Friday, June 10, 2011

Work Work Wok

Its 1/3 of the month, used almost 60% of my salary last month. Tu belum bayar separuh lagi dari bil2 dan kad kredit. Kat mane nak carik duit lagi nie?? Argh... tension!!

Sunday, June 5, 2011

Pirate Kungfu X-Men

Pirate of Karabien
Kalau korang follow pirate punya cerita nie... movie yg terkini kira ok gak.
Aku suka Blackbeard punya power, pedang dia memang ajaib. Aku suka ikan mermaid, sbb ape?? Tentulah sebab ikan duyung tu cantik.. Satu je aku tak setuju movie nie, Kapten Jack Separo last2 memang dah boleh hidup bahagia dengan awek lama dia (Angelica aka Penelope Cruz) tapi kenapa dia nak tinggalkan jugak minah tu kat pulau kecik tu. Nampaknye setiap movie pulau kecik tu mesti buat appearance kut. Buduh Jack Separo.


KungFu Panda 2
Tengok movie nie dengan xroomate aku Kong dan girlfriend dia ngan bestfriend dia kat GSC Alamanda. Best movie nie, memang lawak dan fun betul. Aku suka aksi lawan2 kungfu dalam movie nie, PO (panda tu laa) lawan Lord Shen (burung merak aka penjahat) memang epic. Lagi satu dalam movie nie, kita dapat tengok skit cerita PO masa dia kecik. In the end, PO dapat belajar lagi satu kebolehan kungfu iaitu Inner Peace yg membolehkan dia mengatasi secret weapon Lord Shen.


X-Men : First Class
Bagi aku movie nie best sungguh. Jalan cerita kira menarik gak dan aksi2 mutan tu memang syok gila kita tengok. Dalam movie nie, kita dapat tengok skit bagaimana Professor X aka Charles Xavier berkawan dengan Erik Lensherr aka Magneto time dorang muda2 dulu. Karekter2 mutan dalam movie nie memang legitimate dan wujud dalam dunia komik X Men, Sebastian Shaw aka penjahat no 1 dalam movie nie pun mutant gak, tapi seingat aku dalam komik atau game dia dia nie manusia biasa je. Lebih tengok uncle wiki memang dia nie mutan sejati. Dalam movie nie aku suka Magneto dengan Emma Frost, sbb ape??Serious gempak gila power Magneto dan Emma Frost memang cantik dalam movie nie. Even Wolverine pun ade buat cameo skit dalam movie nie. LEpas habis tengok movie nie, macam tak sabar pulak aku nak tengok citer X Men yang lain... kalau ade laa orang nak buat. Lastly, movie nie bagi aku, lagi best dari X Men Wolverine tu.

Thursday, May 12, 2011

Haze

Aku bangun pagi tadi dah hidu bau asap yang kuat. Dah 2hari macam nie. tengok luar kat beranda tu, bangunan centro mall yg agak2 300m dari rumah aku memang susah nak nampak. Nampak tu nampak, tapi tak jelas ar.. nie suma gara2 jerebu aka haze aka asap kat sekitar klang nie. Masa pergi kerja pun nampak sangat teruk jerebu nie, tepi highway kat tol Sg Rasau tu, ade I-City. Bangunan I-City tu aku memang tak nampak langsung, dapat nampak pokok2 lampu tu je sbb tu laa yg paling dekat sekali dengan highway tu.



tu bacaan dari application Rainmeter kat desktop aku.. aku tak tahu la tepat ke tak, tapi aku tengok macam teruk jek tu.


Yang nie aku dapat dari uncle wiki.

Haze is traditionally an atmospheric phenomenon where dust, smoke and other dry particles obscure the clarity of the sky. The World Meteorological Organization manual of codes includes a classification of horizontal obscuration into categories of fog, ice fog, steam fog, mist, haze, smoke, volcanic ash, dust, sand and snow.[1] Sources for haze particles include farming (ploughing in dry weather), traffic, industry, and wildfires.

