Saturday, December 25, 2010

Aktiviti hari SaBTu

Aku just relax2 je harini...membaca manga series yang dah lama aku tak baca. Kekkaishi, Gantz, Berzerk, Fairy Tail, Katekyo Hitman Reborn, High School of the Dead. Petang sikit tadi, member aku call....

Kong: OII... Buat ape??
Me: Aaa... takde ape, kat rumah je bro.
Kong: Jom tengok wayang??? Movie Makcik Limah tu...
Me: Makcik Limah?? Huhu... Hantu Makcik Limah Balik Rumah tu ke?? Biar betul ko...(dalam hati aku, Kong bukan layan citer malaysia nie)
Kong: Eh takde ar... Gullivers Travel. 3 tiket, Sora join.

So, malam nie.. confirm kami akan lepak main PSP, tengok movie, and mayb Dota skali. Mayb la... tu memang aktiviti ruji kami. Hoho.

Tuesday, December 21, 2010

CUTI MC

Harini cuti MC. Patut ade banyak kerja kat opis kena buat.. time2 hujung tahun nie, kerja2 mmg stressful, dan tetiba je berlambak lambak.

Macam mane laa aku bleh kena gastrik nie. Adei, musykil.. nak cakap tak cukup makan, aku cukup jee makan aku. Suma makan ontime dan overtime lagi. Gila tak best cuti ku harini.

Sunday, December 12, 2010

Movie Rebiu datang Kembali



Due Date

Director: Todd Philips
Cast: Robert Downey Jr, Zach Galifianakis, Jamie Foxx, Michelle Monaghan

Cerita dia simple je .... Peter Highman nie ada urusan kerja kat tempat lain. Bini dia, Sarah pulak bakal melahirkan anak mereka dalam masa beberapa hari saja. So, Peter pun kena balik ke Los Angeles ke pangkuan isteri yang akan melahirkan baby mereka tak lama lagi. Sampai kat airport laa Peter bertemu Ethan Tremblay, seorang actor wannabe yang ingin bertemu agen dia dekat Hollywood. Di sebabkan Peter bertemu Ethan nie laah mereka tidak dapat menaiki pesawat ke Los Angeles dan terpaksa rent kereta untuk ke sana. So, cerita nie pasal perjalanan gila2 mereka ke Los Angeles je... Hehe



NyangKung


Director: Ntah, aku pun tak sure
Cast: Sahaizey Sam, Angah Raja Lawak, Lain2 aku tak tau nama

Filem nie boleh tahan jugak laa lawak dan seramnya. Filem nie lagi bagus dari Jangan Pandang Belakang Congkak, tapi dari segi lawaknya tu, masih tak dapat nak tandingi Adnan Sempit. Cerita dia pasal c Azim nie yang baru berjinak2 dengan NyangKung, join 2 member dia yg selalu menyangkung nie, Tasnim dan Wan. Aku tak tahu ape benda la NyangKung nie... rupanya NyangKung nie macam upacara memanggil Jembalang ke Hantu ke Jin ke untuk mendapat nombor ekor. Sebab kesempitan hidup, c Azim nie pun join la member2 dia Nyangkung sampai la satu hari nombor ekor dia tu kena. Time kena nie la dia dan keluarga dia kena kacau mahluk halus yang tolong dia dapat nombor ekor nie.

Bagi aku, seram dan memang lawak la filem nie, tapi kat pertengahan dengan akhir movie tu, nampak sangat filem nie jadik filem contoh teladan, bukan lawak n seram lagi. Hoho



NarNia : The Voyage of the Dawn Treader

Director: Michael Apted
Cast: Ben Barnes, Georgie Henley, Skandar Keynes, WillPoulter, Liam Neeson, Simon Pegg

Aku tak follow sangat Chronicles of Narnia nie, aku tengok suma movie dia dan filem terbaru nie based dari novel ke 3 dari 7 series Chronicles of Narnia. Edmund and Lucy nie tinggal sementara kat rumah saudara mereka dan satu hari nie, mereka di panggil ke dunia Narnia. Waktu kena panggil tu, sepupu dorang Eustace pun tertarik masuk ke dalam dunia Narnia dan mereka pun di temui Putera Kaspian aka King Narnia masa tu. Kaspian nie dalam satu misi nak mencari 7 Lord of Narnia yang menghilangkan diri, macam pembesar2 raja kat Narnia laa nie. So, dalam pengembaraan mereka nie lah, mereka kena menyelamatkan Narnia dari satu pulau yang penuh kuasa jahat.

Btw, masa Edmund tengah lawan Sea Serpent tu, pedang dia dapat power dari langit, upgraded jadik Light Saber i tell you.. Miahahaa

Filem nie aku rasa lagi best daripada Clash of the Titan tu. Lagi best. Lagi satu, suara c Arslan tu memang familiar, dari filem pertama sampai la sekarang aku tak tahu sape. Tapi bila diingatkan balik, suara dia macam Qui Gon Jin dari Star Wars Phantom of Manace tu... so memang betul la jangkaan aku, bila aku wiki skit, Liam Neeson punya suara
daaa!


