Showing posts with label eat. Show all posts
Showing posts with label eat. Show all posts

Monday, August 22, 2011

Pau




Teringat plak aku pau Yik Mun tanjung malim tu... hoho. Pau bazaar ramadan stadium shah alam ngan seksyen 7 tu besar, tapi kurang sedap..





Masa aku balik kampung awal tahun dulu sempat jumpa ngan cousin aku yg sorang nie. Cute macam mamanya.

Tak dapat balik raya tahun nie... sedihnya. Raya haji nnt harap2 dapat balik!!

Thursday, November 4, 2010

Nyum Nyum

Aku tak tahu kenapa, tapi semenjak 2menjak nie, aku teringin makan burger je. Bila d ingat balik, rasanye gejala nie start masa aku tertengok satu episod dari sitcom How I Met Your Mother. Dalam episod nie, Marshall housemate Ted Mosby (watak utama) teringat burger yang pernah dia makan 3 atau 5 tahun lepasnye yang masih dalam ingatan c Marshall nie. Bila ending episod tu, dia jumpa gak burger yang dia makan tu. Pergh, semenjak itu, terliur aku nak makan burger. Bukan setakat macam burger McD tu, nak burger yang sedap gila yang besar tak berapa besar ngam2 2 tangan aku pegang. Burger tu kalau boleh takde laa besar macam TGI Friday, Chillis punya burger. Tu nak gigit satu mulut pun tak lepas, kena potong2 lu kasi kecik.

So, semenjak 2menjak nie, malam2 aku akan carik kedai burger. Francaise Burger Adieq sedap gak, dorang nie berniaga sekitar seksyen 7 shah alam ngan bandar baru klang. Lepas tu aku teringat satu kedai burger kat ss15 subang nie. Burger situ pun sedap.

Burger Daging Special dengan Kacang Merah.

Perrghh... sedap gila baaa. Dapat laa burger nie meredakan skit kemaruk aku ngan burger2. Bila aku taip kat google...


baru taip The Burger Shop, dah kluar result The Burger Shop ss15. Memang famous burger nie. Actually, ade lagi burger yang lagi sedap lagi tinggi kat kedai nie. Ade masa akan aku order plak.
Then... Ahad lepas, demi menghilangkan kemaruk burger aku sama sekali, aku pegi Carls Jr d Sunwau Piramid. Manusia yang terlibat temankan aku adelah member satu batch aku kat UTP dulu, Kyo dan Bydinz. Aku jarang gila pegi Carls Jr nie, burger mahal sial... tapi aku layan gak beli burger harga rm18 lebih tu. Sedap tu memang sedap gila, saiz tu memang perfect dah d tangan aku, harga je mahal. Berape banyak burger daaaa boleh aku beli kat The Burger Shop dengan satu burger kat Carls Jr nie.

Anyway, memang gila cerita pasal burger tengah2 malam nie. Nie suma gara2 aku baru jek balik dari beli burger kat Burger Adieq d Bandar Baru Klang tu. Fuuhh... SEDAP!!