dia, keganasan dia, kepantasan dia melompat2 mengelak peluru askar tu. Pure Awesomeness.. Lakonan Inspector Aberline (hugo weaving) pun amat mantap, macam Agent Smith daaa. So far.. aku amat puas hati dapat tengok The WolfMan nie.

8 bintang dari aku




Percy Jackson & the Olympians: The Lightning Thief
Director: Chris Columbus ( 2 Harry Potter movie, Home Alone, I love U beth Copper)
Cast:
Logan Lerman ( jambu baru lepas star High Skol Musical)
Uma Thurman (KILL BILL)
Pierce Brosnan ( James Bond movies, Mamma Mia)
Sean Bean ( The Hitcher, LOTR, The Island)
Brandon T. Jackson (Tropic Thunder)

Dalam citer nie, senjata ajaib Zeus, master Bolt of lightning kena curik. So, Zeus pun tuduh la anak c Poseidon yg curik. C Percy Jackson nie, lepas dapat tau dia nie demi god anak Poseidon, dia pergi laa ke kem latihan anak2 god untuk mencari perlindungan. Kat sini la dia jumpa ramai remaja macam dia jugak. Lepas dapat tahu mak c Percy nie dalam tahanan Hades, god of the underworld, dia ngan 2 membe dia, Grover n Annabeth pun kluar dari kem latihan tu dan mengembara mencari mutiara ajaib untuk pas kluar mereka bila nak blah dari underworld tu (macam dragon ball pulak). Dalam pengembaraan inilah budak 3 orang nie bertemu mahluk2 mitos macam medusa dan naga kepala 3 (eh, byk kepala) dan akhirnye sampai le ke dunia Underworld untuk menyelamatkan mak Percy. Nak tau lebih lanjut, kena la tengok sendiri.

Movie nie bagi aku, ade iras2 Harry Potter ngan Narnia. Citer dia takde lah berat n serious sangat. Lakonan, aksi2, kesan khas, memang mantap. Aku suka naga kepala 3 tu, medusa, dunia underworld, ngan effect power c Percy masa nak lawan pencuri sebenar Bolt of lightning tu. Persephone takde lah lawa sangat, Annabeth kira cute la, Hades n Poseidon memang stylo, lakonan c Pierce Brosnan n Uma Thurman skit jek dalam movie nie, macam tak puas la tengok dorang. So far, aku still enjoy gak tengok cerita nie, kalau ade lagi sequeal, aku akan tengok!! tidak tertunggu tapi definitly will watch it.

7 bintang dari aku


p/s: Book of Eli akan main kat cinema dalam minggu nie.

Benci ar Isnin

Bos... boleh tak saya balik awal arini???

Kenapa Rezan?? Whats wrong???

MAGGI SAYA SUDAH KEMBANG... saya balik dulu k. BYE!!!


Teringin aku guna alasan tu.. Adoi, malasnye kerja hari Isnin.

Wednesday, February 3, 2010

Muvi rebiu of da Month 4

Mubi review of da month 4. Aku akan try buat bagus skit untuk review kali ini.



Cirque du Freak : The Vampire's Assistant
Director: Paul Weitz
Cast: Chris Massoglia, John C Reilly, Ken Watanabe, Salma Hayek

Sblum aku bagi rebiu movie, aku citer dulu skit pasal Movie nie dan novel series dia. Movie nie di adaptasi dari 3 novel pertama cerita The Saga of Darren Shan. (Darren Shan nie watak hero dalam novel nie dan nick penulis novel nie pun nama dia Darren Shan jugak). So, 3 novel pertama Saga Darren Shan nie diterbitkan ngan satu tajuk trilogy dia, Vampire Blood dan novel2 tu adalah Cirque du Freak, The Vampire's Assistant dan Tunnels of Blood.

So untuk movie Cirque du Freak : The Vampire's Assistant nie pengarah amik 3 novel pertama Saga Darren Shan nie untuk satu movie. Ade beberapa watak and plot di ubah and tambah dalam movie nie. So, skrg mari kita kembali ke rebiu movie aku tetapi sblum tu aku nak ucap terima kasih dulu kepada Uncle Wiki sebab bagi aku info2 pasal The Saga of Darren Shan nie.

Kalau korang tengok movie nie, cerita dia pasal c Darren nie d convert jadik half vampire oleh Larten Crepsley (korang akan kenal c Crepsley nie bila tgk The Step Brothers atau Taladega Nights, dia selalu berlakon ngan member dia c Will Farrel tu) sebab nak tolong sahabat dia Steve yang kena racun Madam Octa (pet spider c Crepsley). Dalam movie nie lah kita dapat tengok freak2 yang ade dalam Cirque du Freak dan pergaduhan antara Vampire ngan Vampanaze (Vampire versi jahat).