Kat wiki tu pun dah tunjuk gambar Kuala Lumpur sebagai contoh, alahai KL, nampak benor nyer kamu tu penuh jerebu!!

Monday, May 9, 2011

Jom Tengok Movie

The Source Code
Limitless
Thor
Red Riding Hood
The Roommate


Tu kat atas recent movie yang aku dah tengok. Memang best!!

Yang kat bawah nie movie2 yang bakal aku nak tengok. Confirm best!!

Priest
Pirate of Karibien
Fast n Furious 5
KungFu Panda 2
Insidious
Paul
Kongsi
Diary of Wimpy Kid


Tu tak masuk movie2 yang akan main bulan June pulak... gila arr!!

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu


(Puan Rohanah Talip dan Encik Abdul Hamid)

Although there were no perfect human anymore, you are perfect to me, my perfect loving mum.
Selamat Hari Ibu, I love you..


ps: nie gambar masa nak tengok wayang dulu, wayang ape dah lupa pulak..

Sunday, April 24, 2011

Sunday Morning

K, pagi tadi aku pergi pasar tani dekat Stadium Shah Alam tu. Mesti korang tau kan pasar yang mane satu..... Click Sini, Pasti Tahu (credit tuk tuan blogger dia)

Biasanye kalau pagi2 ahad, mak aku akan ajak aku pergi ke sini, kekadang beli breakfast saje, kekadang beli pokok bunga atau rempah2 macam thyme atau rosemary, kekadang beli sayur2, buah2 atau daging, kekadang beli pakaian atau selipar Crocs. So, aku dah terbiasa bangun awal pada pagi ahad. Nak d jadikan cerita, pagi tadi aku pergi la stadium tu nak beli breakfast. Kebetulan ade pulak expo tentera diraja malaysia, dari laa tentera darat, tentera laut, komando, askar wataniah, suma ade situ. Habis je beli breakfast (aku beli meehon/kue tiaw + burgerdil + telur goreng, popiah) aku pun pergi la tengok2 expo tu. Harinie dalam sejarah, 1st time aku pegang senjata api sebenar, eh.. actually aku pernah dah pegang senapang patah bapak aku tuk memburu dulu, tapi harini 1st time pegang senjata api moden yang tentera pakai. Aku tak dapat la pulak nak amik gambar, lagipun dengan breakfast aku kat sblah tangan, dengan orang2 kat situ sesak2 lagi nak pegang, memang susah nak amik gambar.

Aku dapat pegang senjata sniper baretta, tengok dari skop dia lagi, m4 carbine, uzi, mp5, dengan pistol glock with laser attachment. Kalau korang nak tahu, m4 carbine tu lebih kurang 3kg berat dia tanpa peluru. Pergh.. nampak macam ringan, tapi bila aku angkat, berat beb..


Anyway, lepas puas pegang2 senjata tu, aku balik ar rumah cepat2. perut dah lapar. Makanan yang aku beli tadi tu memang nampak sedap gila. So, harini duduk kat rumah je, baca manga, tengok tv, ps3, tidur, basuh baju, n lastly main cityville kat fesbuk. Best pulak game tu.. haha.

Oo yee, btw.. its my mum's birthday today!! Selamat Hari Jadi Ibu!! I Love You!! Cian anakmu sorang2 kat sini. HUhu!!

Thursday, April 21, 2011

Limitless Source Code

limitless source code??? pergh... kalau aku la programmer jumpa source code yang banyak lagi memeningkan, confirm pecah kepala.

Anyway, aku bukan nak cakap pasal programming code, aku nak suruh korang tengok movie.
Huhu... dah lama tak buat entry baru, malas, busy, punca takdenye benda tu.

For those who havent watch LIMITLESS and SOURCE CODE... go buy a movie ticket and watch it. PLEASE!!! THESE MOVIES WERE AWESOME!! pergh, hebat sangat sampai guna capital letter. Amacam gempak tak engerish aku?? hehe.