Showing posts with label activity. Show all posts
Showing posts with label activity. Show all posts

Tuesday, February 14, 2012

February post

A quick report of my life from january to mid february.

Bought this


Been actively playing mw3 if the internet connection is not lagging and sometimes playing Dark Souls. Both were awesome game. Check out my stats, not that pro but im still proud of it. Will finish my 2nd prestige soon.

Bought this
Finally its time to have a smartphone, so i choose Samsung Galaxy W (wonder). So far im very satisfied with its capabilities and functionality.. Bought it at RM1K .. dedems habis duit.

Found this





Found her on my way home from servicing my car at Jenjarom. That time she is still small and fragile. Named her Siti Rubiah .. ruby ruby..


Listening to this

BFM
Light FM
XFM

Usually  listening to the radio from my new phone ... hoho

Watching this

The Walking Dead
Revenge
My Girl
Modern Family

Recently watched Chronicle and The Grey at the cinema ... go watch it!!




Monday, July 18, 2011

Malaysia Lawan Liverpool FC




Malaysia 3 Liverpool FC 6


Gambo lain akan menyusul ...

Wednesday, July 13, 2011

Good Bye Merry

I was reading back One Piece... this is when Luffy and the gang was saving Robin from Enies Lobby. To be precise, its chapter 430 : The Light Falling Snow of Reminiscence.

I shed many tears of laughter when reading manga, and this is the 2nd time i shed tears of sadness. The 1st one was long ago when reading this same chapter. Huhu..

Sunday, July 10, 2011

Clean


Cool gila mamat nie... hahaa



Gambar d cilok dari Tukar Tiub punya blog.

Sunday, June 5, 2011

Pirate Kungfu X-Men

Pirate of Karabien
Kalau korang follow pirate punya cerita nie... movie yg terkini kira ok gak.
Aku suka Blackbeard punya power, pedang dia memang ajaib. Aku suka ikan mermaid, sbb ape?? Tentulah sebab ikan duyung tu cantik.. Satu je aku tak setuju movie nie, Kapten Jack Separo last2 memang dah boleh hidup bahagia dengan awek lama dia (Angelica aka Penelope Cruz) tapi kenapa dia nak tinggalkan jugak minah tu kat pulau kecik tu. Nampaknye setiap movie pulau kecik tu mesti buat appearance kut. Buduh Jack Separo.


KungFu Panda 2
Tengok movie nie dengan xroomate aku Kong dan girlfriend dia ngan bestfriend dia kat GSC Alamanda. Best movie nie, memang lawak dan fun betul. Aku suka aksi lawan2 kungfu dalam movie nie, PO (panda tu laa) lawan Lord Shen (burung merak aka penjahat) memang epic. Lagi satu dalam movie nie, kita dapat tengok skit cerita PO masa dia kecik. In the end, PO dapat belajar lagi satu kebolehan kungfu iaitu Inner Peace yg membolehkan dia mengatasi secret weapon Lord Shen.


X-Men : First Class
Bagi aku movie nie best sungguh. Jalan cerita kira menarik gak dan aksi2 mutan tu memang syok gila kita tengok. Dalam movie nie, kita dapat tengok skit bagaimana Professor X aka Charles Xavier berkawan dengan Erik Lensherr aka Magneto time dorang muda2 dulu. Karekter2 mutan dalam movie nie memang legitimate dan wujud dalam dunia komik X Men, Sebastian Shaw aka penjahat no 1 dalam movie nie pun mutant gak, tapi seingat aku dalam komik atau game dia dia nie manusia biasa je. Lebih tengok uncle wiki memang dia nie mutan sejati. Dalam movie nie aku suka Magneto dengan Emma Frost, sbb ape??Serious gempak gila power Magneto dan Emma Frost memang cantik dalam movie nie. Even Wolverine pun ade buat cameo skit dalam movie nie. LEpas habis tengok movie nie, macam tak sabar pulak aku nak tengok citer X Men yang lain... kalau ade laa orang nak buat. Lastly, movie nie bagi aku, lagi best dari X Men Wolverine tu.

