Sunday, January 30, 2011

satu hari hujan

Hari ahad ... satu hari nie hujan. Seingat aku, bangun pagi tadi, 8pagi dah start hujan. Eeee bestnye tidur!! Smlm memang penat gila main futsal. Hujan takde laa lebat sangat, tapi dengan awan mendung nya dan cahaya redup, dari pagi sampai la petang nampak macam tiada perubahan, nampak masih pukul 7pagi je rasanye. Agaknye pukul 8 tadi kot hujan stop, aku tengah bz kemas2 rumah skit... tak sedar bilanye hujan itu stop.

Aku pergi ke dapur rumah, ish2.. macam lama tak berasap dapur rumah nie. Then aku terkejut kejap tengok satu benda nie, then amik hp murah ku dan amik gambar dia.



Bila aku ingat2 balik, tak pernah pulak aku beli bawang nie. Then bila ingat balik betul2 punya ingat balik, adik aku c Ros pernah beli bawang haritu masa dia kat sini.

Dalam sebahagian perbualan telepon kami..

Me: Ros, bawang yang ko beli tu ada pucuk suda ... Hahahaaa
Ros: Ha, tanam la... mahal sudah bawang sekarang nie. D tawau satu kilo rm20.
Me: Ui... mahalnya, kenapa suda mahal tu??
Ros: Ndak tau la, ko amik pasu lepas tu tanam mu bawang tu...

Haha, betul gak.. tanam la bawang nie, skrg bawang mahal woo. Agak2 kalau tanam macam tu je, sure tumbuh mencanak nanti. Tapi bila aku fikir balik, buat apa aku nak tanam bawang nie?? Nak jual bawang ke?? Nak pakai bawang ke?? Bukannye aku masak sangat pun kat rumah nie.

Thursday, January 20, 2011

Scott Pilgrim Melawan Dunia



Director
Edgar Wright

Cast
Michael Cera as Scott Pilgrim
Mary Elizabeth Winstead as Ramora Flowers
Kieran Culkin as Wallace Wells
Anna Kendrick as Stacey Pilgrim
Jason Schwartzman as Gideon Graves
Ellen Wong as Knives Chau
Brie Larson as Envy Adams
Alison Pill as Kim Pine
Mark Webber as Stephen Stills
Johnny Simmons as Yong Neil


Scott Pilgrim falls in love with Ramona Flowers while dating a younger girl, Knives Chau. He break up with Knives Chau and start dating Ramona. Little that he knows that Ramona have dark past and her seven ex boyfriend have form the Ramona Evil Exes League lead by Gideon Graves. Now, with helps from his band members, friends, Scott must defeat his new girlfrend's seven evil exes to completely win her heart.

Scott tengah Mengurat Ramona


Tumbukan Confirm Sakit Punya


Team Scott VS Team Envy


Seriously movie nie best gila. Fun to watch, very entertaining orang putih cakap. This movie is about love, couples, video games, comic books, punk, rock, musics and break ups. Movie nie tak dapat masuk Malaysia, so aku dapat movie nie dari member yang download dari internet. Lepas tengok movie nie, aku terus carik OST dan komik dia. Seperti biasa, aku download gak dari internet. Hehe.

Banyak kali dah aku ulang2 tengok movie nie, tak gak bosan2.. Aku suka part Scott Vs Toad Ingram dalam Bass Battle mode. best siut... Lagu2 dalam movie nie pun best, Threshold, Ramona, Black Sheep, dan We are Sex Bob-Omb..

I Heart You Ramona Flowers.. huhu

Bangun Pagi, Main Game Lagi

Aku rasa aku ade insomnia arr .... hampir setiap malam sekarang susah nak tidur. Kalau bukan susah tidur mesti terbangun dari lena tidur. Baru je terbangun tadi, takde mimpi buruk pun, tak rasa panas pun, cuma terbangun. Bangun2 je aku ingat dah subuh, huhu. Terus check desktop ku tengok masa. ooOO awal lagi rezan, ko mimpi ke ape.

So, bukak blog kejap, baca ape2 yg patut, mana tau baca2 nie bleh mengantuk balik dan sambung laa tidur kejap kan. Nasib esok nie cuti, ade gak benda aku nak urus kat rumah nie. Basuh baju, kemas rumah skit, buang sampah, siram pokok bunga.. Lepas adik aku balik aritu, tunggang langgang gak rumah nie tak berurus. huhu. 2 hari lepas, eh.. 4 hari lepas hari isnin tu, aku outstation ke Kota Bharu Kelantan. satu malam 2 hari kat sana, rindu rumah sendiri, rindu ps3, rindu pc sendiri....

Sape budak Kota Bharu mesti kenal bangunan tinggi sebelah bank putih tu. Aku onsite support kat bank tu ar.

OK laaa, nak main game dulu... dah lama tak sentuh kekasih hati ku ps3 nie. Kawan2 ingame pun carik mana nyer profwacko lama tak online.

Sunday, January 16, 2011

Hangat seMANGAt

Hot FM twisties bingit 2010 ....

