Saturday, February 19, 2011

Aktiviti hari SaBTu kembali lagi

Main futsal malam tadi... start 11.30 sampai la 1.30am. Lepak kejap kat ss15 ngan geng2 shafix, sebelum balik beli burger oblong kat The Burger Shop. Sedap wooo tengok, tuu baru tengok, rasa dia sure lagiikk arr sampai langit ke 5.

Anyway, balik rumah makan burger, main ps3 kejap, then check2 blog skit. Terlelap kejap, lebih kurang 20min camtu aku terbangun terus tak boleh tidur dah. On ps3 ku then gi youtube carik lagu2 yg best.

Lagu2 best yg tengah syok aku dengar skrg...


Got to Go by Najwa Mahiaddin. Bestt nyer suara dia nie, best nyer lagu nie.

terpaksa bagi link jek, video screen besar
Grenade by Bruno Mars. Besttt nyerrrr lagu nie. gillaa best baaa.


Hari nie ade kerja site support pulak kat Port Klang tu. Pukul 11 nnt. Tak tau arr aku boleh tidur ke tak nie, ke boleh bangun ke tak nnt.. Anyway, list yg aku nak buat hari sabtu adalah seperti ini:

1)basuh keta.(kesian lama tak mandi keta wiraku nie. nnt aku anto ko gi carwash k)
2)kerja site support untuk Affin. (Harap2 boleh settle tak sampai 2jam)
3)Service keta. (dah sampai seru untuk d service)
4)Movie marathon. (aku target nak tengok The Mechanic, Yogi Bear, dengan Sini ada Hantu)

Monday, February 14, 2011

Hari Kekasih Berkasih2 Kasihan

Ha.... untuk orang2 yang tengah kemaruk bercinta, menyambut hari kekasih hari ini.

Sila carik di internet dan dengar lagu nie. Bagus!!


KALAU BERPACARAN

Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang korus

Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Ulang korus 2x

kredit lirik dari... aisehmen, lupa dah linknya. Anyway, thanks untuk lirik.

Friday, February 11, 2011

Baca Manga Sebelum Tidur

Tak boleh nak tidur plak... tadi sedap2 tidur, d kejutkan oleh bunyi2 meletup nie. Terbangun aku, ade ape nie?? Macam dalam peperangan pulak.. Bumm Bumm DDuumm Daamm KebaaBoomm. Tengok langit pun, cerah2 gak tengok letupan2 bunga api, tanglung Kong Ming (Benda nie tanglung yg terapung tu, alaaa macam dalam mubie Rapunzel tuu). Selama sejam aku dengar benda nie... adei rasa segar skit pulak tak boleh tidur. Sure banyak duit dorang tu kan beli bunga api mahal2 tu. Anyway, sebelum tidur nie aku baca manga dulu dan blogwalking skit.

Manji dan Rin nie watak utama, time nie dorang dalam satu penjara, cornered by the bad guyz ready to defend for their life.(actually manji dan rin nie yg penjahat, dorang nie kira macam criminals la jugak)

Blade of the Immortals nie memang gempak habis bagi aku, dia nie macam international manga, bukan setakat di Jepun atau Asia nie, kat Eropah pun terkenal bebb. Wokey, nak sambung tidur. Gila apaa merepek pasal komik sblum tidur. Huuhuhh

Wednesday, February 9, 2011

Tawaran Menarik

Nah.... tawaran menarik cantik tetarik memang gila babat punya menarik.

Member aku aka coursemate aka housemate kat UTP dulu ade jual HP keyboard dan mouse. Keyboard bukan sebarang keyboard punya tauuu... nie WIRELESS PUNYA. Aku ulang sekali lagi... WIRELESS BEBB. SO... kalau korang beli keyboard nie, dapat WIRELESS MOUSE dia sekali. tawaran best nie.

Cuba check kat google, mahal kut benda nie, tapi d sebabkan member aku ade bekalan yg banyak untuk benda nie, dia jual murah.

RM140 ... TERMASUK SHIPPING dia cakap.





kalau berminat, sila comment kat sini atau hubungi En Rezan Cool Ensem kat profwacko@gmail.com . terima kasih

Last sekali, jika anda dapat mencari downline sebanyak 3 orang kepada saya, anda akan dapat comission 20% dari harga setiap keyboard yang d jual. Bayangkan jika downline anda pula mencari sebanyak 3 orang juga. Confirm dalam masa 1 bulan anda dapat RM beribu ribu henggit banyak gila punya. Mari lah membantu saya, tak melayu normal laa jika tengok saja dan tidak membantu. MUAHAHAHAHAAAAAaaa....