Monday, May 9, 2011

Jom Tengok Movie

The Source Code
Limitless
Thor
Red Riding Hood
The Roommate


Tu kat atas recent movie yang aku dah tengok. Memang best!!

Yang kat bawah nie movie2 yang bakal aku nak tengok. Confirm best!!

Priest
Pirate of Karibien
Fast n Furious 5
KungFu Panda 2
Insidious
Paul
Kongsi
Diary of Wimpy Kid


Tu tak masuk movie2 yang akan main bulan June pulak... gila arr!!

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu


(Puan Rohanah Talip dan Encik Abdul Hamid)

Although there were no perfect human anymore, you are perfect to me, my perfect loving mum.
Selamat Hari Ibu, I love you..


ps: nie gambar masa nak tengok wayang dulu, wayang ape dah lupa pulak..

Sunday, April 24, 2011

Sunday Morning

K, pagi tadi aku pergi pasar tani dekat Stadium Shah Alam tu. Mesti korang tau kan pasar yang mane satu..... Click Sini, Pasti Tahu (credit tuk tuan blogger dia)

Biasanye kalau pagi2 ahad, mak aku akan ajak aku pergi ke sini, kekadang beli breakfast saje, kekadang beli pokok bunga atau rempah2 macam thyme atau rosemary, kekadang beli sayur2, buah2 atau daging, kekadang beli pakaian atau selipar Crocs. So, aku dah terbiasa bangun awal pada pagi ahad. Nak d jadikan cerita, pagi tadi aku pergi la stadium tu nak beli breakfast. Kebetulan ade pulak expo tentera diraja malaysia, dari laa tentera darat, tentera laut, komando, askar wataniah, suma ade situ. Habis je beli breakfast (aku beli meehon/kue tiaw + burgerdil + telur goreng, popiah) aku pun pergi la tengok2 expo tu. Harinie dalam sejarah, 1st time aku pegang senjata api sebenar, eh.. actually aku pernah dah pegang senapang patah bapak aku tuk memburu dulu, tapi harini 1st time pegang senjata api moden yang tentera pakai. Aku tak dapat la pulak nak amik gambar, lagipun dengan breakfast aku kat sblah tangan, dengan orang2 kat situ sesak2 lagi nak pegang, memang susah nak amik gambar.

Aku dapat pegang senjata sniper baretta, tengok dari skop dia lagi, m4 carbine, uzi, mp5, dengan pistol glock with laser attachment. Kalau korang nak tahu, m4 carbine tu lebih kurang 3kg berat dia tanpa peluru. Pergh.. nampak macam ringan, tapi bila aku angkat, berat beb..


Anyway, lepas puas pegang2 senjata tu, aku balik ar rumah cepat2. perut dah lapar. Makanan yang aku beli tadi tu memang nampak sedap gila. So, harini duduk kat rumah je, baca manga, tengok tv, ps3, tidur, basuh baju, n lastly main cityville kat fesbuk. Best pulak game tu.. haha.

Oo yee, btw.. its my mum's birthday today!! Selamat Hari Jadi Ibu!! I Love You!! Cian anakmu sorang2 kat sini. HUhu!!

Thursday, April 21, 2011

Limitless Source Code

limitless source code??? pergh... kalau aku la programmer jumpa source code yang banyak lagi memeningkan, confirm pecah kepala.

Anyway, aku bukan nak cakap pasal programming code, aku nak suruh korang tengok movie.
Huhu... dah lama tak buat entry baru, malas, busy, punca takdenye benda tu.

For those who havent watch LIMITLESS and SOURCE CODE... go buy a movie ticket and watch it. PLEASE!!! THESE MOVIES WERE AWESOME!! pergh, hebat sangat sampai guna capital letter. Amacam gempak tak engerish aku?? hehe.



Thursday, March 10, 2011

Movie2..