Rapunzel @ Tangled

Director: Nathan Greno, Byron Howard
Cast: Mandy Moore, Zachary Levi, Paskal aka Cute Chameleon, Maximus aka Palace Macho Horse.

BEst plak movie nie, kalau nak compare feel good meter dia, aku rasa movie nie lagi tinggi dari Due Date atau NyangKung. Berbaloi gak aku tengok movie nie.

Cerita dia pasal Rapunzel nie kena culik time kecik oleh Gothel, makcik tua yang nak kuasa rambut Rapunzel tu. Kalau orang nyanyi satu lagu kat kat rambut Rapunzel tu, ia boleh menyembuhkan penyakit, kecederaan, dan bagi kuasa awet muda. So sebab tu laa Rapunzel nie kena culik. So, bila dia dah besar dekat 18tahun, satu hari nie dia berjumpa Flyn Rider seorang pencuri yang dikehendaki kat Kingdom tu. Cerita punya cerita, Rapunzel buat perjanjian dengan Flyn untuk membawa dia melihat pesta Tanglung masa hari jadi ke 18 Rapunzel.

Antara puteri2 dari kisah Walt Disney, aku rasa Princess Rapunzel la paling best aku tengok. Selamba, tak gedik, dan berani. Paskal memang cute dan lawak, Maximus seekor kuda pun aku rasa lawak gila. Aku perasan masa kuasa rambut Rapunzel tu tengah dipamerkan, effect atau grafik rambut tu glowing memang lawa lagi gempak gila. Bukan calang2 teknologi CGI yg digunakan. Masa simbol2 matahari Kingdom yang dibayangkan Rapunzel dan scenary time kat tasik masa pesta Tanglung tu pun cantik gila. Nak jee aku join dorang ke situ.


ps: aku dah malas nak bagi rating sebab bukan penting pun rating yang aku bagi nie. Hehe.

Tuesday, December 7, 2010

Sisa

Aku suka lagu nie... kekadang balik kerja kat dalam kereta aku selalu nyanyi lagu nie. Sayang kat Red Box, Green Box, dan pusat karaoke seangkatan dengannya takde lagu nie... kalau tak memang aku pegi sana nyanyi.


Tajuk/Lirik Lagu: Sisa
Penyanyi: Nitrus

Apa makna rasa itu padamu
Apa maksudmu segalanya ada pada diriku
Apa ceritaku tiada satu kau teramat perlu
Apa yang kau lihat itu seadanya aku

Benar satu itu ada padanya
Benarkah kau terfikir itu tiada padaku
Benarkan aku buktikannya itu pada dirimu
Benarkan dirimu fikir kemungkinan itu.. ooOoOOOO

Mungkin kau kan terseksa jika bersamaku
Mungkin jua kau kan sesalinya seumur hidupmu
Mungkin jua suratannya begitu
Mungkin aku bukan yang kau kenali dulu

Benar segalanya ada padaku
Pernahkah kau terfikir itu tiada padamu
Benarkan aku buktikannya itu pada dirimu
Benarkan dirimu fikir kemungkinan itu.. ooo

Mungkin kau kan terseksa jika bersamaku
Mungkin jua kau kan sesalinya seumur hidupmu
Mungkin jua suratannya begitu
Mungkin aku bukan yang kau kenali dulu

Mungkin ku yang terseksa jika bersamamu
Munkin jua ku kan sesalinya seumur hidupku
Mungkin jua suratannya begitu
Mungkin kamu bukan yang ku kenali dulu




credit: liriklagu.net dan youtube

Sunday, December 5, 2010

Harry Potter and The Deadly Hallow.



Sejarah aku dengan Harry Pothead.

Budak Harry nie, aku kenal dia start dari tengok movie Harry Potter and the Sorcerer Stone. Start dari 1st movie la kot, sampai laa movie ke 4 dia (Harry Potter and The Goblet of Fire) aku dah start suka Harry Potter series nie. Lepas tengok movie ke 5 dia, Harry Potter and The Order of Pheonix, aku terus nak tahu ape pulak cerita
seterusnya. So aku pun carik la buku dia, actually aku carik pdf version jek. Baca kat komputer. So, aku baca laa Harry Potter and the Half Blood Prince (Buku ke 6 dalam Harry Potter series). You know what, cerita kat buku lagi best compared to the movies. Lepas tu aku baca plak Harry Potter and The Deadly Hallow. Im hook... cerita Harry Potter nie best gila. Time nie, movie Harry Potter and Half Blood Prince tak keluar lagi pun.

Demi minat nak tahu cerita Harry Potter nie, aku carik suma buku Harry Potter start dari buku dia yang first, Harry Potter and The Philosopher Stone. Aku tak tahu kenapa US dengan UK punya version lain... tapi either way la, Sorcerer atau Philosopher Stone aku tak kesah. Tapi version pdf ar... gila ape nak beli buku dia mahal2 kan.

