Monday, May 24, 2010

Muvi rebiu of da Month 7

Sabtu lepas, 15 May...

Aku tengok Robin Hood kat GSC Summit d temani member2. Kami baru balik dari majlis perkahwinan member time kat U dulu. Rasa best jeee time tengok movie tu... best diaa lain macam punya best. Hahaaa!!


RObin Hood
Director: Ridley Scott
Cast:
Russell Crowe aka Robin Longstride
Mark Strong aka Sir Godfrey
Oscar Isaac aka King John
Max Von Sydow aka Sir Walter Loxley
Cate Blanchett aka Lady Marion


Cerita movie nie start time King Richard on the way balik dari Perang Salib. Dalam nak balik ke England tu, King Richard terbunuh dalam satu pertempuran kecil so Robin Longstride aka Robin HOod dan member2 dia melarikan diri dari medan peperangan. Time nie, Robin Longstride merupakan askar dan pemanah biasa je, dia belum lagi jadik pemanah legendary yang kita kenal tu. So, movie nie menceritakan pasal macam mana Robin Hood jadik perompak terkenal, bukan pasal Robin Hood perompak atau pemanah paling terer AllEngland tu. Eh, macam badminton daaaaa sebut2 AllEngland. Hehe..

Nak tau lebih lanjut?? SIla tengok movie nie kat cinema. 2jam lebih tu.. tengok sendiri k. Pendapat aku untuk movie nie, awal2 tu aku rasa sangsi gak nak tengok citer nie, Robin Hood, aku dah tau kot citer dia camne. Setakat nie dah ade 2 movie pasal Robin Hood yang popular dan ade satu movie parody atau komedi version of Robin Hood nie. Tapi movie nie best. Jalan cerita dia acceptable difikiran ku, citer dia pasal bagaimana Robin Hood sblum zaman kegemilangan dia d Sherwood forest tu. Aksi peperangan dan props nampak real dan meyakinkan, lakonan meyakinkan, tetapi beberapa peristiwa dalam movie nie aku tidak berapa faham sangat. Satu pasal asal usul c Robin Hood tu, sape bapak dia, perjanjian ape dorang buat dengan raja England, kenapa bapak dia kena bunuh?? Memang mengelirukan aku.

Filem nie bagi aku bukan mesti tengok punya filem, tapi kalau tengok enjoy laa jugak. Tak laa mengantuk kan. Ke aku enjoy movie nie sebab benda lain?? Benda ape?? malas arr nak share. Heheee...


7 setengah bintang dari aku

1 comment:

fhunky-fhinky said...

malas nak share?
ko mesti tertarik ngn Kate Blanchett dalam tu kan...

haih....