The Mechanic
Tengok citer Hit Man tak??? Punisher ???? Movie nie lagi gempak dari movie tu. Action dia memang gempak ar, story wise... biasa2 je macam movie action lain.

Sini Ada Hantu
Boleh tahan gak movie nie, lagi bagus dari momok, lagi bagus jangan pandang belakang2. Lawak, seram, dalam cerita punya cerita.

The Rite
Boleh tahan arr movie nie, aku takde ar takut sangat tengok Antony Hopkins kena rasuk tu.

I Am Number 4
Tengok citer Push?? Jumper?? Ha... movie nie dalam kategori tu. Tapi aku rasa movie nie best skit dari those 2 previously mentioned. Aku suka number 6. Hehe.

Drive Angry
Tengok kat Dataran Pahlawan mall d Melaka tu... menyesal aku tengok citer nicolas cage nie. tapi ape nak buat, aku dah jauh pusing2 naik ke tingkat atas sekali nak tengok movie, movie yg lain suma aku tak sempat masuk, tinggal nie jek. tapi tu ar, menyesal... baik aku guna duit tu buat beli makanan.

True Grit
Dah lama aku nak tengok, last2 dapat tengok kat TGV Bukit Tinggi Klang tu.. agak2 nyer dah nak habis dah showtime dia kat pawagam2. Movie nie best gila arr, dialog and story dia tuu memang best. Nak tau ape lagi best... aku sorang jek tengok movie nie time tu. Pukul 10pm kat cinema hall 1, bila masuk n duduk, baru perasan aku sorang jek dalam tu. GILAA SERAM WEHHHHHH!!!!!!!! Memang aku paranoid habis, seram sejuk habis 10minit pertama tu, tapi lepas tu suma hilang... aku concentrate tengok movie tu.. serious bagus sampai takut aku hilang. Bila movie habis, ade sorang mamat tgv nie dtg ke bawah bukak pintu, trus aku cepat2 kluar. takut dtg balik. hehe.

Saturday, February 19, 2011

Aktiviti hari SaBTu kembali lagi

Main futsal malam tadi... start 11.30 sampai la 1.30am. Lepak kejap kat ss15 ngan geng2 shafix, sebelum balik beli burger oblong kat The Burger Shop. Sedap wooo tengok, tuu baru tengok, rasa dia sure lagiikk arr sampai langit ke 5.

Anyway, balik rumah makan burger, main ps3 kejap, then check2 blog skit. Terlelap kejap, lebih kurang 20min camtu aku terbangun terus tak boleh tidur dah. On ps3 ku then gi youtube carik lagu2 yg best.

Lagu2 best yg tengah syok aku dengar skrg...


Got to Go by Najwa Mahiaddin. Bestt nyer suara dia nie, best nyer lagu nie.

terpaksa bagi link jek, video screen besar
Grenade by Bruno Mars. Besttt nyerrrr lagu nie. gillaa best baaa.


Hari nie ade kerja site support pulak kat Port Klang tu. Pukul 11 nnt. Tak tau arr aku boleh tidur ke tak nie, ke boleh bangun ke tak nnt.. Anyway, list yg aku nak buat hari sabtu adalah seperti ini:

1)basuh keta.(kesian lama tak mandi keta wiraku nie. nnt aku anto ko gi carwash k)
2)kerja site support untuk Affin. (Harap2 boleh settle tak sampai 2jam)
3)Service keta. (dah sampai seru untuk d service)
4)Movie marathon. (aku target nak tengok The Mechanic, Yogi Bear, dengan Sini ada Hantu)

Sunday, January 30, 2011

satu hari hujan

Hari ahad ... satu hari nie hujan. Seingat aku, bangun pagi tadi, 8pagi dah start hujan. Eeee bestnye tidur!! Smlm memang penat gila main futsal. Hujan takde laa lebat sangat, tapi dengan awan mendung nya dan cahaya redup, dari pagi sampai la petang nampak macam tiada perubahan, nampak masih pukul 7pagi je rasanye. Agaknye pukul 8 tadi kot hujan stop, aku tengah bz kemas2 rumah skit... tak sedar bilanye hujan itu stop.

