Lama tak update blog, yeer lah, busy dengan kekasih baru, keluarga berpindah dan busy dengan kerja. Kalau tak silap dah 6 movie aku tengok tapi belum lagi d buat reviewnya, adei.. malas betul.
Baru2 ini, syukur kepada Tuhan keluarga aku dan aku sendiri selamat kembali ke kampung d Tawau, Sabah dengan jayanya. Keluarga aku akan berpindah balik ke Tawau nie selama hampir 12 tahun bermastautin d Selangor nie.
Kali ini, adik2ku sahaja yang berpindah, ibuku akan menyusur kemudian bulan depan nanti, Mei. Ayahku pula, terlebih dahulu sudah balik ke Tawau bulan January lepas.
So, sepanjang satu minggu d sana, beratku bertambah hampir 3kg. Dem, sia2 berfutsal hampir setiap minggu, naik jugak berat aku. Sebab ape naik?? Sebab makanan laa neh, rindu gila aku dengan makanan d tawau nie, terutama Sayap Ayam Bakar, Murtabak Jawa, dan Mee Kuning d Tawau nie. Kat Semananjung takde benda nie, kalau ade pun, rasa dia tak dapat compete ngan kesedapan makanan2 d Tawau. Lagi satu, bila balik nie, dapat jugak aku merasa masakan nenek aku, sedap woo masakan Tawau nehh.
Lama jugak aku tak balik Tawau, rindu gila dengan keluarga dan environment d Tawau. Sesampai d sini lah, aku terpaksa refresh balik slang Tawauku, iyelah, nak bercakap dengan sepupuku yg kecik2 tu susah plak, mereka mane faham sangat slang percakapan orang KL nie.
"Amy, kalau ko terrer, kude ape yg kite tak bleh lihat??"
"Haa?? Apa tu?? Amy ndak paham baa!!"
"Ko nie, kalau ko pandai, kuda apa baa yg kita ndak boleh nampak??"
"OoOoo, kuda hitam putih tu..."
"Salah"...
"Kuda ajaib, Kuda halimunan"
"Salah"...
"Jadik, apa ?? Amy akun laa"
"Kuda bertapok laa... What la You"
Dia pun ketawa la mendengar jawapaan tu. Hari2 seterusnya, dia datang balik kat aku minta teka teki lain. Amy darjah 4, antara batch2 nya dengan sepupu lain, dia lah the one and only budak perempuan. Sepupu2 lain baya dia semua lelaki.
Haha, sepanjang mingguku d sana, aku banyak berbahasa Tawau dan mendengar orang Tawau bercakap.
"Pakcik, berapa ringgit Sanggar nie??"
"Nah kan, terlimpas suda jalan tu, di mana mo pusing nie??"
"Bro, tolong tengok semua tayar tu yaa, pancut suda"
"Weh, Jzaam.. cepat ko bah, membubut suda dia tu!!"
Banyak lagi perkataan Sabah, Tawau yang aku gunakan balik, banyak.. sampai lupa certain words tu. Hei, bestnye dapat balik Tawau haritu.
Translation:
ndak = tidak, tak
akun = giveup, menyerah kalah .. susah plak aku nak explain nie
tapok = sembunyi .. so bertapok means menyorok atau bersembunyi
sanggar = pisang goreng
limpas = lalu, lepas .. so terlimpas means terlepas la
pancut = pancit .. perkataan nie bawak banyak masalah kat aku masa mula2 sampai d semananjung
bubut = kejar
Gambo2 menarik d Tawau akan aku buat d entry akan datang kalau dah dapat materialnya dari Tawau nanti.
2 comments:
ko ajar aku sudah cakap sabah bahh...
bulih baa kalau kau
Post a Comment