Thursday, May 13, 2010

Ip Man 2

Hei.. patut aku buat review filem yg aku dah tengok lama dulu, tapi takpe la. Aku citer skit pasal IP MAN 2 yg aku tengok semalam, hari rabu tiket harga rm6 jek.


Ip Man2
Director: Wilson Yip
Cast:
Donnie Yen as Ip Man
Sammo Hung as Hung Chun Nam
Lynn Hung as Ip Man's wife
Huang Xiaoming as Wong Leung Sheung
Darren Shahlavi as Mr Twister


Leung Sheung: Sifu, sila amik saya jadik murid skolah Wing Chun.

Ip Man: Boleh2, bayar yuran dulu k. Lepas tu carik student baru2 untuk join Wing Chun. Ko pegi la tampal poster recruitment sekolah kung fu kita.

Hung Chun Nam: Bro, dekat Hong Kong takleh bukak skolah kung fu suka hati. Ko kena lawan dulu sifu2 sekolah kungfu lain d sini nie dan bayar wang perlindungan kat aku.

Ip Man: Aku dah kalahkan sifu kungfu d sini tapi jangan haraplaa aku nak bayar ko, Master Hung.

Hung Chun Nam: Sifu Ip Man, Nah.. amik nie tiket masuk pertunjukan orang barat boxing.

Mr Twister: Can someone shut the fukup that fat chinese guy.

Hung Chun Nam: Babui betul mat saleh nie, ade ke cakap aku gemuk. Dah la tak bayar duit gaji aku organize boxing event nie.

Mr Twister: Is this Chinese kung fu?? more like jumping and dancing. Muahaha.. so sissy. Come and punch me!!

Hung Chun Nam: Jom tengok sape lagi kuat?? Sedap2 jek ko kutuk yek. Jom laa kalau berani, mano a mano!!

Mr Twister: That fat Chinese kungfu master is so weak, i cant control myself. Who want to challenge me??

Ip Man: Meh, biar aku cabar ko.. Jaga la ko tendangan pasti kena v2.1 aku.

Ip Man: Aku datang dan menang perlawanan nie bukan untuk menunjukkan kungfu lagi power dari boxing tetapi nak bagitau korang suma, kita suma sama taraf, patut hormat menghormati sesama sendiri. Ok, tu je.. bye, aku nak balik nie jumpa bini dan anak baru lahir.

Bruce Lee: Berapa upah belajar kungfu Wing Chun?? Aku nak belasah sape2 yg aku tak suka.

Ip Man: Mahal woo... ko datang balik arr bila ko dah besar ade duit.



Movie nie memang best. Aku tak tengok movie pertama lagi. Movie nie aku suka aksi kung fu dia. Memang superb. Terasa nak join skali belasah orang. Adei, kaki tak senang diam, tak lama memang ade kaki aku naik nie nak menendang gak. Lepas tengok movie nie, keinginan aku adalah nak menengok filem pertama dia dan suma filem2 Bruce Lee. Ya, Bruce Lee.. aku nak tengok balik kehebatan Bruce lee nie.

Yang aku tak suka pulak dalam citer nie, satu je... lakonan mat2 saleh dalam movie nie dan pelakon2 dia skali. Director tak bleh ke cari pelakon yg meyakinkan skit?? Dialog pun skema gila aku tengok dia speaking.

Aksi2 Kung Fu dia memang best sesangat, tahniah Sammo Hung, ko memang terrer dah laa lakonan pun mantap dalam citer nie. Satu je aku tak puas hati, koreograpi boxing c Mr Twister tu, dia memang peninju asli kan, tapi kekadang aku tengok masa dia menyerang Master Hung Chun Nam dan Ip Man tu macam guna teknik kungfu gak, bukan tumbukan2 peninju. Bukan dalam semua serangan la, sedikit sahaja.

Lain2, aku rasa movie nie satisfying, bini Ip Man tu cun apa?? Sape cakap buruk?? Korang reti tengok ke tak nie?? Aksi2 Kung Fu best, ade komedi skit, pelakon Mat Saleh macam sial terutama polis korup tu. Lepas tengok movie nie, secara otomatik aku nak tengok 1st punya, rugi gila tak tengok. Lagi satu aku agak laa kan, movie ip man yg 1st lagi syok kut dari 2nd nie.

7 bintang dari aku

4 comments:

Aslina said...

sammo hung tu kazen aku dowh. memang patut la best. wahahahhh!!

fhunky.fhinky said...

ko mengarut!
hahahaha

Hellioz said...

aku tak layan seyh ip man
tajuk dy cam xsedap je
gyahahahah

bosan2 t aku belek r cte neyh
gyahhahaha~

profwacko said...

haha.... target aku skrg nak carik movie2 Bruce Lee!!