Aku pergi ke dapur rumah, ish2.. macam lama tak berasap dapur rumah nie. Then aku terkejut kejap tengok satu benda nie, then amik hp murah ku dan amik gambar dia.



Bila aku ingat2 balik, tak pernah pulak aku beli bawang nie. Then bila ingat balik betul2 punya ingat balik, adik aku c Ros pernah beli bawang haritu masa dia kat sini.

Dalam sebahagian perbualan telepon kami..

Me: Ros, bawang yang ko beli tu ada pucuk suda ... Hahahaaa
Ros: Ha, tanam la... mahal sudah bawang sekarang nie. D tawau satu kilo rm20.
Me: Ui... mahalnya, kenapa suda mahal tu??
Ros: Ndak tau la, ko amik pasu lepas tu tanam mu bawang tu...

Haha, betul gak.. tanam la bawang nie, skrg bawang mahal woo. Agak2 kalau tanam macam tu je, sure tumbuh mencanak nanti. Tapi bila aku fikir balik, buat apa aku nak tanam bawang nie?? Nak jual bawang ke?? Nak pakai bawang ke?? Bukannye aku masak sangat pun kat rumah nie.

Thursday, January 20, 2011

Scott Pilgrim Melawan Dunia



Director
Edgar Wright

Cast
Michael Cera as Scott Pilgrim
Mary Elizabeth Winstead as Ramora Flowers
Kieran Culkin as Wallace Wells
Anna Kendrick as Stacey Pilgrim
Jason Schwartzman as Gideon Graves
Ellen Wong as Knives Chau
Brie Larson as Envy Adams
Alison Pill as Kim Pine
Mark Webber as Stephen Stills
Johnny Simmons as Yong Neil


Scott Pilgrim falls in love with Ramona Flowers while dating a younger girl, Knives Chau. He break up with Knives Chau and start dating Ramona. Little that he knows that Ramona have dark past and her seven ex boyfriend have form the Ramona Evil Exes League lead by Gideon Graves. Now, with helps from his band members, friends, Scott must defeat his new girlfrend's seven evil exes to completely win her heart.

Scott tengah Mengurat Ramona


Tumbukan Confirm Sakit Punya


Team Scott VS Team Envy


Seriously movie nie best gila. Fun to watch, very entertaining orang putih cakap. This movie is about love, couples, video games, comic books, punk, rock, musics and break ups. Movie nie tak dapat masuk Malaysia, so aku dapat movie nie dari member yang download dari internet. Lepas tengok movie nie, aku terus carik OST dan komik dia. Seperti biasa, aku download gak dari internet. Hehe.

Banyak kali dah aku ulang2 tengok movie nie, tak gak bosan2.. Aku suka part Scott Vs Toad Ingram dalam Bass Battle mode. best siut... Lagu2 dalam movie nie pun best, Threshold, Ramona, Black Sheep, dan We are Sex Bob-Omb..

I Heart You Ramona Flowers.. huhu

Sunday, January 16, 2011

Mula .... Mula Semula ....

Hei... DOWN giler aku semenjak 2menjak nie. Keyakinan diri kurang, morale down orang putih cakap. Bukak fesbuk takde ape nak buat, blogwalking penat pulak baca jiwang2 punya entry.

So, azam tahun baru nie aku dah finalize betul2. Aku nak build up confidence yang sudah hilang. Keyakinan diri, self esteem perlu d bina lalu merubah confidence level ke tahap tinggi macam KLCC.

Bak nyanyian Azlan dan Meet Uncle Hussain.

Mula mula semula mula merubah
Mereka merenung nasib sendiri
Tunjuk tunjuklah tolong tunjuklah
Aku ingin berubah

Sudah sudah sudahlah cukup cukuplah
Rugi yang lepas takkan ulangi lagi
Cuba cubalah sudi sudilah
AKU INGIN MENCUBA .....



huhu... lepas ini, aku nak dengar banyak lagu2 bagi semangat macam nie. Dengar lagu yang rancak, happy2 je.... lagu sedih2, lagu mellow2, lagu slow sampai nak tido.... mesti d buang. buat sakit hati!!!

ok, report untuk aktiviti harini.

