Sunday, December 5, 2010
Harry Potter and The Deadly Hallow.
Sejarah aku dengan Harry Pothead.
Budak Harry nie, aku kenal dia start dari tengok movie Harry Potter and the Sorcerer Stone. Start dari 1st movie la kot, sampai laa movie ke 4 dia (Harry Potter and The Goblet of Fire) aku dah start suka Harry Potter series nie. Lepas tengok movie ke 5 dia, Harry Potter and The Order of Pheonix, aku terus nak tahu ape pulak cerita
seterusnya. So aku pun carik la buku dia, actually aku carik pdf version jek. Baca kat komputer. So, aku baca laa Harry Potter and the Half Blood Prince (Buku ke 6 dalam Harry Potter series). You know what, cerita kat buku lagi best compared to the movies. Lepas tu aku baca plak Harry Potter and The Deadly Hallow. Im hook... cerita Harry Potter nie best gila. Time nie, movie Harry Potter and Half Blood Prince tak keluar lagi pun.
Demi minat nak tahu cerita Harry Potter nie, aku carik suma buku Harry Potter start dari buku dia yang first, Harry Potter and The Philosopher Stone. Aku tak tahu kenapa US dengan UK punya version lain... tapi either way la, Sorcerer atau Philosopher Stone aku tak kesah. Tapi version pdf ar... gila ape nak beli buku dia mahal2 kan.
So, Harry Potter and The Deadly Hallow mula ditayangkan di Malaysia 17Nov lalu. Aku tidak tahu tapi di poster nya ada cakap 18Nov, biasanya movie2 baru memang start showing hari Khamis. Anyway, 17Nov tu hari Rabu and hari tu Hari Raya Haji, aka Hari Raya AidulAdha. Sambutan Raya kali nie memang biasa bagi aku, macam
hari biasa je, sekarang aku duduk seorang, family kat kampung... so suasana tu tak berapa meriah la. Memang bukan rasa hari raya la orang cakap. Anyway, pagi raya tu, aku dengan sepupu aku Razak aka Zack sembahyang raya kat masjid dekat rumah je.. tengah hari tu pegi McD.. ade McD lunch kan.. so harga murah. Orang raya makan rendang, ketupat, ayam masak merah, kuih muih... kami makan McD Chicken Supreme. Lol. eh, terikut2 plak short form bahasa internet nie. Miahahahaha.
So, petang tu, aku amik sepupu aku seorang lagi kat rumah makcik aku, kakak c Razak nie, lepas tu kami bertiga pun pegi la menengok Harry Potter and The Deadly Hallow kat Bkt Raja tu. TGV Bukit Raja sekarang sudah gempak wooo. Seat dah tukar baru, karpet tukar baru, dinding tukar baru, tandas baru, tak lama lagi kaunter tiket dengan popcorn pun akan tukar baru tuu.
Harry Potter and The Deadly Hallow.
Warning Spoiler Ahead.
Director: David Yates
Cast: Daniel Radcliffe, Emma Watson, Rupert Grint, Ralph Fiennes
Cerita dia start dengan persiapan Hermione untuk mengembara nanti dan The Order of Pheonix untuk memindahkan Harry Potter pada hari jadinya yg ke 17 ke tempat yang lebih selamat. Sementara itu, d Malfoy Manor, Voldermort dan pengikutnya, The Death Eaters tengah buat meeting tergempar pasal rancangan menyerang Harry Potter.
[Yang penting dalam scenen ini adalah pasal wand. Voldermort sudah mengetahui kenapa dia gagal membunuh Harry sebelumnya, dia perlu Wand lain, Wand Voldermort dan Harry Potter berasal dari teras yang sama so kiranya Wand dorang nie adik beradik dan penggunanya tidak boleh membunuh sama lain.
ps: scene last di mana Nagini aka Ular Voldermort menuju ke arah kamera membuatkan ade budak menangis ketakutan. Kuat plak tu dia menangis, so terpaksa laa parents dia bawak keluar. Lol...]
Kat weeding abang Ron plak, Death Eaters datang menyerang, so Harry, Ron, Hermoine pun melarikan diri dan akhirnya pergi ke Grimwald Palace. Nie rumah Sirius Black, bapak angkat Harry dan rumah ini sekarang di warisinya. Kat sini dorang dapat tahu pasal loket Horcrux tu dan telah membuat satu rancangan untuk mencurinya dari tangan Doleres Umbridge kat Ministry of Magic.
[Kat sini pun banyak berubah jalan cerita dia, tapi movie nie still dapat tunjukkan aksi2 menarik dan magic yang geng2 Harry Potter nie buat dalam rancangan mencuri loket tu]
Lepas dapat melarikan diri dengan Loket Horcrux yang sebenar tu, mereka bertiga pun bergerak la ke sana sini berselindung dari dunia luar. Sampai la satu hari Ron merajuk dan melarikan diri, Harry dan Hermoine pulak pergi ke Godric Hallow tempat lahir Harry, untuk mencari apa2 maklumat yang boleh menolong mereka memusnahkan Horcrux tu. Sementara itu pulak, Voldermort sibuk mencari The Elder Wand, Wand paling power kat dunia magic nie. Harry dan Hermoine akhirnya dapat berjumpa Ron dan Ron dapat memusnahkan Loket Horcrux tu dengan Pedang Godric Griffindor. Mereka merancang berjumpa bapak Luna Lovegood untuk mengetahui pasal simbol misteri tu. Kat sini mereka dapat tahu pasal The Deadly Hallow.
[Harry dah ade 2 benda dari The Deadly Hallow tu, Voldermort pulak akan dapat satu, The Elder Wand. Voldermort masih tidak tahu pasal The Deadly Hallow, yang dia tahu The Death Wand tu pasti boleh menjadikan dia lagi power dan boleh membunuh Harry.
ps: Hermoine version cgi half naked cun cantik gila beb]
Aku nak cerita lebih, tapi lagi best tengok sendiri movie nie. So, aku akan start cerita balik bila tengok movie ke dua dia untuk buku Harry Potter yang last nie. Harry Potter and The DEadly Hollow part 2 akan datang ke panggung tahun hadapan bulan July rasanye. Tak sabar ....
[sumber gambar aku cilok dari google]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
sumpah hermione cgi version memang cun gile gile.. huhu.
best kan kan >.<
heh :)
yep2... if u know photoshop, dia macam kena buat effect blur dan buat soft light kat layer... Lepas tu muka kena air brush. pergh... so clean and clear.
Movie part 2 confirm best, dorang masuk bank jumpa naga, harry balik Hogwarts. Miahahhaa...
memang betul, baca buku lagi best dari movie sebab dia tak adapt semua dalam movie.
pernah baca harry potter and the goblet of fire je. hehehe. memang best kan.
iye.. mmg best cik Hazzy. Kan2 ..
Post a Comment