Sunday, June 5, 2011

Pirate Kungfu X-Men

Pirate of Karabien
Kalau korang follow pirate punya cerita nie... movie yg terkini kira ok gak.
Aku suka Blackbeard punya power, pedang dia memang ajaib. Aku suka ikan mermaid, sbb ape?? Tentulah sebab ikan duyung tu cantik.. Satu je aku tak setuju movie nie, Kapten Jack Separo last2 memang dah boleh hidup bahagia dengan awek lama dia (Angelica aka Penelope Cruz) tapi kenapa dia nak tinggalkan jugak minah tu kat pulau kecik tu. Nampaknye setiap movie pulau kecik tu mesti buat appearance kut. Buduh Jack Separo.


KungFu Panda 2
Tengok movie nie dengan xroomate aku Kong dan girlfriend dia ngan bestfriend dia kat GSC Alamanda. Best movie nie, memang lawak dan fun betul. Aku suka aksi lawan2 kungfu dalam movie nie, PO (panda tu laa) lawan Lord Shen (burung merak aka penjahat) memang epic. Lagi satu dalam movie nie, kita dapat tengok skit cerita PO masa dia kecik. In the end, PO dapat belajar lagi satu kebolehan kungfu iaitu Inner Peace yg membolehkan dia mengatasi secret weapon Lord Shen.


X-Men : First Class
Bagi aku movie nie best sungguh. Jalan cerita kira menarik gak dan aksi2 mutan tu memang syok gila kita tengok. Dalam movie nie, kita dapat tengok skit bagaimana Professor X aka Charles Xavier berkawan dengan Erik Lensherr aka Magneto time dorang muda2 dulu. Karekter2 mutan dalam movie nie memang legitimate dan wujud dalam dunia komik X Men, Sebastian Shaw aka penjahat no 1 dalam movie nie pun mutant gak, tapi seingat aku dalam komik atau game dia dia nie manusia biasa je. Lebih tengok uncle wiki memang dia nie mutan sejati. Dalam movie nie aku suka Magneto dengan Emma Frost, sbb ape??Serious gempak gila power Magneto dan Emma Frost memang cantik dalam movie nie. Even Wolverine pun ade buat cameo skit dalam movie nie. LEpas habis tengok movie nie, macam tak sabar pulak aku nak tengok citer X Men yang lain... kalau ade laa orang nak buat. Lastly, movie nie bagi aku, lagi best dari X Men Wolverine tu.

2 comments:

una berry said...

aku suka citer pirate tu
I wish they show more abt the mermaid
1st time tgk mermaid lawa makan orang
hoho

profwacko said...

agreed.. huhu