12am-2am.... futsal
10am-2pm.... lepak kat area bangsar village. ade kerja and nak lunch kat fish n co (fish n co tutup daa rosmah. what la youu)
2pm-4pm.... Plaza Alam Sentral Shah Alam dan AnW Petronas Seksyen 7 Shah Alam. (sedap woo Root Beer)
7pm-10pm.... MangaReader.net, dengar lagu2 Abdul and The Coffee Theory dan Mula dari Meet UNcle Hussain (thanks to one blogger for Abdul n his Coffee theory tu)










credit: to my sister for her photography skills and camera.

Sunday, January 2, 2011

Tahun Baru 2011

Happy New Year ... Selamat Tahun Baru 2011

Malaysia menang piala Suzuki 2010 baru2 nie. Tahniah Malaysia...
Next time kita aim kelayakan masuk World Cup.

Azam tahun baru aku belum finalize lagi... tengah fikir2, sementara itu aku nak
main game je sepanjang cuti 3 hari nie.

Saturday, December 25, 2010

Aktiviti hari SaBTu

Aku just relax2 je harini...membaca manga series yang dah lama aku tak baca. Kekkaishi, Gantz, Berzerk, Fairy Tail, Katekyo Hitman Reborn, High School of the Dead. Petang sikit tadi, member aku call....

Kong: OII... Buat ape??
Me: Aaa... takde ape, kat rumah je bro.
Kong: Jom tengok wayang??? Movie Makcik Limah tu...
Me: Makcik Limah?? Huhu... Hantu Makcik Limah Balik Rumah tu ke?? Biar betul ko...(dalam hati aku, Kong bukan layan citer malaysia nie)
Kong: Eh takde ar... Gullivers Travel. 3 tiket, Sora join.

So, malam nie.. confirm kami akan lepak main PSP, tengok movie, and mayb Dota skali. Mayb la... tu memang aktiviti ruji kami. Hoho.

Sunday, December 12, 2010

Movie Rebiu datang Kembali



Due Date

Director: Todd Philips
Cast: Robert Downey Jr, Zach Galifianakis, Jamie Foxx, Michelle Monaghan

Cerita dia simple je .... Peter Highman nie ada urusan kerja kat tempat lain. Bini dia, Sarah pulak bakal melahirkan anak mereka dalam masa beberapa hari saja. So, Peter pun kena balik ke Los Angeles ke pangkuan isteri yang akan melahirkan baby mereka tak lama lagi. Sampai kat airport laa Peter bertemu Ethan Tremblay, seorang actor wannabe yang ingin bertemu agen dia dekat Hollywood. Di sebabkan Peter bertemu Ethan nie laah mereka tidak dapat menaiki pesawat ke Los Angeles dan terpaksa rent kereta untuk ke sana. So, cerita nie pasal perjalanan gila2 mereka ke Los Angeles je... Hehe



NyangKung


Director: Ntah, aku pun tak sure
Cast: Sahaizey Sam, Angah Raja Lawak, Lain2 aku tak tau nama

Filem nie boleh tahan jugak laa lawak dan seramnya. Filem nie lagi bagus dari Jangan Pandang Belakang Congkak, tapi dari segi lawaknya tu, masih tak dapat nak tandingi Adnan Sempit. Cerita dia pasal c Azim nie yang baru berjinak2 dengan NyangKung, join 2 member dia yg selalu menyangkung nie, Tasnim dan Wan. Aku tak tahu ape benda la NyangKung nie... rupanya NyangKung nie macam upacara memanggil Jembalang ke Hantu ke Jin ke untuk mendapat nombor ekor. Sebab kesempitan hidup, c Azim nie pun join la member2 dia Nyangkung sampai la satu hari nombor ekor dia tu kena. Time kena nie la dia dan keluarga dia kena kacau mahluk halus yang tolong dia dapat nombor ekor nie.