So, Harry Potter and The Deadly Hallow mula ditayangkan di Malaysia 17Nov lalu. Aku tidak tahu tapi di poster nya ada cakap 18Nov, biasanya movie2 baru memang start showing hari Khamis. Anyway, 17Nov tu hari Rabu and hari tu Hari Raya Haji, aka Hari Raya AidulAdha. Sambutan Raya kali nie memang biasa bagi aku, macam
hari biasa je, sekarang aku duduk seorang, family kat kampung... so suasana tu tak berapa meriah la. Memang bukan rasa hari raya la orang cakap. Anyway, pagi raya tu, aku dengan sepupu aku Razak aka Zack sembahyang raya kat masjid dekat rumah je.. tengah hari tu pegi McD.. ade McD lunch kan.. so harga murah. Orang raya makan rendang, ketupat, ayam masak merah, kuih muih... kami makan McD Chicken Supreme. Lol. eh, terikut2 plak short form bahasa internet nie. Miahahahaha.

So, petang tu, aku amik sepupu aku seorang lagi kat rumah makcik aku, kakak c Razak nie, lepas tu kami bertiga pun pegi la menengok Harry Potter and The Deadly Hallow kat Bkt Raja tu. TGV Bukit Raja sekarang sudah gempak wooo. Seat dah tukar baru, karpet tukar baru, dinding tukar baru, tandas baru, tak lama lagi kaunter tiket dengan popcorn pun akan tukar baru tuu.




Harry Potter and The Deadly Hallow.

Warning Spoiler Ahead.

Director: David Yates
Cast: Daniel Radcliffe, Emma Watson, Rupert Grint, Ralph Fiennes

Cerita dia start dengan persiapan Hermione untuk mengembara nanti dan The Order of Pheonix untuk memindahkan Harry Potter pada hari jadinya yg ke 17 ke tempat yang lebih selamat. Sementara itu, d Malfoy Manor, Voldermort dan pengikutnya, The Death Eaters tengah buat meeting tergempar pasal rancangan menyerang Harry Potter.

[Yang penting dalam scenen ini adalah pasal wand. Voldermort sudah mengetahui kenapa dia gagal membunuh Harry sebelumnya, dia perlu Wand lain, Wand Voldermort dan Harry Potter berasal dari teras yang sama so kiranya Wand dorang nie adik beradik dan penggunanya tidak boleh membunuh sama lain.

ps: scene last di mana Nagini aka Ular Voldermort menuju ke arah kamera membuatkan ade budak menangis ketakutan. Kuat plak tu dia menangis, so terpaksa laa parents dia bawak keluar. Lol...]

Kat weeding abang Ron plak, Death Eaters datang menyerang, so Harry, Ron, Hermoine pun melarikan diri dan akhirnya pergi ke Grimwald Palace. Nie rumah Sirius Black, bapak angkat Harry dan rumah ini sekarang di warisinya. Kat sini dorang dapat tahu pasal loket Horcrux tu dan telah membuat satu rancangan untuk mencurinya dari tangan Doleres Umbridge kat Ministry of Magic.

[Kat sini pun banyak berubah jalan cerita dia, tapi movie nie still dapat tunjukkan aksi2 menarik dan magic yang geng2 Harry Potter nie buat dalam rancangan mencuri loket tu]

Lepas dapat melarikan diri dengan Loket Horcrux yang sebenar tu, mereka bertiga pun bergerak la ke sana sini berselindung dari dunia luar. Sampai la satu hari Ron merajuk dan melarikan diri, Harry dan Hermoine pulak pergi ke Godric Hallow tempat lahir Harry, untuk mencari apa2 maklumat yang boleh menolong mereka memusnahkan Horcrux tu. Sementara itu pulak, Voldermort sibuk mencari The Elder Wand, Wand paling power kat dunia magic nie. Harry dan Hermoine akhirnya dapat berjumpa Ron dan Ron dapat memusnahkan Loket Horcrux tu dengan Pedang Godric Griffindor. Mereka merancang berjumpa bapak Luna Lovegood untuk mengetahui pasal simbol misteri tu. Kat sini mereka dapat tahu pasal The Deadly Hallow.

[Harry dah ade 2 benda dari The Deadly Hallow tu, Voldermort pulak akan dapat satu, The Elder Wand. Voldermort masih tidak tahu pasal The Deadly Hallow, yang dia tahu The Death Wand tu pasti boleh menjadikan dia lagi power dan boleh membunuh Harry.

ps: Hermoine version cgi half naked cun cantik gila beb]

Aku nak cerita lebih, tapi lagi best tengok sendiri movie nie. So, aku akan start cerita balik bila tengok movie ke dua dia untuk buku Harry Potter yang last nie. Harry Potter and The DEadly Hollow part 2 akan datang ke panggung tahun hadapan bulan July rasanye. Tak sabar ....

[sumber gambar aku cilok dari google]