From my point of view, movie nie boleh tahan la plot citer dia. Special effect dia pun kira ok mengagumkan, cuma lakonan c Darren ngan Steve tak berapa nak berkesan la aku rasa. Lepas tu aku rasa some part dalam movie yg aku tengok tu kena potong dan membuat aku bengang skit sbb tak dapat tengok part2 yg mayb penting atau best tapi kena potong plak. Dem...

7bintang dari aku





Adnan Sempit
Director: Ahmad Idham
Cast:Shaheizy Sam, Cat Farish, Intan Ladyana, Along & Angah Raja Lawak

Sblum rebiu, aku just nak bagitau waswas gak nak tengok movie arahan ahmad idham nie, takut sejarah akan berulang... huhu. Tapi, rupanye movie nie memang best dan enjoy gila aku tengok. Tabik gila ngan pengarah Ahmad Idham dan pelakon utama dia terutama c Shaheizy Sam aka Nan Sempit. Aku target movie nie best local movie ever tahun nie.. hOhohoooohuuu

Aku sinopsis skit la movie nie yek. Citer nyer start pasal Adnan nie buat intro pasal dia, motor dia, dan awek yg dia suka, BOS dia. Awal2 pun memang lawak bila pada intro tu, Adnan tengah bersiap nak gi kerja, naik moto dia.. Buat Whelie dan jatuh motorsikal. Tu memang satu panggung gelak, tapi aku... aku tak gelak sangat sbb seblum nie aku dah gelak kaw2 dulu masa tengok trailer nye. (Dalam trailer, ade bagi tengok scene nie...)

Citer punya citer, bos dia macam buat perjanjian dengan c Adnan nie, Adnan jadik fake boyfriend bos dia, Ms Nadia (Intan Ladyana... biarpun fake boyfriend, aku pun sure stuju gak) demi nak tunjuk kat membe2 bos dia masa rewonon party nnt. Hehe.... Aku malas nak citer lebih2, tapi banyak sungguh adegan lawak bersahaja dan best. Nak dijadikan citer, hubungan Adnan ngan bos dia nie macam bertambah rapat, tapi sebab sifat rempit n cepat marah c Adnan and kutukan2 Nadia pasal c Adnan buat mereka gaduh.

9bintang dari aku




Old Dogs
Director: Walt Becker
Cast
: John Travolta, Robin Williams, Kelly Preston, Seth Green.

Sebenarnye aku nak tengok Legion dulu, tapi sebab dah lama movie nie main and ade orang cakap best.. aku pun pegi laa tengok.

Citer dia pasal 2 sahabat karib nie (robin williams n John Travolta).. tgk, nama watak pun dah lupa. haha. K, citer nyer pasal 2 ekor mamat nie sehati sejiwa laa buat bisnes mereka dari muda sampai tua. Then, satu hari nie, bini sekejap (Kelly Preston aka hot mama aka MILF) c Robin Williams nie datang carik dia nak minta pertolongan jaga 2 anak kembar mereka. So, dalam masa satu minggu tu c Robin William kena menjaga anak2 mereka nie sambil berusaha untuk memeterai satu urusan perniagaaan ngan orang jepun.

Lepas tengok Adnan Sempit, aku rasa lawak movie nie bodoh gila. Buuuuu!!
bosan2... sikit jek yg menarik perhatian aku, yg lain suma bosan. Buuu...

5bintang dari aku

Tuesday, January 26, 2010

Vindicated

Lagu nie aku start dengar masa movie Spiderman 2 dulu. Movie spiderman nie adalah antara favorite aku ... lagu nie plak best and sampai sekarang aku layan lagu nie. Hehe...

Dashboard Confessional
-Vindicated-

Hope dangles on a string
Like slow spinning redemption
Winding in and winding out
The shine of it has caught my eye

And roped me in so
Mesmerizing so
Hypnotizing I am
Captivated I am

[Chorus]
Vindicated
I am selfish I am wrong
I am right I swear I'm right
I swear I knew it all along
And I am flawed
But I am cleaning up so well
I am seeing in me now the things you swore you saw yourself


So clear
Like the diamond in your ring
Cut to mirror your intentions
Oversized and overwhelmed
The shine of which has caught my eye

And rendered me so
Isolated so
Motivated I am
Certain now that I am

[Chorus]

So turn
Up the corners of your lips
Part them and feel my finger tips
Trace the moment, fall forever

Defense is paper thin
Just one touch and I'd be in
Too deep now to ever swim against the current
So let me slip away [3x]
So let me slip against the current
So let me slip away [4x]

[Chorus]

Slight hope
Dangles on a string
Like slow spinning redemption...