Bagi aku, seram dan memang lawak la filem nie, tapi kat pertengahan dengan akhir movie tu, nampak sangat filem nie jadik filem contoh teladan, bukan lawak n seram lagi. Hoho



NarNia : The Voyage of the Dawn Treader

Director: Michael Apted
Cast: Ben Barnes, Georgie Henley, Skandar Keynes, WillPoulter, Liam Neeson, Simon Pegg

Aku tak follow sangat Chronicles of Narnia nie, aku tengok suma movie dia dan filem terbaru nie based dari novel ke 3 dari 7 series Chronicles of Narnia. Edmund and Lucy nie tinggal sementara kat rumah saudara mereka dan satu hari nie, mereka di panggil ke dunia Narnia. Waktu kena panggil tu, sepupu dorang Eustace pun tertarik masuk ke dalam dunia Narnia dan mereka pun di temui Putera Kaspian aka King Narnia masa tu. Kaspian nie dalam satu misi nak mencari 7 Lord of Narnia yang menghilangkan diri, macam pembesar2 raja kat Narnia laa nie. So, dalam pengembaraan mereka nie lah, mereka kena menyelamatkan Narnia dari satu pulau yang penuh kuasa jahat.

Btw, masa Edmund tengah lawan Sea Serpent tu, pedang dia dapat power dari langit, upgraded jadik Light Saber i tell you.. Miahahaa

Filem nie aku rasa lagi best daripada Clash of the Titan tu. Lagi best. Lagi satu, suara c Arslan tu memang familiar, dari filem pertama sampai la sekarang aku tak tahu sape. Tapi bila diingatkan balik, suara dia macam Qui Gon Jin dari Star Wars Phantom of Manace tu... so memang betul la jangkaan aku, bila aku wiki skit, Liam Neeson punya suara
daaa!


Rapunzel @ Tangled

Director: Nathan Greno, Byron Howard
Cast: Mandy Moore, Zachary Levi, Paskal aka Cute Chameleon, Maximus aka Palace Macho Horse.

BEst plak movie nie, kalau nak compare feel good meter dia, aku rasa movie nie lagi tinggi dari Due Date atau NyangKung. Berbaloi gak aku tengok movie nie.

Cerita dia pasal Rapunzel nie kena culik time kecik oleh Gothel, makcik tua yang nak kuasa rambut Rapunzel tu. Kalau orang nyanyi satu lagu kat kat rambut Rapunzel tu, ia boleh menyembuhkan penyakit, kecederaan, dan bagi kuasa awet muda. So sebab tu laa Rapunzel nie kena culik. So, bila dia dah besar dekat 18tahun, satu hari nie dia berjumpa Flyn Rider seorang pencuri yang dikehendaki kat Kingdom tu. Cerita punya cerita, Rapunzel buat perjanjian dengan Flyn untuk membawa dia melihat pesta Tanglung masa hari jadi ke 18 Rapunzel.

Antara puteri2 dari kisah Walt Disney, aku rasa Princess Rapunzel la paling best aku tengok. Selamba, tak gedik, dan berani. Paskal memang cute dan lawak, Maximus seekor kuda pun aku rasa lawak gila. Aku perasan masa kuasa rambut Rapunzel tu tengah dipamerkan, effect atau grafik rambut tu glowing memang lawa lagi gempak gila. Bukan calang2 teknologi CGI yg digunakan. Masa simbol2 matahari Kingdom yang dibayangkan Rapunzel dan scenary time kat tasik masa pesta Tanglung tu pun cantik gila. Nak jee aku join dorang ke situ.


ps: aku dah malas nak bagi rating sebab bukan penting pun rating yang aku bagi nie. Hehe.