Juara dia band Taxi. ntah dari mana muncul, trus jadik juara. 1st time aku dengar lagu juara tu kat radio, sehari lepas dorang menang.... syok gila lagu tu. aku trus carik2, punya carik jumpa title lagu dan dapat download. selama seminggu lebih aku dengar lagu tu setiap masa. best gila


Juara: Taxi - Angkubah


Naib Juara: Drama - Babak Pertama


2 3 minggu lepas, aku dengar satu lagu nie pulak, best gak.. band ape nie?? rupanye band nie dapat naib juara dalam Twisties Bingit 2010 tu. Band Drama. pelik gak nama band2 sekarang nie... taxi la... drama la...

So, aku dah dapat lagu2 dorang... memang nice. Masuk dalam playlist aku, playlist lagu penaik confidence level tahap KLCC.


TAXI - ANGKUBAH

Detik dan waktu
Meninggalkan kita
Agitasi jiwa masih melanda
Beri daku, sedikit waktu

Sebelum ku terima cintamu
Pastikan ku cerminkan jiwaku
Untuk aku, cinta kamu

(bridge)

Menanti angkubah selimut diriku
Itulah harapan paling kau puja
Hati kamu, bima sakti

(korus)

Dalam cinta hapuskanlah
Sisa cinta dalam jiwa
Agar bisa ku bercinta
Dalam cinta lenyapkanlah
Sisa cinta dalam jiwa
Agar bisa ku mencintainya

(ulang bridge & korus)

(ulang korus)




DRAMA - BABAK PERTAMA

Babak pertama bermula saat ku terlihat mu
Waktu seakan terhenti terpinga mencari
Rasa yang takkan terungkap tak pernah ku alami
Cuba aku mengerti

(korus)
Teruja aku mengejar mu
Bermimpi memiliki mu
Tanpa perlu ku endahkan dunia, dunia
Biarkan ku terus berlari
Cuba merajai mimpi
Tiap bayang mu akan ku jejaki nanti

Oh...

Takkan ku menemui lagi walau gelapnya hari
Ku yakin akan temui semuanya di sini
Walau ke mana kau pergi tetap akan ku cari
Ku tak akan berhenti

(ulang korus)

Oh...

(ulang korus)

Oh...



thanks to mp3-source-downloads for the lyrics.

thanks to hot fm for the band picture.

Mula .... Mula Semula ....

Hei... DOWN giler aku semenjak 2menjak nie. Keyakinan diri kurang, morale down orang putih cakap. Bukak fesbuk takde ape nak buat, blogwalking penat pulak baca jiwang2 punya entry.

So, azam tahun baru nie aku dah finalize betul2. Aku nak build up confidence yang sudah hilang. Keyakinan diri, self esteem perlu d bina lalu merubah confidence level ke tahap tinggi macam KLCC.

Bak nyanyian Azlan dan Meet Uncle Hussain.

Mula mula semula mula merubah
Mereka merenung nasib sendiri
Tunjuk tunjuklah tolong tunjuklah
Aku ingin berubah

Sudah sudah sudahlah cukup cukuplah
Rugi yang lepas takkan ulangi lagi
Cuba cubalah sudi sudilah
AKU INGIN MENCUBA .....



huhu... lepas ini, aku nak dengar banyak lagu2 bagi semangat macam nie. Dengar lagu yang rancak, happy2 je.... lagu sedih2, lagu mellow2, lagu slow sampai nak tido.... mesti d buang. buat sakit hati!!!

ok, report untuk aktiviti harini.

12am-2am.... futsal
10am-2pm.... lepak kat area bangsar village. ade kerja and nak lunch kat fish n co (fish n co tutup daa rosmah. what la youu)
2pm-4pm.... Plaza Alam Sentral Shah Alam dan AnW Petronas Seksyen 7 Shah Alam. (sedap woo Root Beer)
7pm-10pm.... MangaReader.net, dengar lagu2 Abdul and The Coffee Theory dan Mula dari Meet UNcle Hussain (thanks to one blogger for Abdul n his Coffee theory tu)










credit: to my sister for her photography skills and camera.

Tuesday, January 11, 2011

B.O.B (Band of Brothers)

Lama gak menyepi... ade beberapa entry aku nak cakap pasal movie2 lepas yang aku tengok dan pasal ps3 aku. Hehehee...

Anyway, sekarang nie aku nak cakap pasal HBO series yang aku minat gila. Band of Brothers. Kalau korang nak tahu, sila tanya auntie google dan uncle wiki pasal Band of Brothers dan cerita sebenar di sebalik series nie. Band of Brothers nie cerita pasal perang dunia ke 2 dulu, dan ceritanya tertumpu kepada satu wira perang time tu, Major Richard D. Winters (Dick Winters). Aku dapat tahu dari cousin Yahoo yang Dick Winters nie telah meninggal dunia minggu lepas, not sure exact date tapi baru di beritakan hari ini. RIP old man. Engkau memang hero Perang Dunia ke 2 Amerika.


Sunday, January 2, 2011

Tahun Baru 2011

Happy New Year ... Selamat Tahun Baru 2011

Malaysia menang piala Suzuki 2010 baru2 nie. Tahniah Malaysia...
Next time kita aim kelayakan masuk World Cup.

Azam tahun baru aku belum finalize lagi... tengah fikir2, sementara itu aku nak
main game je sepanjang cuti 3 hari nie.