Sunday, January 30, 2011

satu hari hujan

Hari ahad ... satu hari nie hujan. Seingat aku, bangun pagi tadi, 8pagi dah start hujan. Eeee bestnye tidur!! Smlm memang penat gila main futsal. Hujan takde laa lebat sangat, tapi dengan awan mendung nya dan cahaya redup, dari pagi sampai la petang nampak macam tiada perubahan, nampak masih pukul 7pagi je rasanye. Agaknye pukul 8 tadi kot hujan stop, aku tengah bz kemas2 rumah skit... tak sedar bilanye hujan itu stop.

Aku pergi ke dapur rumah, ish2.. macam lama tak berasap dapur rumah nie. Then aku terkejut kejap tengok satu benda nie, then amik hp murah ku dan amik gambar dia.



Bila aku ingat2 balik, tak pernah pulak aku beli bawang nie. Then bila ingat balik betul2 punya ingat balik, adik aku c Ros pernah beli bawang haritu masa dia kat sini.

Dalam sebahagian perbualan telepon kami..

Me: Ros, bawang yang ko beli tu ada pucuk suda ... Hahahaaa
Ros: Ha, tanam la... mahal sudah bawang sekarang nie. D tawau satu kilo rm20.
Me: Ui... mahalnya, kenapa suda mahal tu??
Ros: Ndak tau la, ko amik pasu lepas tu tanam mu bawang tu...

Haha, betul gak.. tanam la bawang nie, skrg bawang mahal woo. Agak2 kalau tanam macam tu je, sure tumbuh mencanak nanti. Tapi bila aku fikir balik, buat apa aku nak tanam bawang nie?? Nak jual bawang ke?? Nak pakai bawang ke?? Bukannye aku masak sangat pun kat rumah nie.

Thursday, January 20, 2011

Scott Pilgrim Melawan Dunia



Director
Edgar Wright

Cast
Michael Cera as Scott Pilgrim
Mary Elizabeth Winstead as Ramora Flowers
Kieran Culkin as Wallace Wells
Anna Kendrick as Stacey Pilgrim
Jason Schwartzman as Gideon Graves
Ellen Wong as Knives Chau
Brie Larson as Envy Adams
Alison Pill as Kim Pine
Mark Webber as Stephen Stills
Johnny Simmons as Yong Neil


Scott Pilgrim falls in love with Ramona Flowers while dating a younger girl, Knives Chau. He break up with Knives Chau and start dating Ramona. Little that he knows that Ramona have dark past and her seven ex boyfriend have form the Ramona Evil Exes League lead by Gideon Graves. Now, with helps from his band members, friends, Scott must defeat his new girlfrend's seven evil exes to completely win her heart.

Scott tengah Mengurat Ramona


Tumbukan Confirm Sakit Punya


Team Scott VS Team Envy


Seriously movie nie best gila. Fun to watch, very entertaining orang putih cakap. This movie is about love, couples, video games, comic books, punk, rock, musics and break ups. Movie nie tak dapat masuk Malaysia, so aku dapat movie nie dari member yang download dari internet. Lepas tengok movie nie, aku terus carik OST dan komik dia. Seperti biasa, aku download gak dari internet. Hehe.

Banyak kali dah aku ulang2 tengok movie nie, tak gak bosan2.. Aku suka part Scott Vs Toad Ingram dalam Bass Battle mode. best siut... Lagu2 dalam movie nie pun best, Threshold, Ramona, Black Sheep, dan We are Sex Bob-Omb..

I Heart You Ramona Flowers.. huhu

Bangun Pagi, Main Game Lagi

Aku rasa aku ade insomnia arr .... hampir setiap malam sekarang susah nak tidur. Kalau bukan susah tidur mesti terbangun dari lena tidur. Baru je terbangun tadi, takde mimpi buruk pun, tak rasa panas pun, cuma terbangun. Bangun2 je aku ingat dah subuh, huhu. Terus check desktop ku tengok masa. ooOO awal lagi rezan, ko mimpi ke ape.

So, bukak blog kejap, baca ape2 yg patut, mana tau baca2 nie bleh mengantuk balik dan sambung laa tidur kejap kan. Nasib esok nie cuti, ade gak benda aku nak urus kat rumah nie. Basuh baju, kemas rumah skit, buang sampah, siram pokok bunga.. Lepas adik aku balik aritu, tunggang langgang gak rumah nie tak berurus. huhu. 2 hari lepas, eh.. 4 hari lepas hari isnin tu, aku outstation ke Kota Bharu Kelantan. satu malam 2 hari kat sana, rindu rumah sendiri, rindu ps3, rindu pc sendiri....

Sape budak Kota Bharu mesti kenal bangunan tinggi sebelah bank putih tu. Aku onsite support kat bank tu ar.

OK laaa, nak main game dulu... dah lama tak sentuh kekasih hati ku ps3 nie. Kawan2 ingame pun carik mana nyer profwacko lama tak online.