Thursday, November 4, 2010

Nyum Nyum

Aku tak tahu kenapa, tapi semenjak 2menjak nie, aku teringin makan burger je. Bila d ingat balik, rasanye gejala nie start masa aku tertengok satu episod dari sitcom How I Met Your Mother. Dalam episod nie, Marshall housemate Ted Mosby (watak utama) teringat burger yang pernah dia makan 3 atau 5 tahun lepasnye yang masih dalam ingatan c Marshall nie. Bila ending episod tu, dia jumpa gak burger yang dia makan tu. Pergh, semenjak itu, terliur aku nak makan burger. Bukan setakat macam burger McD tu, nak burger yang sedap gila yang besar tak berapa besar ngam2 2 tangan aku pegang. Burger tu kalau boleh takde laa besar macam TGI Friday, Chillis punya burger. Tu nak gigit satu mulut pun tak lepas, kena potong2 lu kasi kecik.

So, semenjak 2menjak nie, malam2 aku akan carik kedai burger. Francaise Burger Adieq sedap gak, dorang nie berniaga sekitar seksyen 7 shah alam ngan bandar baru klang. Lepas tu aku teringat satu kedai burger kat ss15 subang nie. Burger situ pun sedap.

Burger Daging Special dengan Kacang Merah.

Perrghh... sedap gila baaa. Dapat laa burger nie meredakan skit kemaruk aku ngan burger2. Bila aku taip kat google...


baru taip The Burger Shop, dah kluar result The Burger Shop ss15. Memang famous burger nie. Actually, ade lagi burger yang lagi sedap lagi tinggi kat kedai nie. Ade masa akan aku order plak.
Then... Ahad lepas, demi menghilangkan kemaruk burger aku sama sekali, aku pegi Carls Jr d Sunwau Piramid. Manusia yang terlibat temankan aku adelah member satu batch aku kat UTP dulu, Kyo dan Bydinz. Aku jarang gila pegi Carls Jr nie, burger mahal sial... tapi aku layan gak beli burger harga rm18 lebih tu. Sedap tu memang sedap gila, saiz tu memang perfect dah d tangan aku, harga je mahal. Berape banyak burger daaaa boleh aku beli kat The Burger Shop dengan satu burger kat Carls Jr nie.

Anyway, memang gila cerita pasal burger tengah2 malam nie. Nie suma gara2 aku baru jek balik dari beli burger kat Burger Adieq d Bandar Baru Klang tu. Fuuhh... SEDAP!!

Sunday, June 27, 2010

Hot Games

Weekend... so harini ingat nak main game je.


Call of Duty : Modern Warfare 2 (COD MW2)
Nie game antara 2 game yang first2 aku beli masa beli PS3. First Person Shooter (FPS). Game nie antara game yang selalu aku main.

Devil May Cry 4 (DMC4)
Aku suka series Devil May Cry nie... Game yang aku beli skali ngan COD MW2, game nie memang aku suka main gak. Aku pernah main DMC1 & DMC2 (tak habis main), dan DMC3 yang aku main sampai habis game, siap unlock macam2 la. So DMC4 nie aku dah habis main, tinggalkan kejap untuk main COD MW2. Sekarang aku start main balik game nie, nak main difficulty lagi susah punya.

Uncharted 2 : Among Thieves (UC 2)
Nie pun aku tengah main, so ingat harini nak main banyak UC 2 nie. Game nie gambar dia memang lawa gila, gameplay pun best.

Protoype
Game nie aku pinjam dari member aku Kong, game nie baru jek aku complete minggu lepas. Best gak game nie, dia open world dan kita bebas merayau2 dalam bandar tu buat main mission atau side mission. Aku suka game nie dia punya power2 tu la, memang over the top punya ar. Coolll...

Ninja Gaiden Sigma

Pinjam dari Kong gak, aku tak main lagi... setakat nie baru test main kat rumah Kong jek. Gameplay best, combo2 menarik, ada masa nanti aku main.

Batman Arkham Asylum
Kong punya game... Batman Arkham Asylum nie memang game of the year punya game, aku tak main lagi, tapi based on review dan tengok Kong main... memang enjoying.

God of War 3
Nie lagi satu game of the year punya game. Setakat nie aku dah main GOD 1, GOD 2, GOD Olympus (PSP version), suma best gila.. Game termahal aku beli setakat nie. RM200 beb. Dem u Kratos (hero bad ass game nie). Aku dah complete game nie, cuma hard difficulty ngan challenge je tak settle lagi.

Tuesday, June 15, 2010

Muvi rebiu of da Month 8


Karate Kid
Director: Harald Zwart (directed Pink Panther 2)
Cast:
Jaden Smith aka Karate Kid aka Dre Parker aka Xiao Dre
Jackie Chan aka Mr Han (bukan Mr Han dari Linkin Park k...)
Taraji P.Henson aka Sherry Parker aka mak Karate Kid
Zhenwei Wang aka Cheng aka nemesis of Karate Kid
Wen Wen Han aka Mei Ying aka Buah hati Karate Kid


Cerita dia start bila Mrs Sherry Parker (emak Dre) berpindah kerja ke China dari Detroit. Di tempat baru dia, Dre berkawan dengan kawan dan jiran dia di sana, jatuh hati kat Mei Ying (kecik2 dah gatal dorang nie), dan kena belasah oleh geng2 Cheng (Cheng nie memang kaki buli, rasa nak sepak jek muka dia nie). Di sekolah baru dia plak, Dre kena buli oleh Cheng dan rakan2 dia nie. So, Dre pun berdendam dengan mereka dan ingin belajar kungfu. Satu hari semasa dikejar geng2 Cheng nie, Dre telah diselamatkan Mr Han. Nampak jee lemah, tapi sebenarnye Mr Han nie terrer berkungfu.

So, supaya Dre nie tidak lagi dikacau oleh geng2 Cheng nie, Mr Han dah berjanji dengan Tok Guru Cheng (ganas gila tok guru kungfu nie) yang Dre akan berlawan sendiri dengan Cheng dalam satu pertandingan kungfu nanti. So, Mr Han pun mula laa mengajar c Dre nie kungfu. Nama movie Karate Kid, tapi Dre nie belajar Kung Fu... hehe... pelik2. Patut namakan je KungFu Kid movie nie...

Anyway.. movie nie memang best arr. Remake yg bagus untuk Karate Kid yang lama tu. Watak tu ade berlainan laa skit, tapi jalan cerita lebih kurang sama, aksi kungfu dia best, latihan kungfu c Dre pun nampak real, aku rasa memang dari lemah, Dre jadik kuat dan terrer kungfu bila tengok dia berlatih tu.

8 bintang dari aku



The A-Team
Director: Joe Carnahan
Cast:
Liam Neeson aka Hannibal aka Jedi Master Qui Gon Jin in Star Wars
Bradley Cooper aka Face aka Dude from The Hangover
Shartlo Copley aka Murdock aka Dude turned Alien from District 9
Quinton Jackson aka B.A aka MMA fighter Rampage
Jessica Biel aka Hot n Foxy Lt Sosa
Patrick Wilson aka Mistrious CIA Linch aka The Suppose 2b Good but turnout BAD guy in the movie


Aku tak berapa ingat sangat series A-Team nie, time kecik2 dulu aku kurang layan cerita nie, aku selalu tengok McGuyver, Ultraman, Satria Baja Hitam jek. Orang cakap movie nie adaptation dari series dia dulu, aku tak sure dia similar atau ikut sangat dengan series asal ke tak.

Komen aku, movie nie best, memang enjoy tengok. Aksi2 movie nie memang melebih2, tapi acceptable lagi sebab aku rasa memang macam tu The-A Team nie. Humor dan lawak dia bagus, jalan cerita pun acceptable dan senang difahami. So, daripada buang masa nak citer2 lebih, baik tengok sendiri movie nie. Aku gi main game PS3 sekarang. Lagi best. Aku enjoy tengok movie nie, best, penuh aksi2, lucu, memang berbaloi2 aku pegi tengok.

8 bintang dari aku


picture credit from google.. miahahaa